TERTUDUH YANG DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAHMahkamah Tinggi Ipoh semalam membebaskan tiga tertuduh utama satu kes pengedaran dadah pada tahun 2005 lalu. Semua ini gara-gara kesilapan bodoh yang dilakukan oleh Polis.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh,Muhamad Ideres Rafee memerintahkan Tang Kan Wah, 52, Loi Keen Mun, 28, dan Chu Kwong Nee, 29, dilepaskan tanpa perlu membela diri setelah mahkamah mendapati banyak keraguan dalam kertas pendakwaan.
Katanya, kegagalan tiga anggota polis itu
menandatangani borang serbuan, penemuan dan penyerahan barang bukti iaitu dadah kira-kira 61.63 gram menyebabkan mahkamah meragui kes tersebut.
"Bagaimana anggota polis boleh gagal tandatangani borang itu, takkan penat sangat sampai tak sempat (tandatangan).
"Ia menyebabkan mahkamah meragui dan tak boleh terima keterangan yang diberi anggota polis yang melakukan serbuan berkenaan," katanya.
Selain itu, Muhamad Ideres juga menegur pihak pendakwaan yang boleh terlepas pandang
kekhilafan alamat premis serbuan dilakukan sehingga tertangkapnya ketiga-tiga tertuduh dan membawa kepada penemuan dadah tersebut pada kertas pertuduhan.
Polis Malaysia dan pejabat Peguam Negara perlu merasa malu dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang berlaku. Sudahlah imej kedua badan ini semakin merudum, kes ini akan merendahkan imej mereka pada tanggapan umum. Mana pergi slogan 'CEPAT dan BETUL' yang dibanggakan oleh PDRM? Adakah slogan "CEPAT dan BETUL" kerana 'kecepatan' dan 'kebetulan' yang banyak berlaku terutama majlis himpunan aman yang melibatkan Pakatan Rakyat atau hanya pada pemimpin PR sahaja? Tetapi bila kes dan aduan melibatkan pemimpin BN terutamanya Umno kes itu hanya dilihat hanya sebelah mata atau hanya memekakkan telingga sahaja?
Telah acap kali PDRM dan Jabatan Peguam Negara dipertikaikan dalam tindakan mereka. Misalnya kes Nurin Jazlin dan Sharline yang gagal diselesaikan sehingga kini. Begitu juga kes jenayah seperti kes 2 tralier yang sarat dengan komponen elektornik yang bernilai ratusan juta ringgit di Bayan Lepas Pulau Pinang yang gagal diselesaikan oleh Polis hingga kini?
Jabatan Peguam Negara pula tidak kurang kontroversinya, seperti kes tembakan peluru hidup yang dilakukan oleh Polis konon atas alasan mempertahankan diri di Batu Buruk.Orang yang nyaris maut ditembak didakwa, polis yang menembak dilepaskan begitu sahaja. Malah banyak perbicaraan berfrofil tinggi seperti kes pembunuhan Altantuya dan kes liwat 2 melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan watak sebenar sikap dan watak Jabatan Peguam Negara.
Jika beginilah keadaanya, habis punah ranahlah negara ini. Kembalikan lah pada prinsip keadilan dan keluhuran pelembagaan seperti yang termaktub dalam Rukun Negara. Siapa lagi yang dapat diharapkan untuk menjaga dan memelihara keadilan, keamanan dan keharmonian negara jika dua instiusi penting, polis dan jabatan Peguam Negara hilang wibawa dan kredibilitinya?