Ada yang tak kena apabila SPR terus melewat-lewatkan tentang kekosongan kerusi Dun Penanti. Apa lagi yang SPR tunggu dan hendak siasat setelah kerusi itu diistiharkan kosong oleh Speaker Dun Pulau Pinang.
Perkara ini diumumkan sebentar tadi oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.
“SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.
“Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Adakah SPR mendapat arahan baru daripada pihak tertentu? Mungkinkah ada 'kejutan' yang tidak mengejutkan yang bakal diumumkan oleh SPR pada hari Isnin depan?
Satu Malaysia dah tahu SPR kini seolah-olah menjadi alat kepada Umno@BN. Segala tindak tanduk SPR akhir-akhir ini seperti SPR sebagai komponen BN. Ini semua rentetan daripada kekalahan Umno@BN dalam empat siri Pilihanraya Kecil. Apabila bekas Adun Penanti mengumumkan meletak jawatan, maka Dato Seri Najib menyifatkan ia sebagai helah Pakatan Rakyat. Maka lepas itu para juak-juak dalam Umno menggesa agar Umno memulaukan pilihanraya tersebut.
Apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Umno@BN begitu trauma untuk berhadapan dengan kebangkitan dan suara rakyat. Maka pelbagai alasan diberi untuk memastikan pilihanraya kecil ini dapat dielakkan. Kita tunggu apa 'silap mata' SPR kali ini pada Isnin depan.