07 February 2010
GAMBAR SEHARI SELEPAS DILIWAT
Gambar ini boleh menceritakan pelbagai makna di sebaliknya. Gambar Saiful dirakam dalam mesyuarat Anwar Ibrahim Club (AIC) pada 27 Jun 2008 sehari selepas mendakwa dirinya diliwat pada 26 Jun 2008 mengikut pertuduhan di mahkamah. Dalam mesyuarat itu Saiful menjalankan tugas rutinnya sebagai pembancuh kopi.
MENTERI TOLONG JAWAB
Tetapi tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.
Selain itu bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.Manakala kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1.
Dalam masa yang sama beberapa peruncit juga turut mengadu kepada CAP bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat masin dan rempah ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Itu belum lagi kenaikan harga barang basah seperti ikan, udang dan sotong yang menunjukkan kenaikan terlampau sehingga membebankan pengguna. Justeru itu saya meminta menteri berkenaan tolong jawab apa yang sebenarnya yang sedang berlaku.
ADUKA TARUNA VS NASIR SAFAR
Datuk Nasir Safar, nama beliau sebelum ini tidaklah glamour seperti Aduka Taruna. Malah ramai yang tidak mengetahui kewujudan beliau sebagai pegawai khas PM. Tetapi nama beliau tiba-tiba sahaja meletup kerana kenyataan menghina orang cina dan india di negara ini dalam satu ceramah di Melaka baru-baru ini.Beliau telah dapat menandingi kehebatan Aduka Taruna apabila 45 laporan polis telah dibuat terhadap kenyataanya yang menghasut dan berunsur perkauman.
Telah mengakui ketalanjurannya dengan meminta maaf dan meletak jawatan sebagai pegawai khas PM. Polis Melaka melalui kenyataan ketuanya,Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata 85 % siasatan telah dilakukan. Kita tunggu apa kesudahannya. Datuk Rais Yatim meminta Aduka Taruna meminta maaf kepada seluruh kerabat diraja Johor atas keceluparan yang dilakukan tetapi bersediakah Rais Yatim meminta Nasir Safar meminta maaf kepada seluruh orang cina dan india di negara ini yang dihina sedemikian rupa. Adakah orang cina dan india di negara ini akan memaafkan atas penghinaan yang dilakukan?
Apa yang pasti Aduka Taruna dan Nasir Safar ada persamaannya. Dua-dua mulut celupar. Cuma celupar Nasir Safar dilihat lebih merbahaya kerana segala tembelang Umno melalui1Malaysia hancur dalam sekelip mata dari sudut pandangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.