12 July 2008

NILAI KEMANUSIAAN SEMAKIN HILANG...


MENGHAYATI KEINDAHAN ALAM

Sepanjang saya berada di Institiut Biodiversiti Perhilitan di Lanchang Pahang, saya merasa cukup tenang. Menghayati keindahan alam ciptaan Allah sambil ditemani irama hidupan hutan yang hidup bebas. Lupa segala hiruk pikuk suasana kota yang bergelumang dengan pelbagai kisah masyarakat. Diselubungi dengan pelbagai kisah dan teori konspirasi politik yang di sulami dengan adegan –adegan yang memualkan.
Terasa berat hati untuk meninggalkan suasana rimba lebih – lebih lagi melihat telatah hidupan liar di sini yang menghiburkan. Tetapi apakan daya tanggungjawab kepada tugas dan keluarga serta komitmen lain menuntut saya untuk kembali ke suasana kota.
Bila saja mengakses internet di website dan blog berita dan isu semasa…saya hanya mampu mengeleng kepala dan mengeluh sendiri sambil memikirkan tentang senario hari ini. Apa nak jadi dengan manusia hari ini…Kadang – kadang lebih teruk dari binatang di hutan yang tidak ada akal tetapi masih lagi ada sifat – sifat penyayang dan tanggungjawab.
Renungkanlah apa yang berlaku kepada Megat Mohd Amirul Adha Sobri, 22, yang didera lebih kejam dari perlakuan seekor binatang buas di Pusat Permulihan terkenal di Kajang Selangor ( PERKID ). Lihatlah juga apa yang terjadi bila mereka yang berkuasa di peringkat tertinggi disisasat kerana salah guna kuasa. Semua ini membuat saya terfikir dan terkesima… Mungkin usia dunia ini sudah semakin tiba ke penghujungnya…Adakah kita sudah bersedia menghadapinya….Tanyalah diri kita sendiri…


MEGAT AMIRUL MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MANUSIA


KETUA POLIS NEGARA DAN PEGUAM NEGARA DISIASAT BPR


KETUA PENGARAH IMIGRESEN DITAHAN REMAN 4 HARI OLEH BPR