Saya memetik kata-kata Alias Abdullah Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terangganu yang juga Adun Alur Limbat daripada
Malaysiakini menjelaskan bahawa Datuk Idris Jusoh tidak terlibat dalam konspirasi memboikot sidang Dun Terangganu yang didakwa untuk menjatuhkan Datuk Ahmad Said, MB Terangganu sekarang.
Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan,”
“Adakah anda ingat kami wakil rakyat
cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?”
Nampak gayanya wakil rakyat Umno@BN di Terangganu semakin berani 'sembah derhaka' dengan menggelar MB mereka sendiri sebagai MB cap ayam. Apa agaknya reaksi Ahmad Said selepas ni?
Saya pun tak pasti kenapa wakil rakyat berkenaan tergamak memanggil Ahmad Said,MB cap ayam. Kalau sebut pasal ayam ni, biasanya orang bela, bagi makan kemudian tunggu masa untuk disembelih!