09 April 2011

NYAWA RAKYAT LEBIH MURAH DARI VIDEO SEKS?


Berlaku dua isu besar yang mengemparkan negara muktahir ini. Bermula dengan isu video seks yang ditaja oleh Rahim Tamby Chik serta kuncu-kuncunya dan kematian tragis penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM.

Walau bagaimanapun dalam dua isu ini, Umno-BN melalui Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Azri lebih teruja dengan video seks. Nazri Aziz kelihatan begitu beria-ia dengan pita video lucah untuk membentangkan cadangan ke kabinet untuk tubuh Suruhanjaya Diraja ( RCI). Apabila dikiritik hebat pelbagai pihak, Nazri Aziz cuba berlapik dengan mengatakan usul itu akan hanya dibentangkan selepas siasatan polis mengesahkan pelakon utama dalam video lucah itu. Perdana Menteri pula berkata, pembangkang bersikap selektif dalam mencari kebenaran apabila menolak RCI untuk video seks.

Dalam isu ini cukup jelas nilai dan harga video seks lebih didahulukan oleh Umno-BN berbanding dengan nyawa rakyat yang melayang dalam keadaan 1001 persoalan yang misteri dan belum terjawab. Kalau nyawa rakyat sendiri kerajaan Umno-BN tidak berminat untuk mencari kebenaran adakah kerajaan yang sama akan mencari kebenaran kematian rakyat asing seperti Altantuya?

Mungkinkah sekali lagi RCI akan menjadi alat Umno-BN seperti yang berlaku kepada RCI video tape Linggam. Isu itu terus lenyap dan tenggelam dengan membuang masa dan duit rakyat untuk penubuhan RCI tetapi kesudahannya sepi begitu sahaja apabila rumusan RCI tidak memihak kepada Umno-BN. RCI untuk video seks akan digunakan oleh Umno-BN untuk mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi sekali gus usaha untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat. Namun saya yakin, penduduk di ceruk dan hulu mana sekalipun termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak dapat menilai hipokrasi kerajaan Umno-BN. Cuma Pakatan Rakyat perlu bijak dan memikirkan mekanisme yang paling cepat dan efektif untuk menyampaikan maklumat dan menangkis serangan Umno-BN yang tidak akan henti-henti dengan politik keji dan kotor.