30 November 2009

APABILA MAHATHIR KATA UMNO BUSUK SEHINGGA KE USUSNYA...


Tun Dr. Mahathir menyifatkan Umno kini kian parah dan digambarkan 'busuk hingga ke ususnya'. Apa benda yang ada dalam usus tu? Tak lain dan tak bukan ialah segala kotoran yang meloya dan menjijikan. Bila sebut benda busuk ini saya teringat kepada bekas guru saya Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad atau saya panggil Cikgu semasa di USM dulu. Dalam era Mahathir sebagai Perdana Menteri beliau menghasilkan sebuah buku berjudul 'SHit'. Ketika itu riuh rendah seluruh negara terutama di kalangan pemimpin Umno yang menuduh Shanon sebagai penulis yang tidak beretika dan menulis sesuatu yang dianggap jijik dan kotor. Maka pelbagai celaan dan tohmahan dilemparkan sehingga wujud desakan agar gelaran Sasterawan Negara ditarik balik. Bagi mereka yang pernah membaca novel berkenaan sedar 'shit' dan 'kepala shit' yang dimaksudkan oleh Shahnon adalah merujuk kepada pemimpin Umno ketika itu.

Kini setelah lebih 10 tahun novel Shit ditulis barulah Dr. Mahathir mengakui bahawa 'shit' memang wujud dalam Umno...Mereka menyertainya untuk kepentingan dan agenda peribadi. Cantas mencantas dan gila kuasa serta menindas dan menipu rakyat. Kalau tidak mana mungkin perasuah dan mereka terlibat dengan skandal boleh dilantik dan dimuliakan dalam Umno.

Hanya benda benda busuk yang menjijikkan sahaja yang sanggup dan mampu tinggal di dalam usus. Biasanya yang duduk dalam usus lambat laun akan keluar atau terkeluar dan tempatnya tak lain dan tak bukan dalam loji kumbahan yang perlu dirawat dan dikitar semula.

INUL DIBENARKAN GOYANG GERUDI KETIKA UMAT ISLAM NEGARA INI MENYAMBUT AIDIL ADHA

Aksi goyang gerudi Inul ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut Aidiladha

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.

Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton. Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.

Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini. Siapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini? Adakah kerajaan 1Malaysia yang diterajui Umno yang mendakwa mereka parti Islam tidak mengetahui bahawa Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram? Kenapa ulama Umno yang mengampu pemimpin mereka dalam isu doa Tuan Guru Nik Aziz senyap seolah-olah buta dan tuli dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?

Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?Jika itu syaratnya, maka dengan konsert ini semalam lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk tahun ini.


29 November 2009

BERDOA PUN PERLU TAULIAH?


Senyap sekejap isu tauliah yang membabitkan bekas Mufti Perlis, Ustaz Dr. Asri Zainal Abidin. Kini timbul pula isu doa yang melibatkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hari ini pemimpin Umno dan 'ulama' Umno mempertikaikan doa TGNA terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno agar dibinasakan Allah jika mengkhianati rakyat Kelantan dalam isu tuntutan royalti.

Ikut suka TGNA nak doa kepada Allah SWT, yang pemimpin Umno sibuk-sibuk apa pasal? Dalam era 1Malaysia bukan sahaja tokoh agama perlu tauliah nak berceramah, nak berdoa pun kena dapat tauliah dari Umno dulu!

NAJIB DAN UMNO TAK PERLU TAKUT DENGAN DOA TOK GURU


Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Umno tidak perlu risau dengan doa Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tak perlulah Datuk Hishamudin gundah dengan menuduh tindakan TGNA tak masuk akal.Jika mereka berada di pihak yang benar mereka tak perlu bimbang dan risau. Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya. Tetapi jika mereka menipu, merampas hak rakyat Kelantan dan terus menindas rakyat maka patut bersedia menanti akibatnya. Doa mereka yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah SWT.

28 November 2009

Ayah Kickdefella ialah Kolonel Mat yang Dimaksudkan TGNA?


Blogger Kickdeflla atau Syed Azidi Syed Aziz mengesahkan bahawa ayahnya yang juga kolonel bersara Syed Abdul Aziz Syed Razak yang juga dikenali sebagai 'Kolonel Mat' adalah individu yang dimaksudkan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai perancang konspirasi menjatuhkan kepimpinan Tuan Guru. Berita lanjut sila baca dalam Malaysian Insider.

KENAPA PEMIMPIN UMNO BERIA-IA MEMPERTAHANKAN BTN?

Sehari dua ni polemik tentang BTN hangat diperkatakan. Setakat ini pimpinan Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP sebulat suara dan senada meminta BTN dimansuhkan. Bagi mereka yang pernah menghadiri kursus BTN mengakui bahawa BTN merupakan program perkauman dan propaganda politik murahan Umno. Jadi langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengharamkan BTN ibarat menggugat segala kempen dan kempen murahan Umno terutama terhadap pelajar pengajian tinggi yang baru menamatkan pengajian atau kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat.

Saya merupakan pelajar IPTA yang terselamat dari program BTN. Walaupun sebelum ini pernah diugut oleh pihak pentadbiran universiti bahawa jika tidak mengikuti kursus BTN akan berhadapan kesukaran untuk mendapat kerja. Ternyata itu semua cuma pembohongan dan taktik lapuk semata-mata. Bagi rakan-rakan yang pernah mengikuti BTN rata-rata meluahkan rasa kesal kerana BTN dijadikan alat UMNO untuk 'membasuh' pemikiran supaya menyokong Umno.

Jadi tidak hairanlah hanya Umno sahaja yang beria-ia dan bermati-matian mempertahankan BTN. Manakala pimpinan MCA,MIC dan Gerakan serta komponen BN yang lain hanya membisu dan tidak mengulas apa-apa tentang kewajaran BTN diteruskan.

Gelagat pemimpin Umno menggunakan BTN untuk kepentingan politik sempit sebenarnya tindakan terdesak dan menyalah gunakan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai. Tindakan berkenaan bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melampaui batas. Jika mereka berani sila buat kajian atau tinjauan berapa peratus rakyat negara ini yang bersetuju kursus BTN diteruskan dan berapa peratus yang setuju Umno menggunakan duit rakyat sebagai sumber menyebar propaganda mereka.

Untuk makluman pembaca blog dan pemimpin Umno yang beria-ia mempertahankan BTN, saya baru-baru ini telah diundang untuk menyertai satu kumpulan 'think tank' untuk menjadi penceramah kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat dan pelajar universiti yang sedang mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi. Apa yang lebih melucukan saya melepasi tapisan keselamatan dan senarai penceramah yang 'black list' pro pembangkang.Saya diminta agar 'membasuh' pemikiran kedua-dua golongan ini supaya menyokong kerajaan (Umno@BN). Insyaalllah saya akan guna kesempatan ini untuk menjelaskan betapa teruknya kerajaan umno@BN yang ada sekarang yang menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah dan kegawatan sosial, politik dan ekonomi yang melanda negara.

27 November 2009

MB NEGERI SEMBILAN DISIASAT ISU DUIT RM 10 JUTA


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Hassan disiasat oleh Bank Negara berkaitan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta yang dilakukan melalui Pengurup wang, Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd pada tahun 2008 ke London. Tindakan tersebut ternyata melanggar undang-undang negara kerana setiap pemindahan wang ke luar negara melibatkan jumlah yang besar perlu melalui prosedur dan kebenaran Bank Negara. Malahan pemindahan wang melibatkan jumlah yang besar menimbulkan persoalan iaitu dari mana Mohamad Hassan dapat duit sebanyak itu dan apa tujuannya duit tersebut dihantar ke London?

Bank Negara dalam satu kenyataan semalam mengesahkan syarikat pengurup wang itu, Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Isu terkini melibatkan Mohamad Hassan seperti mengulangi episod bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhamamad Taib yang pernah ditangkap ketika sedang pikul guni duit di Brisbane Australia. Cuma Mohamad Hassan cerdik sedikit dari Mohamaad Taib kerana tidak pikul duit ke luar negara tetapi melalui orang tengah. Saya yakin isu ini akan tenggelam dan hilang macam tu sahaja melainkan ada pihak tertentu yang tidak mahukan lagi Mohamad Hassan menjadi MB Negeri Sembilan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA


Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hariraya Eidul Adha kepada semua muslimin/ muslimat pengunjung blog ini. Marilah sama-sama kita tingkatkan pengorbanan untuk meningkatkan keimanan dan menjana taqwa di sisi Allah SWT. Lakukan pengorbanan dalam pengertian yang lebih luas dalam kehidupan kita. Insyaallah walaupun pengorbanan itu dilihat kecil tetapi sekiranya dilakukan dengan niat yang tulus ikhlas nilainya tinggi di sisi Allah SWT. Pengorbanan yang besar perlu dimulakan daripada pengorbanan yang kecil-kecil. Latih dan biasakan diri untuk melakukan pengorbanan Insyallah kita akan dapat merasakan nikmat dan kemanisan iman.

25 November 2009

ANWAR MENANG SAMAN: AKHBAR PRO UMNO DISERU TINGKATKAN FITNAH

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari memerintahkan NSTP membayar RM 100 ribu kerana artikel berunsur fitnah yang disiarkan pada tahun 2002. Kemenangan saman fitnah ini merupakan yang ketiga bagi pimpinan Pakatan Rakyat. Sebelum ini, Dato Mahfuz Omar dan Datuk Mustafa Ali turut Berjaya dalam kes saman fitnah pada akhbar yang sama pada tahun ini. Banyak lagi kes saman fitnah yang telah difailkan dan sedang dibicarakan di mahkamah termasuk saman yang dibuat oleh YAB Tuan Guru Dato Nik abdul Aziz Nik Mat terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Selepas ini saya menyeru akhbar-akhabr pengampu dan penipu meningkatkan fitnah mereka kepada pimpinan Pakatan Rakyat supaya dapat memberi dana kepada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Umno@BN dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan demi kemenangan kes saman fitnah terhadap akhbar pro Umno@BN ini membuktikan bahawa akhbar berkenaan tidak mempunyai integriti dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan telus kepada rakyat di negara ini. Sekaligus mendedahkan bahawa segala berita yang disiarkan tidak mempunyai nilai berita dan selayaknya edisi cetak akhbar berkenaan perlu diboikot. Daripada perabis duit beli akhbar pengampu dan penipu ini ada baiknya duit itu digunakan untuk beri pada fakir miskin atau sara anak isteri makan, ada juga faedah dan Insyaallah ada juga pahalanya.

24 November 2009

'HANTU' BAKAL BERKELIARAN DI KOTA SIPUTEH

Walaupun Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pilihanraya kecil Kota Siputeh ia tidak sama sekali mengubah keputusan asal Mahkamah Tinggi yang telah mengisitharkan bahawa DUN tersebut kosong. Bagi saya keputusan Mahkamah Rayuan boleh diumpamakan seperti sebuah rumah yang telah tinggal kosong dan tak berpenghuni tetapi masih lagi didapati 'berpenghuni'. Bila rumah kosong didapati berpenghuni maka boleh jadi yang berpenghuni itu adalah penunggu atau hantu.

Bermakna hantu-hantu itu hanya menunggu masa untuk keluar menyakat dan mengilai. Boleh jadi hantu-hantu itu akan keluar beramai-ramai pada hari pengundian nanti. Macam mana hantu ini boleh bebas berkeliaran? Pastinya hantu-hantu itu ada tuan dan pemiliknya. Jadi jangan memandai dan cuba menyakat dan menghalau yang bakal banyak berkeliaran di Kota Siputeh nanti kerana pastinya tuannya akan mengamuk nanti....Siapa pemiliknya? Mudah je nak kenal walaupun tak ada orang yang akan mengaku.Siapa yang menafi dan marah-marah bahawa wujud hantu di Kota Siputeh dialah pemiliknya. Biasanya pemilik hantu akan marah kalau ada orang yang membuat upacara menghalau hantu...Tak percaya nanti tengoklah...

23 November 2009

MUSIM ORANG JUMPA BOMOH, PAWANG DAN DUKUN?


Saya ingatkan hanya orang Malaysia je yang suka berbomoh. Apa tidaknya sikit-sikit jumpa bomoh. Kena sampuk, cari jodoh, nak laris meniaga malah terdapat tokoh politik nak jadi calon pilihanraya atau nak jatuhkan orang lain sanggup jumpa bomoh. Dalam bab bomoh, soal akidah halal haram jatuh nombor 2.

Di Serbia, bomoh juga menjadi rebutan dan tumpuan. Pihak berkuasa kesihatan Serbia sedang mencari bomoh misteri yang baru-baru ini menyembuhkan beberapa pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang cedera melalui rawatan termasuk urutan dengan uri kuda.

Marijana Kovacevic telah menghilangkan diri selepas pegawai kesihatan bersama anggota polis ingin mengunjungi klinik persendiriannya di Belgrade minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, Kovacevic yang merupakan doktor farmakologi tidak mempunyai lesen untuk mengamalkan rawatan fisioterapi.

Reputasinya sebagai bomoh ajaib untuk merawat kecederaan akibat bersukan tersebar meluas di EPL dengan pemain Arsenal, Robin van Persie dan pemain Liverpool, Yossi Banayoun, Albert Riera dan Glen Johnson dilaporkan mengunjungi Belgrade awal bulan ini.

Mungkin pasukan Bola sepak Malaysia juga boleh jumpa bomoh supaya ranking bola sepak tak merudum seperti tangga 159 sekarang.

Mungkin banyak benda pelik yang berlaku dalam Malaysia juga sebab guna bomoh, dukun dan pawang. Boleh buat magik. Ingat lagi kisah DUN Perak yang didedahkan oleh YB Idham Lim bahawa bomoh telah dibawa masuk sebelum sidang DUN bermula.

Agaknya keputusan Kota Siputeh yang bakal diumumkan oleh Mahkamah tinggi tentang penangguhan kekosongan hari ini juga boleh berubah. Kalau itu berlaku boleh jadi hakim juga tidak terkecuali sudah kena bomoh! Begitu juga jangan terkejut kalau bedah siasat kedua Teoh beng Hock tidak menemukan apa-apa. Boleh jadi semua pakar patologi dari Malaysia dan luar juga sudah kena bomoh!

Inilah juga yang berlaku dalam PKFZ, SPRM juga barang kali sudah kena bomoh sehinggakan laporan audit mendedahkan bahawa wujud penyelewengan tetapi SPRM seolah-olah tak nampak apa juga yang berlaku. Begitu juga dengan penyiasat pesendirian yang pernah dilantik oleh Altantuya tak mustahil juga sudah kena bomoh. Mana tidaknya dalam 24 jam boleh pusing 360 darjah kata Dato Deri Najib tidak terlibat dalam kes berkenaan.Lebih magik lagi P Balasundram boleh ghaib selama lebih 6 bulan tanpa dapat dikesan oleh polis Malaysia yang terkenal dengan kehandalannya.

Mungkin Hakim Mahkamah Persekutuan juga bakal kena bomoh berkaitan kes rayuan Dato seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak. Oleh itu kalau banyak lagi benda pelik berlaku dalam negara kita selepas ini kita jangan terkejut boleh jadi semua itu gara-gara bomoh.Wallahualam.

22 November 2009

TEOH BENG HOCK DAN KOTA SIPUTEH MENGHANTUI UMNO@BN


Hari ini bedah siasat kedua Teoh Beng Hock akan diadakan oleh pakar patologi dari Malaysia dengan disaksikan oleh pakar patologi Thailand mewakili Kerajaan PR Selangor dan pakar patologi England mewakili SPRM.

Bedah siasat kedua ini sangat penting untuk mencari punca sebenar apa yang berlaku kepada Beng Hock. Sama ada dibunuh atau membunuh diri. Jika didapati membunuh diri segala-galanya tidak akan berbangkit lagi. Tetapi jika didapati dibunuh, akan muncul persoalan siapa yang membunuh atau yang mengarahkan Beng Hock dibunuh?

Walaupun terlalu awal untuk membuat spekulasi apa yang sebenarnya berlaku tetapi saya yakin tindakan SPRM menyiasat dan menyelongkar sehingga bawah tikar dalam kerajaan PR Selangor dan cubaan Umno@BN untuk menjatuhkan kerajaan PR akan dikaitkan sebagai dalang utama jika ia satu konspirasi terancang. Tidak dapat tidak Umno@BN pastinya gelisah ataupun tidak boleh berpura-pura atau buat-buat tak tahu dengan apa yang berlaku.

Manakala esok, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak rayuan SPR menangguhkan kekosongan Dun Kota Siputeh. Jika ditolak maka bukan sahaja imej SPR tercalar, imej Umno juga turut terpalit sama. keputusan itu sudah cukup menyebabkan bukan sahaja imej Umno Kedah buruk tetapi imej Umno@BN seluruh Malaysia juga rosak sama.

Kesimpulannya jika keputusan bedah siasat Beng Hock dan Kota Siputeh tidak memihak kepada kerajaan Umno@BN ia bakal satu malapetaka dan tsunami besar bakal melanda Umno@BN. Kedua-dua kes ini pastinya akan dijadikan sebagai senjata untuk melancarkan serangan balas terhadap isu-isu remeh temeh yang selama ini dilancarkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Akhirnya, jika Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin kekal sebagai Menteri Besar Perak ia umpama senjata pemusnah untuk memastikan Umno@BN bakal berkubur dan tinggal dalam lipatan sejarah. Namun, Umno@BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mimpi ngeri berkenaan tidak menjadi kenyataan.

21 November 2009

KEROPOK LEKOR PUNCA WABAK TAUN DI TERANGGANU


Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit taun di Terengganu, antaranya penggunaan ikan yang dicemari kuman 'Vibrio Cholera' untuk membuat keropok.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan makmal mendapati sampel ikan yang diambil daripada dua kilang keropok di negeri itu didapati positif terhadap kuman Vibrio Cholera, kemungkinan berpunca daripada ikan yang dicemari kuman itu yang dibawa masuk dari Thailand.

"Ini mungkin berlaku melalui Kompleks Perikanan Chendering yang membekalkan ikan ke daerah Kuala Terengganu dan Marang.

"Selain itu, sampel ayam mentah yang diambil dari Pasar Borong Gong Pauh di Wakaf Mempelam, sampel swab di dua kilang ais di negeri itu juga didapati positif kuman berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, Sabtu.

Beliau berkata 20 premis juga telah diarahkan tutup membabitkan 11 kilang ais, dua kilang keropok dan selebihnya kedai-kedai makanan.

Beliau turut menyifatkan penyakit taun di negeri itu yang mula dikesan sejak dua minggu lalu, amat serius kerana setiap hari pihak hospital menerima pesakit baru, termasuk seramai 85 kes cirit birit (Acute Gastroenteritis - AGE) telah dimasukkan ke wad pada Sabtu.

Katanya jumlah keseluruhan kes AGE yang dimasukkan ke wad setakat ini adalah sebanyak 621 kes, manakala jumlah pesakit yang telah dibenarkan keluar dari hospital adalah 161 iaitu 16 kes positif dan 145 kes negatif.

Beliau berkata sehingga pukul 7 pagi Jumaat, seramai 482 pesakit masih lagi dirawat di hospital, iaitu 322 orang pesakit disyaki mengalami AGE, 138 kes yang disahkan kolera dan 22 orang lagi adalah pembawa.

20 November 2009

MANGSA SISTEM PENDIDIKAN PERCUMA 1MALAYSIA

Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..

Semasa pembentangan belanjawan tahun 2008, Dato seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sistem pendidikan percuma untuk murid dan pelajar di negara ini. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat ketika itu dengan tepukan meja dari wakil rakyat Umno@BN dengan pengumuman itu. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah saya turut menarik nafas lega. Saya yakin ibu bapa khususnya golongan bawahan seperti petani, nelayan dan peneroka merasa gembira dengan langkah Kerajaan 1Malaysia.

Walau bagaimanapun semua itu rupa-rupanya hanya gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Murid dan pelajar hanya dikecualikan yuran kira-kira RM 10 je yang lain-lain tu kena bayar seperti biasa. Cuma apabila ibu bapa dan penjaga bising-bising, pihak Kementerian Pelajaran mengarahkan agar yuran berkenaan boleh dillewatkan. Tetapi bayar tetap kena bayar...Maka inilah mangsanya...

Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57.

"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.

Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.

Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.

18 November 2009

PELUANG PAS SUKAR DI KOTA SIPUTEH?

Pilihanraya Kecil Kota Siputeh bakal diadakan jika tidak ada sebarang 'kejutan' selepas ini. Walau bagaimanapun paling awal pun tahun depan baru pilihanraya tersebut dapat diadakan. Ini memandangkan SPR dan Umno akan membuat rayuan berbeza sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah pasti ia akan mengambil tempoh yang lama sehingga rayuan di dengar di peringkat tertinggi sistem kehakiman negara. Tidak mustahil pilihanraya Kota Siputeh akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum!

Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, peluang Pas untuk menang adalah sukar. Hakikat yang perlu disedari Kota Siputeh terletak dalam kubu Umno di Parlimen Jerlun. Pas hanya menang dua kali sepanjang sejarah pilihanraya iaitu pada tahun 1969 dan 1999. Salah seorang bekas calon Pas Kota Siputeh, Cikgu Wahab Abdul Rahman yang pernah ditukar kerana faktor politik di Kuala Rompin Pahang pasti mengakui keperitan bertanding di Kota Siputeh.

Perkara ini turut diakui oleh Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato Seri Azizan Razak.“Peluang ada dalam mana-mana pertandingan tetapi ini kubu kuat Umno sejak mula dan kami tahu tidak mudah untuk Pas menang di situ.

Walau bagaimanapun tidak mustahil Pas bakal menumbangkan Umno di situ asalkan semua jentera Pas di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan dalam masa yang sama mengenepikan sebarang hal remeh temeh yang boleh mengggugat peluang Pas yang berpotensi untuk menang sekali lagi di Kota Siputeh

17 November 2009

NIAT BAGUS TETAPI TAK BOLEH IKUT


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bercita-cita untuk mengadakan pertunjukan fesyen Busana Muslim kepada Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama tahun depan.

Beliau berkata, niatnya itu boleh dijayakan jika terdapat majlis pertemuan isteri-isteri pemimpin semasa berlangsungnya Persidangan Nuklear di Washington April nanti.

"Saya berharap dapat pergi bersama dan akan sampaikan niat untuk membawa rekaan Busana Muslim ini ke AS dan negara-negara barat lain,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis pelancaran Festival Fesyen Media Islam, (IFF) 2009 di sini hari ini.

Niat bagus tapi tak boleh nak ikut. Bila sebut busana muslim, bukan sekadar menutup badan je Kak Rosmah...Rambut tu kena tutup juga. Nanti saya bimbang isteri presiden Amerika dan isteri pemimpin negara-negara lain silap faham tentang ciri busana muslim yang sebenar dan menganggap kepala tu tak payah nak tutup. Sebelum pertunjukan busana tersebut diadakan harap-harap ada le mufti atau ustaz-ustaz Umno yang dapat terangkan bab aurat kepada Rosmah supaya dapat memahami dengan jelas bab aurat. Tetapi sebelum sesi penerangan tersebut diadakan pastikan mereka mempunyai tauliah!

PENGERUSI SPR CALON UMNO KOTA SIPUTEH?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan DUN Kota Siputeh diistiharkan kosong. Maka satu pilihanraya kecil perlu diadakan. Pemimpin Umno@BN membisu barangkali hilang punca atau terpaksa akur dengan keputusan mahkamah.

Tetapi nampaknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang seperti tidak dapat menerima hakikat dan keputusan berkenaan. Beliau berkata akan merujuk hal berkenaan kepada Peguam Negara dan pada hari Jumaat ini rayuan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi semalam akan didengar di Mahkamah Tinggi. Apakah skrip di Perak akan berulang?

Kegelisahan Abdul Aziz terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mudah difahami. Ini kerana Abdul Aziz juga bertindak melangkaui kuasa Speaker Di Perak apabila menolak kekosongan 3 kerusi Dun di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Banyak lagi tindakan dan dasar yang diperkenalkan oleh Abdul Aziz sejak menjadi Pengerusi SPR seolah-olah menjadi jurucakap dan mengikut telunjuk pemimpin Umno@BN. Jika begitu situasinya saya mencabar Abdul Aziz untuk meletak jawatan dan menjadi calon Umno di Kota Siputeh.

16 November 2009

ELAUN SERINGGIT DIANGGAP LAWAK, PKFZ RUGI BERBILION RINGGIT BUAT PEKAK!

Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.

Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.

Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak. Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak. Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh. Kenapa jadi begitu? Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak. Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!

CONFIRM! PILIHANRAYA KECIL KOTA SIPUTEH


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah ekoran kegagalan wakil rakyatnya menghadiri dua persidangan dewan itu berturut-turut. ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang tadi.

Keputusan ini pastinya satu tamparan yang cukup hebat kepada SPR yang sering campur tangan dan mengambil alih tugas speaker dan mahkamah. Keputusan ini juga sebagai isyarat cukup jelas kepada kerajaan kudeta Datuk Zambry Abd. Kadir di Perak bahawa mereka hanya menunggu masa untuk ditumbangkan pada bila-bila masa berdasarkan keputusan mahkamah ini. Ia jelas membuktikan bahawa kuasa yang ada pada speaker adalah kuasa istimewa yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.

Melalui keputusan ini juga sebagai satu tamparan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin yang sebelum ini mengarahkahkan bekas Adun Kota Seputeh untuk hadir sidang DUN esok walaupun speaker telah membuat keputusan melarang adun berkenaan hadir dan mahkamah belum membuat apa-apa keputusan. Arahan Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai satu tindakan tidak menghormati kuasa speaker dan mendahului mahkamah iaitu mengatasi sistem perundangan negara.

Muhyiddin dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu”.

Sekaligus keputusan ini memberi peringatan kepada Umno@BN supaya tidak mempermain dan memperlekeh serta memperolokkan dengan melantik speaker haram di Perak.

Keputusan ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa segala penipuan dan pembohongan Umno@BN dan media milik mereka tentang tugas dan kuasa speaker seperti kes di Perak dan Selangor akan terbongkar tidak lama lagi.

SIAPA ARAH PERUNTUKAN PARLIMEN PAK LAH DITARIK?


Parlimen Kepala Batas diwakili oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Semasa menjadi Perdana Menteri, parlimen ini dilimpahi dengan pelbagai projek dan pembangunan sesuai sebagai statusnya kawasan diwakili Perdana Menteri.

Namun sebaik sahaja, Pak Lah melepaskan jawatannya sebagai PM segala peruntukan yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 telah diditarik balik.Perkara ini didedahkan oleh Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.

Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.

"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.

Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.

Apa motif pembatalan peruntukan ini? Adakah alasan kegawatan ekonomi menjadi alasan untuk menghalalkan tindakan Kerajaan Persekutuan ini yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak? Jika itu alasannya mengapa kawasan Pak Lah yang menjadi sasaran sehingga ditarik segala peruntukan tetapi tidak di kawasan parlimen lain?Adakah ini sebagai ganjaran membalas 'jasa' Pak Lah selama ini menjadi Perdana Menteri? Adakah penarikan peruntukan ini di luar pengetahuan Najib yang juga selaku Menteri Kewangan?

15 November 2009

PENGHINAAN UMNO KELANTAN KEPADA TOK GURU NIK AZIZ


Saya mencadangkan agar pemimpin Umno Kelantan dan negeri-negeri lain membanyakkan demontrasi untuk menghina Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Terbaru hari ini Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian mengadakan demontrasi dan menghantar memorandum kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah pada kira-kira pukul 11.30 pagi di pejabat SPRM negeri di Wisma Persektuan, di sini.

Kalau boleh buat setiap hari. Insyaallah demontrasi dan penghinaan seperti ini akan meningkatkan kebencian rakyat Kelantan khususnya kepada Umno dan meningkatkan simpati dan sokongan kepada kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Sekaligus memastikan Kelantan terus kekal di bawah kepimpinan Pas.


" Tak apalah, saya tak pergi walaupun rindu sangat nak beribadat di sana, harap-harap mereka yang dapat pergi, guna peluang itu sebaik-baiknya" (TGNA - Sinar Harian 14/11/09)

HAKIM KES KOTA SEPUTEH DITUKAR SECARA MENGEJUT

Belum apa-apa lagi sudah wujud tangan ghaib dalam kes Adun Kota Seputeh. Semua maklum bahawa keputusan berkaitan kedudukan adun berkenaan akan ditentukan esok. Perkara berkenaan didedahkan oleh Ustaz Nashrudin Tantawi melalui email yang diedarkan oleh Majlis Peguam dan peguam Pas.

Apakah alasan Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes berkenaan sebelum ini iaitu Alizatul Khair digantikan dengan Datuk Apandi Ali?

BAI'AH MENJADIKAN PAS DIGERUNI HARI INI


Sama macam cerita Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) ke Mekah cerita tentang bai'ah telah disensasikan terutama oleh media milik Umno@BN dan mereka yang sewaktu dengannya. Bagi mereka yang mempertikaikan amalan bai'ah dalam Pas adalah mereka yang buta dengan Sirah Nabi SAW. Amalan bai'ah wujud sebelum hijarahnya Nabi SAW ke Madinah. Bacalah Sirah Nabi SAW tulisan seperti Muhamad Sa'id Ramadhan Al Buti kita pasti akan menemui Ba'iah yang berlaku di zaman Nabi SAW. Cuma bai'ah talak tiga seperti yang didedahkan mungkin lebih kepada individu tertentu dan tidak menjadi pra syarat untuk menyertai perjuangan Pas. Itu adalah kehendak individu itu sendiri.

Semasa di universiti dahulu saya juga terlibat dengan bai'ah setelah berakhirnya Tamrin Qiyadi (pimpinan) di Markas Tarbiyyah Pas Taman Melewar pada sekitar tahun 1990-an. Masa itu tamrin itu telah dihadiri dan diberi pengisian oleh pimpinan tertinggi Pas antaranya Allamarhum Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Hassan Shukri, Tn Guru Jaliludin Wahid dan ramai lagi. Saya masih menyimpan 'sijil bai'ah' berkenaan dan dijaga dengan elok sehingga hari ini.

Bai'ah ini menjadikan saya Insyallah kekal dalam Pas dan tidak mengkhianati parti sampai bila-bila.Selepas meninggalkan pengajian di universiti, dalam pilihanraya umum 1999 di Pahang misalnya , pada malam penamaan calon saya dan sahabat ditawarkan ratusan ribu ringgit oleh agen bekas timbalan Menteri Besar Pahang ketika itu ( Datuk Hassan Ariffin ) untuk mengkhianati parti dengan memberi kemenangan percuma kepada Umno. Tugasnya cukup mudah, cuma sengaja lakukan kesilapan pada borang penamaan calon. Tetapi dengan berkat tarbiyyah dan bai'ah bersama Pas menjadikan kami menyedari batas dosa pahala dan halal haram. Malah banyak lagi tawaran yang menyusul selepas itu.

Tawaran yang diterima oleh saya jauh sangat kecil berbanding tawaran yang kadang-kadang mencecah jutaan ringgit seperti yang diterima oleh wakil rakyat Pas di Kelantan misalnya selepas pilihanraya umum 2004 untuk menumbangkan kerajaan TGNA. Apa yang saya nak nyatakan di sini bai'ah menjadi Pas cukup digeruni pada hari ini. Menjadikan Pas kekal kuat dan utuh hari ini. Terlalu jarang-jarang kita mendengar pimpinan Pas mengkhianati parti berbeza dengan parti lain.

Peringatan saya buat Umno@BN bahawa orang Pas tidak gelap mata dengan kuasa dan harta yang dimiliki oleh mereka , buatlah tohmahan, fitnah dan sensasikannya pimpinan dan ahli Pas yang ditarbiyyah dan melalui proses bai'ah tidak akan sama sekali tergugat. Malah pimpinan dan ahli Pas tulen bukan sahaja sanggup berkorban harta malah nyawa untuk mendaulat dan menegakkan keadilan dan keindahan Islam di muka bumi ini.

14 November 2009

ORANG MELAKA KENA KELENTONG LAGI..


Masih lagi tentang cerita Datuk Shah Rukh Khan (SRK). 1Malaysia malah 1dunia gempar bila Melaka melalui Ketua Menteri, Datuk seri Muhd. Ali Rustam mempertahankan gelaran Datuk kepada artis Bollywood ini.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan, akhirnya Shah Rukh Khan artis pertama Bollywood dan mungkin di dunia yang mendapat gelaran Datuk. Alasan Ali Rustam ialah untuk membantu promosi pelancongan di Melaka dan yang lebih utama SRK telah berjanji akan membina studio perfileman di Perkampungan Artis di Melaka Pindah dan menghasilkan filem di sini. Ketika itu Ali Rustam beritahu perkara itu akan terlaksana pada penghujung tahun ini.

Maka ramailah yang melopong dan tumpang semangkuk merasa bangga dengan penjelasan dari kerajaan Melaka. Maka masing-masing mempertahankan kewajaran gelaran yang diberi kepada SRK.

Ternyata SRK tidaklah sebodoh seperti yang disangka. Malah kenyataannya baru-baru ini seperti membodoh-bodohkan orang yang mempertahankan gelaran Datuk kepadanya. SRK memang le setuju datang pada hujung tahun ini tetapi bukan atas urusan membina studio perfileman atau shooting filem di Melaka tetapi untuk buat konsert di Stadium Hang Jebat. SRK kata dia begitu sibuk untuk komitmen pada studio filem dan buat filem di Melaka seperti yang dipersetujui sebelum ini. Kalau tak silap saya, Ali Rustam sendiri ke India pertengahan tahun ini berjumpa SRK dan mengadakan perbincangan ke arah itu.

Kalau sekadar nak buat konsert nak menghiburkan rakyat Melaka menonton aksi artis Bollywood tak perlu le susah-susah nak bagi Datuk. Artis Bollywood hari-hari boleh tengok dalam TV. Ramai lagi artis luar yang datang tanpa dijanjikan gelaran Datuk. Lebih malang lagi SRK menyatakan dia hanya bersetuju dengan konsert itu jika ia ditaja sepenuhnya. Maka Ali Rustam 'mendesak' syarikat Mamee Double Deccker menaja konsert berkenaan.

Apakah tak cukup lagi masalah sosial yang berlaku di Melaka akibat budaya negatif yang direstui oleh kerajaan Melaka melalui pelbagai persembahan dan budaya negatif? Apakah Ali Rustam nak mengiburkan dan melalaikan rakyat Melaka yang agaknya tak puas lagi menyaksikan pusat dan gelekan artis Bollywood saban hari dalam telivesyen? Apakah Ali Rustam nak beri lebih kepuasan kepada rakyat Melaka?

Mungkin inilah agaknya slogan rakyat didahulukan...Bayangkan berapa juta yang terpaksa bakal hangus jika konsert itu menjadi kenyataan. Berapa ramai lagi khasnya anak Melayu yang bakal rosak dengan konsert yang bakal diadakan? Berapa banyak lagi anak haram yang bakal dilahirkan di Melaka kesan dari konsert berkenaan? Kepada semua yang bersetuju terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuk kaki angguk anda jawablah di Padang Masyar nanti...

13 November 2009

TOK GURU BATAL TUNAI HAJI: MEREKA YANG BERNIAT JAHAT TANGGUNGLAH...


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat menunaikan fardhu Haji ke Mekah bersama dengan anggota keluarganya pada tahun ini. Perkara itu diumumkan dalam kuliah Jumaat di Bangunan Pas Kelantan hari ini.

Kepada yang sengaja bersangka buruk dan berniat jahat dengan berita-berita yang disiarkan sehingga menyebabkan Tuan Guru membatalkan hasrat menunaikan fardhu haji tahun ini maka anda tanggunglah sendiri. Maksiat dan dosa di sekeliling buat tak nampak dan tak kisah tetapi apabila ada orang nak buat ibadah dan kebajikan dipandang serong.

langkah Tuan Guru saya kira tepat dan wajar untuk mengelakkan pihak musuh terus membawa cerita dan menabur fitnah setelah isu pemergian haji beliau pada tahun ini telah disensasikan. Ternyata kepentingan jemaah lebih didahulukan dalam isu yang berlaku.Saya yakin persiapan telah dilakukan oleh Tuan Guru untuk mengerjakan ibadah Haji. Saya mendoakan agar Tuan Guru dipanjangkan umur untuk menjadi tetamu Allah pada masa akan datang.

PETANDA UMNO@BN PERAK BAKAL TUMBANG?

Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam tadi menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.

Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.

Mungkinkah ini sebagai petanda kepada tumbangnya Kerajaan kudeta Umno@BN di Perak setelah merampas kuasa pilihanrayat kira-kira 10 bulan lalu. Mahkamah Persekutuan bakal membuat keputusan dalam tempoh terdekat siapa Menteri Besar Perak yang sah. Kepada Datuk Zambry Bin Abd. Kadir mungkin boleh cari kotak dan sewa lori untuk pindah barang dari pejabat. Wallahualam

JAMBATAN BENGKOK MELAKA KE DUMAI ?


Apabila bercerita tentang jambatan di antara negara teringatlah cerita tentang jambatan bengkok di Tambak Johor menghubungkan Malaysia dan Singapura. Cadangan itu senyap seketika tetapi tidak bermakna tidak akan dilaksanakan. Dalam erti kata lain ditangguhkan kerana wujudnya bantahan dan beberapa persoalan berkaitan dengan undang-undang.

Kini muncul pula cerita jambatan Melaka - Dumai yang mungkin dulu hanya mitos dan ilusi. Pembinaannya semakin hampir untuk dilaksanakan apabila bank dari China, Exxim Bank bersetuju membiayai ( bukan bagi percuma pastinya dalam bentuk pinjaman yang ada kadar bunga dan faedahnya) 85% dari kos RM 44 bilion projek berkenaan. Jika dengan kos itu ia mampu untuk bina jambatan bengkok dari pelbagai arah menghala ke tengah Tambak Johor di perairan atau sempadan milik Singapura.

Cita-cita Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Muhd. Ali Rustam ini jika terlaksana pastinya nama beliau akan dikenang sepanjang zaman seperti zaman Tun Dr. Mahathir dengan pelbagai projek meganya.

Beliau juga akan dikenang kerana lebih mengutamakan dan tergila-gilakan Jambatan Melaka-Dumai dari menyelesaikan masalah berkaitan rakyat. Di Ayer Molek sebuah jambatan dan bertahun-tahun terbengkalai yang mengakibatkan saluran air tersumbat dan banjir kilat. Kalau jambatan yang tak sampai sejuta pun tak boleh nak siap kini bermimpi pula dengan jambatan seperti mitos jambatan dalam cerita permintaan Puteri Gunung Ledang bina jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.

Saya tidak menafikan jambatan Melaka Dumai boleh memangkin ekonomi dan merancakkan pembangunan di Melaka. Tetapi jika betul rakyat didahulu dan diutamakan selesaikan dahulu isu banjir kilat yang gagal diselesaikan hingga hari ini. Begitu juga masalah kekurangan wad dan parking di Hospital Melaka yang kini berhadapan masalah yang sangat kritikal. Selesaikan juga masalah kesesakan yang semakin teruk melanda Melaka terutama pada waktu hujung minggu seperti di sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka. Bayangkan dengan duit RM 44 bilion saya cukup yakin ia lebih daripada cukup untuk menyelesaikan masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Melaka. Jika semua isu dan masalah rakyat sudah diselesaikan nak bina Jambatan ke Jakarta pun saya setuju!

12 November 2009

1MALAYSIA: LAGI BUKTI RAKYAT DIBODOHKAN

Selama ini rakyat miskin pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat.

Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda membodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo Ghazali mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR.

Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh Omar Kementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.

Apakah Umno sudah terlalu mabuk kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan rakyat sehingga terpaksa guna kaedah ini untuk memaksa rakyat menyokong mereka? Apakah Umno tak tahu nak beza duit kerajaan daripada pembayar cukai dengan duit Umno?

Awal-awal lagi saya menjangkakan bahawa idea 1Malaysia cuma retorik dan idea terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno@BN. Lihatlah apa yang Datuk seri Najib beritahu pada Cuepacs bila kerajaan tak nak beri bonus. Ekonomi gawat, kerajaan perlu berjimat cermat...Untuk berbilion ringgit untuk Pasukan Formula 1Malaysia ada pulak duit...Oh ya lupa...1Malaysia....Rakyat didahulukan....

MUHYIDDIN ARAH LAWAN SPEAKER


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif supaya menghadiri sidang DUN Kedah yang dijadualkan Selasa ini.

Katanya walaupun Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail menganggap Abu Hasan hilang kelayakan sebagai ADUN, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu,"

Arahan ini jelas satu penghinaan kepada sistem demokrasi di negara ini. Setelah mencemar sistem demokrasi di Perak, Umno kini cuba mengalih serangan dan cuba mencabul kuasa speaker di Kedah pula. Adakah pemimpin Umno fikir kuasa speaker sama macam Pengerusi Tetap Umno? Adakah mereka tak dapat beza antara jawatan speaker dan pengerusi JKKK?

Saya melihat arahan terbaru daripada Muhyiddin ini sekali lagi satu usaha untuk mengalih isu dan usaha untuk mencemar imej kerajaan Pakatan Rakyat. Apa yang menghairankan kenapa Muhyiddin gelojoh sangat? Bukankah Mahkamah sedang bersidang untuk menentukan status adun Kota Seputeh? Tindakan Muhyiddin ini menunjukkan beliau seolah-olah sudah mengetahui keputusan Mahkamah dan lebih berkuasa daripada mana-mana hakim di negara ini berkaitan persoalan undang-undang dan pelembagaan.

Kickdefella : SEPERTI MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT...

Saya melihat ada usaha berterusan dan terancang untuk memburukkan imej kepimpinan dan Pas secara keseluruhan menjelang pilihanraya umum ke 13. Pihak tertentu cuba menggambarkan imej Pas yang bertelagah sesama sendiri, menyimpang dari landasan Islam dan lebih jelik lagi kononnya terlibat dengan makan rasuah, skandal dan penyelewengan.

Dalam menjayakan misi ini mereka menggunakan pelbagai sumber misalnya maklumat 'orang dalam' untuk meyakinkan masyarakat.

Serangan ini cuba dilakukan bertubi-tubi setelah usaha memecah belah dan melaga-lagakan kepimpinan Pas menemui kegagalan.

Terkini, selang sehari dengan mendakwa Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat mendapat 'rasuah haji' dari VVIP tertentu perhatian dialihkan pula kepada menantu beliau Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga Pengerusi Eksekutif Pejabat Perbadanan Menteri Besar.

Kali ini tindakan itu dilakukan oleh senior saya masa di USM dulu Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella. Semalam beliau mengancam dan mengugut untuk mendedahkan segala 'penyelewengan' yang berlaku dalam PMBK. Kenyataan itu keluar setelah beliau dipecat dari jawatannya Pegawai perhubungan korporat di situ.

Tindakan pemecatan itu adalah wajar kerana tindakan untuk memburukkan imej PMBK yang dinaungi oleh Kerajaan Negeri Pas Kelantan di bawah anak syarikatnya. Tindakan yang saya sifatkan lebih kepada didorong oleh pihak tertentu dan mempunyai agenda peribadi untuk membalas dendam dan umpama melepaskan anjing yang tersepit.

Sebelum ini ketika beliau ditahan reman dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dengan isu kempen kibar bendera Malaysia terbalik, Kerajaan Negeri yang bersusah payah dalam urusan jaminan dan menyediakan khidmat guaman terbaik untuk beliau.

Isu penyelewengan ini sengaja dicipta untuk memburukkan imej Pas dan pimpinan mereka khususnya Tuan Guru Nik Aziz agar rakyat hilang kepercayaan kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang. Cerita ini samalah dengan cubaan memburukkan EXCO dan ADUN Pas di Kelantan sebelum ini seperti yang dialami oleh Datuk Husam Musa yang akhirnya wakil rakyat Umno terlibat terpaksa memohon kemaafan kepada Husam kerana keceluparan mulut mereka yang menuduh tanpa asas dan bukti yang jelas.

Akhirnya saya ingin mengingatkan semua pihak dalam Pas di semua peringkat agar berhati-hati dengan agenda musuh ini untuk memberi imej negatif dalam usaha untuk menewaskan Pas dan pakatan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.Apa yang dilakukan ini tidak lebih dari usaha untuk mengalih pandangan dan perhatian masyarakat tentang skandal, perpecahan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan Umno@BN semakin gawat dan kronik.

11 November 2009

TOK GURU PERGI HAJI GUNA DUIT HARAM?


Saya rasa ada yang tak bersetuju dengan tajuk ini. Tetapi itulah yang cuba digambarkan oleh media milik Umno@BN kepada Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila Tuan Guru mengakui bahawa beliau ke Mekah kerana ditanggung sepenuhnya oleh seorang begelar VVIP dengan kos RM 65,000.

Menurut Tuan Guru ' Orang nak bawa saya ke Makkah, kenapa saya nak tolak. saya pergi ke Makkah jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut ( nak bawa ke Mekah). Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang)".

Jika saya dalam situasi berkenaan, saya juga tak akan tolak. Tetapi siapa saya orang nak taja. Saya bukan Tok Guru dari taja saya baik bagi duit pada anak bini mereka ada juga faedah dah lebih besar pahalanya. Cuma bila ada jawatan di surau di kawasan perumahan biasalah kadang-kadang ada orang bagi kain pelikat dengan harapan orang yang beri sedekah supaya mereka boleh tumpang pahala bila digunakan beribadah.

Berbalik kepada kisah Tuan Guru yang ditaja mengerjakan haji adakah menjadi rukun Haji perlu menggunakan duit poket sendiri? Walaupun saya mengakui guna duit poket sendiri hasil titik peluh itulah yang paling afdal. Mufti Perak, datuk Harussani Zakaria juga mengakui bahawa dari segi hukum, Haji yang ditaja adalah sah.

Orang yang menaja pastinya ingin menumpang keberkataan dan mengharapkan ganjaran pahala apabila menaja pemergian Tok Guru ke Makkah. Tok Guru pastinya menyelidik dan mengenali latar belakang individu berkenaan. Jika orang ingin menaja adalah kaki rasuah, mengharapkan ganjaran atau projek dari Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan saya yakin awal-awal lagi Tuan Guru akan tolak.

Soalan saya sebagai penutup jika anda berkemampuan dan mempunyai kekayaan siapakah yang anda akan taja untuk mengerjakan haji ?

a. Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
b. Datuk Seri Muhd. Ali Rustam
c. Datuk Adnan Yaakub
d. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

10 November 2009

AHLI DAN PENYOKONG PAS TERUS MELOPONG


Seminar Memperkasakan Pas telah mengariskan beberapa resolusi untuk memantapkan hala tuju pejuangan Pas dulu kini dan pada masa akan datang. Resolusi yang saya anggap cukup kemas dan mantap dalam menyelesaikan segala kekalutan dan konflik yang berlaku.

Tetapi saya tertanya-tanya adakah ahli dan penyokong akar umbi mendapat input dan gambaran yang jelas hasil seminar berkenaan. Ini memandangkan yang hadir dalam seminar berkenaan adalah pimpinan dari peringkat negeri, dewan-dewan dan kawasan. Apakah yang dilakukan setiap peserta atau wakil seminar berkenaan apabila balik ke tempat masing-masing?

Berbeza dengan Muktamar Tahunan Pas, selepas muktamar berlalu akan diadakan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di peringkat negeri dan kawasan supaya ahli dan penyokong di peringkat bawahan memahami dasar dan hala tuju parti untuk diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja untuk memperkasakan jemaah.

Satu perkara yang perlu disedari bukan semua orang di peringkat bawahan memahamai hasil resolusi seminar. Rasanya ada yang tak tahu tentang wujudnya resolusi berkenaan. Bukan semua ahli dan penyokong yang melayari internet untuk mendapat maklumat dan gambaran jelas apa yang berlaku. Kalau nak suruh baca Harakah rasanya ramai yang 'tumpang baca' dari membeli.Itu pun baca tajuk-tajuk yang dianggap sensasi dan panas. Kalau tajuk bercorak ilmiah seperti hasil resolusi rasanya golongan yang bawah-bawah tu tak baca pun!

Sekiranya tidak ada satu arahan yang jelas, pimpinan negeri, dewan-dewan dan perwakilan kawasan yang hadir perlu mengambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya membuat satu majlis penerangan kepada ahli supaya tidak ada lagi orang diperingkat bawahan yang keliru dan terus melopong perkembangan yang berlaku dalam Pas. Wallahualam.

08 November 2009

SEMINAR BUKTI PAS LEBIH TERBUKA DARI UMNO@BN

Seminar Memperkasakan Pas telah membawa satu dimensi baru kepada dunia baru Pas. Walaupun masih ada kedengaran cakap-cakap belakang selepas berakhirnya seminar ini semalam.

Apa yang pasti Pas hari ini berjaya membuktikan keterbukaan dan ketelusan Pas untuk membina kekuatan dan imej baru merentasi persepsi negatif yang sering dilontarkan oleh media dan pemimpin parti lawan.

Pas bersedia dan berani menjemput tokoh profesional yang tidak berkaitan dengan Pas untuk 'membedah' bagi mencari sebarang punca atau wabak penyakit yang mungkin berlaku. Pas memberi peluang sebebas-bebasnya tanpa syarat kepada dua tokoh akademik iaitu pensyarah Universiti Islam Antarbangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah untuk memberi pandangan kritikal mereka tentang hala tuju dan perjuangan Pas masa kini.

Dalam masa yang sama Pas membenarkan semua media tanpa mengira latar belakang politik untuk membuat liputan tanpa halangan atau syarat. Media yang sering memberi laporan senget sebelah dibenarkan membuat liputan tanpa had dan batasan.

Apa yang dibuktikan dalam seminar yang dianjurkan oleh Pas semalam membuktikan Pas adalah sebuah parti yang terbuka dan bersedia mendengar pandangan dan kritikan berbeza dengan persepsi negatif sebelum ini bahawa Pas sebuah parti yang tertutup dan jumud.

Sebaliknya ia sebagai tempelakan kepada Umno yang sebenarnya tertutup dan jumud yang tidak sanggup serta gentar berhadapan dengan media selain dengan media pro mereka. Buktinya dalam Persidangan Agong Umno yang terbaru bukan sahaja media yang tidak sehaluan seperti Harakah dan Siasah tidak dibenarkan membuat liputan tetapi media berkecuali seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dilarang sama sekali memasuki dewan untuk membuat liputan.

Semoga segala resolusi seminar akan segera diterjemahkan untuk memastikan Pas terus mewarnai arus perdana politik negara untuk menamatkan riwayat politik Umno@BN.

KELANTAN TEWAS...PAS PUN BOLEH TEWAS JIKA...

Malam tadi setelah sekian lama tidak menyaksikan aksi sukan boleh sepak tempatan saya menonton siaran langsung Pelawanan Akhir Kelantan-Negeri Sembilan. Atas kertas segala-galanya memihak kepada Kelantan. Semangat pemain dan jumlah penyokong yang saya kira lebih tiga kali ganda mengatasi Negeri Sembilan di stadium Bukit Jalil.

Saya bukan penyokong Kelantan atau Negeri Sembilan malah tidak menyokong mana-mana pasukan bola sepak tempatan. Atas pagar le tu...Tetapi berdasarkan perkembangan dan publisiti Kelantan pastinya pasukan pilihan. Tetapi apa kesudahannya Kelantan tewas 3-1 dalam perlawanan yang saya sifatkan berat sebelah.

Jika Kelantan pasukan pilihan untuk menang boleh tersungkur menelan kepahitan ditewaskan oleh Negeri Sembilan adakah Pas tidak boleh mengalami nasib yang sama?

Pas kini semakin mendapat tempat di mata masyarakat. Dulu Pas dikenali parti golongan 'pak lebai' kini Pas telah melepasi batas dan tembok itu. Malah orang cina dan India sudah tidak segan-segan dan secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pas. Wakil rakyat Pas ada di semua negeri di Semenanjung kecuali Melaka. Program Pas di mana-mana mendapat sambutan hebat dan menggalakkan. Dari tukang kebun sehinggalah saintis dan koporat terkenal ada di dalam Pas. Ringkas kata dalam Pas...Semua ada...

Tetapi sikap tak apa, mengabaikan program parti terutama pembinaan diri dan tarbiyyah serta sikap terlalu yakin boleh memakan diri. Pilihanraya umum boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang. Apakah dengan isu yang berlaku dan imej Pas hari ini mampu mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada Pas?

Bagi ahli dan penyokong teras Pas, sokongan kepada Pas pastinya tidak berbelah bahagi walaupun apa jua yang melanda tetapi cabaran Pas ialah mengekalkan sokongan rakyat tidak berparti khususnya sokongan bukan Islam.

Justeru itu semua pihak dalam Pas perlu melipat gandakan usaha dan meningkatkan sokongan dan momentum kepada Pas dalam usaha menjadikan Pas sebagai alternatif dan pilihan terbaik.

07 November 2009

DR ASRI SERTAI PAS, DR AZIZ BARI SERTAI UMNO?

Spekulasi ini mula belegar di kalangan ramai berdasarkan perkembangan yang berlaku. Dr. Asri diajak ( disuruh kata Ustaz Harun Taib) dalam satu pertemuan di rumah beliau di Kuala Lumpur. Isu JAIS menyebabkan tak pasal-pasal saham Dr. Asri melambung. Isu saman menyaman menyebabkan indeks saham beliau terus naik mendadak. Semasa seminar yang saya hadiri di Palace Of The Golden Horses kelmarin, slot Dr. Asri audien sampai terpaksa berdiri dan melimpah keluar dewan.

Andainya Dr. Asri ditakadirkan menyertai Pas dalam tempoh terdekat sudah pasti ia memberi pukulan maut kepada Umno@BN dengan populariti beliau sekarang. Sekaligus memberi momentum dan kekuatan kepada Pas sekarang yang berhadapan dengan situasi yang berlaku dalam kepimpinan Pas yang didakwa oleh pihak di luar Pas. Sekaligus memberi tonik terbaik kepada Pas setelah tewas di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Begitu juga kepada Profesor Dr. Aziz Bari yang kebelakangan ini begitu 'celupar' mengkritik kepimpinan Pas. Beliau sebelum ini dilihat pro Pakatan Rakyat terutama dalam menyentuh isu-isu berkaitan dengan undang-undang dan pelembagaan. Maka tulisan dan ulasan beliau dijadikan 'fatwa dan hujah' Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan isu penyelewengan undang-undang khususnya dalam krisis yang dicipta Umno@BN di Perak.

Andainya Dr. Aziz menyertai Umno@BN ia pastinya akan memberi kekuatan kepada Umno@BN yang sekarang sedang berhadapan pelbagai krisis kronik sama ada dalam Umno sendiri atau melibatkan komponen mereka dalam BN khususnya MCA,MIC dan Gerakan.

Bagi saya kepada pimpinan dan penyokong Pas agar tak payahlah fikir spekulasi ini. Pas perlu bina kekuatan dari dalam bukannya mengharap orang luar memantapkan perjuangan Pas. Jika berlaku, anggaplah ia sebagai bonus dan bukan faktor penentu kepada kemenangan dan kemantapan jemaah. Berkaitan dengan keceluparan Dr. Aziz Bari dan kemungkinan menyertai Umno biarkanlah, Pas hari ini melangkah dan berdiri gagah kerana iltizam, keikhlasan dan pengorbanan pimpinan dan semua lapisan dalam Pas sehingga Pas begitu digeruni dan dicemburi pada hari ini. Seperti saya sebutkan sebelum ini individu boleh datang dan pergi. Mereka yang hidup akan menempuh saat mati tetapi perjuangan meneruskan kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW perlu diteruskan. Berundur tidak sama sekali!

06 November 2009

SELAMAT MENGADAKAN EGM...ehhh...SEMINAR

Esok Kepimpinan Pas Pusat, Dewan-dewan serta saf utama Pas di peringkat negeri dan Kawasan akan berseminar untuk mencari formula dan titik persamaan menyelesaikan segala isu berlaku dan seterusnya memantapkan perjuangan Pas sebagai wadah dan alternatif kepada rakyat Malaysia yang begitu dahagakan perubahan dan pembaharuan setelah sekian lama diperintah regim Umno@Barisan Nasional yang penuh dengan skandal, krisis, rasuah yang mencengkam kehidupan rakyat.

Semoga pertemuan di Dewan Dato Fadzil Nor akan membawa lembaran baru kepada perjuangan Pas. Semoga pertemuan di dewan yang mengambil nama Allmarhum bekas presiden Pas akan kembali memarakkan semangat dan roh perjuangan Allamarhum yang banyak membawa dimensi baru kepada Pas hari ini.

Sebagai orang kecil dalam jemaah saya ingin melihat kemesraan, ukhuwwah dan semangat perjuangan yang selama ini sukar digugat akan kembali bertaut untuk meneruskan visi dan misi perjuangan Pas untuk meneruskan tradisi dan kesinambuangan perjuangan membawa mesej dan dakwah Islam kepada masyarakat.

Saya begitu mengharapkan agar semua pihak yang berseminar akan mencari formula terbaik dan bukan menunding jari kepada mana-mana pihak 'ribut dalam cawan' yang melanda Pas hari ini. Apa yang berlaku hari ini adalah satu proses tarbiyyah untuk memastikan Pas tidak menyimpang dari landasan perjuangan.

Kepada semua pimpinan yang hadir dalam EGM ehhh seminar esok...Selamat Berseminar.

04 November 2009

DR. ASRI AKAN DITANGKAP LAGI?

Saya baru sahaja mengikuti satu majlis ceramah dan perbincangan 'circle talk' bersama Dr. Asri di Palace Of Golden Horses di The Mines Seri Kembangan Selangor. Majlis itu bersempena dengan satu persidangan di peringkat kebangsaan.

Peserta program terdiri dari golongan profesional dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ada juga pegawai kanan PDRM berpangkat supritandent di majlis berkenaan. Dari jabatan agama juga ada, tak pasti pulak dari JAIS ada atau tidak. Tetapi yang pastinya Dr. Asri masih lagi belum dapat 'tauliah' dari JAIS. Bermakna ceramah yang disampaikan adalah 'haram' bagi pihak JAIS.

Memandangkan Dr. Asri sekali lagi telah melanggar undang-undang memberi ceramah tanpa tauliah mungkinkah beliau sekali lagi akan ditangkap oleh polis dan JAIS?
Sedang menyampaikan ceramah secara 'haram', JAIS kena bertindak!

KENAPA WANG EHSAN DAN BUKAN ROYALTI UNTUK KELANTAN?

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat setuju memberi 'wang ehsan' kepada Kelantan hasil daripada hasil petroleum dari pesisir perairan Kelantan. Perkara itu diumumkan dalam jawapan kepada ahli Parlimen dari Kelantan di Dewan Rakyat. "Pembayaran' itu akan dibuat melalui projek pembangunan dan projek membasmi kemiskinan setelah berbincang dengan kerajaan negeri.

Pengumuman ini sekali gus mengesahkan bahawa Kelantan memang layak memperolehi hasil petroleum dari bumi Kelantan.

Persoalannya mengapa wang ehsan dan bukan royalti? Wang ehsan bermakna diberi berdasarkan budi bicara dan bila-bila masa boleh ditarik semula. Adakah satu jaminan bahawa pembayaran itu akan dilakukan dengan telus dan adil? Adakah wang ehsan ini mengulangi episod wang ehsan seperti yang berlaku sewaktu Pas memerintah Terangganu? Apa yang berlaku? Kerajaan Pas Terangganu terpaksa mengemis dan terpaksa memfailkan tuntutan dan saman di mahkamah untuk mendapatkan hak wang royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan Petronas. Duit yang dinamakan wang ehsan itu diberi kepada 'wakil kerajaan pusat' di Terangganu.Pemberian wang ehsan itu ternyata satu pengkhianatan kepada rakyat Terangganu kerana wang ehsan itu diberi kepada mereka yang tidak berhak dan lebih bertujuan mengayakan kroni dan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno@BN kononnya atas nama pembangunan. Sebaliknya apabila Umno@BN kembali berkuasa di Terangganu status wang ehsan itu boleh berubah semula menjadi royalti.

Justeru itu perjuangan menuntut royalti untuk rakyat oleh kerajaan negeri Kelantan perlu diteruskan untuk memastikan hak rakyat Kelantan akan dapat dikembalikan untuk menikmati kemakmuran dan kekayaan ini dapat diagih dan diuruskan secara adil dan telus.

SATU LAGI PROJEK RUNTUH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Setelah jambatan runtuh meragut nyawa 3 murid di Kuala Dipang, Umno@BN meneruskan kecemerlangan mereka dengan satu lagi projek runtuh. Kali ini berlaku di Jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching, Rawang yang terpaksa ditutup kepada semua lalulintas hari ini akibat cerun runtuh pada 2.45 pagi tadi.

Bayangkan jika berlaku ketika waktu puncak atau waktu sibuk, tidak dapat dibayangkan berapa lagi tragedi ini akan meragut nyawa. Seperti biasa maka keluarkan kenyataan-kenyataan...Siasatan akan dijalankan, laporan akan diberikan...Kerajaan akan menyalahkan pemaju..pemaju menyalahkan kerajaan...Rakyat? Dengar je lah.....Insyaallah anda mampu mengubahnya dalam PRU ke 13 akan datang.

02 November 2009

ADA YANG MENGELENG TAK PERCAYA DAN ADA YANG BERTEPUK TANGAN GEMBIRA DENGAN PENAHANAN DR. ASRI?

Era 1Malaysia makin bercelaru dan haru biru. Ingatkan Islam Hadhari je yang mengelirukan tetapi Islam 1Malaysia lagi memeningkan. Kalau dah jadi mufti ada PHD pun tak layak mengajar agama agaknya siapa yang layak diberi tauliah mengajar agama era 1Malaysia?

Dalam hal ini kita perlu berhati-hati dengan mufti di negeri masing-masing. Tidak mustahil ada di kalangan mereka tidak ada tauliah untuk menyampaikan atau bercakap hal-hal berkaitan dengan umat Islam. Mungkin juga selama ini kita mendengar ceramah, kuliah dan khutbah Jumaat dari mufti yang tak ada tauliah!

Perdana Menteri 1Malaysia terkejut dengan penahanan Dr. Asri. Ramai juga menteri yang terkejut dan buat-buat terkejut. Jika tindakan menahan Dr. Asri di luar pengetahuan PM, atas arahan dan agenda siapa beliau ditahan? Adakah ada pihak dalam Umno@BN mempunyai agenda atau strategi tertentu? Adakah ini membuktikan bahawa PM cukup lemah sehingga tidak mampu mengawal tindakan orang orang bawahannya sesukati hati?

Bagi saya ada agenda tersembunyi di sebalik penahanan dan tindakan 'memalukan' Dr. Asri. Mungkin banyak pihak yang mengeleng kepala tak percaya dan tidak kurang yang bertepuk tangan gembira. Wallah'ulalam

DR ASRI DITAHAN POLIS MALAM TADI


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

01 November 2009

MENYERTAI PAS AKAN MELENYAPKAN FITNAH KEPADA DR ASRI


Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bukan nama baru bagi saya. Saya mengenali beliau pada tahun 1995 semasa belajar di USM, Minden Pulau Pinang. Ketika itu beliau membuat master di bawah seliaan PM Dr. Radzi yang kebetulan juga adalah pensyarah penasihat akademik saya.

Beliau mempunyai karekter dan kepimpinan serta memiliki asas dan pengetahuan agama yang mantap berdasarkan latar belakang akademik serta minat untuk menyampaikan dakwah Islam.

Beberapa hari lepas beliau menerima kunjungan Ustaz Harun Taib Ketua Dewan Ulama' Pas di rumahnya dalam suasana mesra yang saya yakin kehadiran Ustaz Harun Taib sebagai 'utusan rasmi' Pas untuk menjemput Dr. Asri menyertai perjuangan Pas.

Walaupun belum ada sebarang jawapan dari Dr. Asri saya yakin beliau masih menimbangkan perkara itu. Lebih-lebih lagi beliau sebenarnya cukup dekat dengan Pas sama ada dari pergaulan, hubungan kekeluargaan dan rakan taulan. Malah isteri beliau merupakan adik kepada pimpinan utama Pas Melaka.

Hari ini beliau berhadapan dengan tuduhan dan fitnah bahawa beliau bermimpikan jawatan sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) yang kini dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Dato'.Nakhaie Ahmad. Belaiu dituduh akan membawa fahaman Wahabi jika diberikan jawatan berkenaan.

Ketika ini beliau berhadapan dengan situasi ini secara 'bersendirian'. Saya yakin fitnah dan tuduhan ini bukan yang terakhir dilemparkan kepada beliau sebagai pendakwah 'bebas'. Maka Dr. Asri wajar memilih satu platform yang tepat untuk meneruskan usaha dakwahnya. Dalam hal ini Pas adalah medan yang terbaik untuk beliau. Saya yakin bukan sahaja akan mengembangkan potensi yang ada padanya tetapi dapat bersama membantu Pas untuk memertabatkan dakwah Islam di muka bumi Malaysia ini.