Demontrasi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mencatat satu lagi titik hitam dalam sejarah negara. Polis sekali lagi bertindak umpama 'polis raja di Malaysia' apabila bertindak keterlaluan untuk menghalang demontrasi aman yang berlangsung kelmarin.
Demontasi ini juga membuka episod baru apabila ramai yang ditahan sebelum demontasi bermula. Malah Setiausaha Dewan Pemuda Pas Jasin yang masih direman hingga kini, Hasbullah Pit atau Sebol ditahan sebaik sahaja selesai bersolat di Masjid Negara. Manakala Exco Pemuda Pas Melaka, saudara Khairul Che Salleh dan dua orang rakannya ditahan sebelum plaza tol Ayer Keroh. Kira-kira 160 KM dari tempat demontasi!Beliau yang mengidap penyakit lemah jantung disoal sehari suntuk oleh sembilan anggota Polis dari Balai Polis Ayer Keroh dan Alor Gajah secara berterusan dan tidak diberi makan minum selama hampir 15 jam!
Kalau kita membaca tajuk utama akhbar hari ini ada akhbar suku sakat Umno@BN mereka mendakwa peniaga rugi beratus juta! Sinar Harian melaporkan peniaga rugi 100 juta, Utusan dan Kosmo serta Berita Harian 200 juta! Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin tun Hussain berkata polis akan memburu 'dalang' atau pimpinan utama Pakatan Rakyat berkaitan demontasi berkenaan. Malah pada petang hari demontasi GMI, polis cuba merempuh masuk Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut untuk menangkap pimpinan utama Pakatan Rakyat. Ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang berada di dalam bangunan berkenaan tetapi berjaya dihalang oleh petugas Unit Amal Pas dan petugas keselamatan.
Saya melihat tindakan tangkapan dan provokasi keterlaluan ini memang sengaja dirancang untuk tindakan serampang dua mata. Kemungkinan 'Operasi lalang 2" dengan meng"ISA"kan pimpinan utama Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Kita tunggu perkembangan yang seterusnya.