01 August 2009

DEMONTRASI ISA:REKOD BARU POLIS MALAYSIA!

Himpunan Gerakan Mansuhkan ISA hari ini berjaya mencapai matlamatnya dengan berjaya menghimpunkan lebih 100 ribu rakyat yang berkumpul berselerakan di beberapa lokasi di ibu negara.

Himpunan kali ini mencatat satu lagi rekod baru polis Malaysia apabila menangkap lebih 400 peserta himpunan aman. Rekod menarik juga dicipta apabila polis menangkap secara mengH1N1 buta orang ramai yang berada di sekitar ibu kota. Misalnya ketika dalam sekatan jalanraya, turun dari LRT dan komuter atau ditangkap semata-mata disyaki sebagai perserta himpunan. Undang-undang apa yang polis Malaysia guna?

Ternyata tindakan mengungut, menangkap, menembak gas pemedih mata dan semburan air asid tidak mampu menyekat kemaraan dan kebangkitan rakyat yang benci kepada kezaliman undang-undang rakus ISA. Ini juga sebagai amaran kepada kerajaan dan polis yang sering mengikut telunjuk Umno@BN kebangkitan rakyat sudah tidak lagi mampu disekat dengan belantan dan gas pemedih mata.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang hadir dalam himpunan hari ini.

I.S.A 'HALAL' KATA PENGARAH JAKIM


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz bersetuju dengan ISA. Maknanya ISA itu 'halal' menurut pandangan beliau. Apabila seorang yang diberi tanggungjawab mengetuai JAKIM kata ISA 'halal', maka pastinya akan dijadikan modal orang yang melantiknya bahawa ISA 'halal'. Menurut beliau lagi secara prinsipnya, ramai ulama sebelum ini bersetuju dengan pandangan tersebut.

Maka selepas ini akan diselongkarlah hujah dan nas yang patut untuk menghalalkan ISA. Kepada pengarah JAKIM sila jawab soalan berikut:

1. Apa hukumnya sesorang yang dinafikan hak untuk membela diri?
2. Apa hukumnya seorang yang dipisahkan dari anak isteri bertahun-tahun tanpa bicara?
3. Apa hukumnya seorang yang diseksa dan didera mental dan fizikal tanpa sebab musabab?
4. Apakah nas Al Quran atau hadis Nabi SAW yang 'menghalalkan' ISA ?
5. Siapakah 'ulama' yang 'ramai' yang menyokong ISA?