09 May 2009

SELSEMA BABI MELANDA MELAKA?

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Ghazali Othman, mengarahkan Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Ayer Molek yang menempatkan 418 pelatih, dikuarantin selama tujuh hari mulai semalam.

Arahan itu susulan selesema misteri yang menyebabkan seorang pelatih mati pada Selasa lalu dan lebih 10 terpaksa dirawat di Hospital Melaka.

SIDANG DUN KARTUN UMNO@BN DI PERAK

Setiap hari semakin banyak kecelaruan dan pihak yang mempertikaikan kesahihan 'Sidang Dun Perak' pada 7 Mei. Hanya beberapa orang peguam 'Umno' seperti Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee yang mengatakan usul lantik speaker baru adalah sah.Saya tak tahu buku undang-undang mana yang mereka rujuk dan jadikan asas berhujah.Adakah mereka merujuk buku kitab kuning dari pondok di Gunung Semanggol atau buku undang-undang untuk menguruskan Zoo Taiping?

Saya kemukan fakta daripada pakar dan ahli undang-undang untuk kita buat pertimbangan apa yang berlaku dalam tragedi hitam demokrasi negara pada 7 Mei kelmarin.

Saya kemukan pandangan Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar:

1. Hee Yit Fong ambil tugas speaker

Bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" Kenyataa beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

2. Polis tidak ada kuasa dalam Sidang Dun atau Dewan Rakyat

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Profesor Dr. Aziz Bari pakar pelembagaan negara juga mempertikaikan tindakan polis yang mencampuri urusan sidang dun Perak.Beliau bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

3. Sidang Dun belum bermula

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.
Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

4. Ganesan tidak mengangkat sumpah sebagai Speaker

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Walau bagaimanapun, Malik Imtiaz menjelaskan bahawa isu di Perak tidak akan selesai melalui sudut perundnagan ini kerana setiap peguam mempunyai pandangan yang berbeza.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perak membubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.