29 October 2009

PARTI KITAR SEMULA : FIKIR DULU SEBELUM BUANG...


Tahun ni sahaja kita menyaksikan adun-adun yang bermasalah melompat sebagai bebas (Umno) Bukan itu sahaja pemimpin Umno bermasalah dipilih jadi calon Umno dalam pilihanraya kecil.Kita imbau beberapa kes yang berlaku:

1. 3 adun dari Perak menyertai Umno@BN -dua daripadanya melompat setelah dituduh rasuah.

2. Dato Ibrahim Ali -jaguh pemegang rekod lompat berganti-ganti dunia -jadi wakil bebas (Umno)

3. Rohaizat calon Umno Permatang Pasir - dakwaan skandal dan penipuan semasa menjadi peguam.

4. Tan Sri Isa Samad yang terbabit rasuah dipilih calon Umno di Bagan Pinang.

5. Badrul Hisham Abdullah - Adun bermasalah di Pelabuhan Kelang jadi wakil bebas (Umno).

Adakah Umno@BN mempunyai sistem kitar semula terbaik di negara ini. Jadi marilah kita amalkan gaya hidup sihat 'fikir dulu sebelum buang'....

TRAGEDI POS DIPANG: ANAK MATI LEMAS BAPA MERANA HINGGA MENINGGAL DUNIA...

Tragedi jambatan gantung di Pos Dipang menelan korban keempat. Walau bagaimanapun bukan disebabkan mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh itu tetapi meninggal dunia kerana merana dan sengsara kerana kehilangan anak yang tersayang.

Bapa kepada N Dina Deve yang mati lemas dalam tragedi itu , T Nathan meninggal dunia pagi tadi akibat menanggung penderitaan yang amat sangat kehilangan anaknya sehingga tidak lalu makan dan minum sehingga terpaksa dimasukkan air melalui drip di lengannya.

Dengan kematian kedua-dua mereka dalam keluarga ini, ibu Dina Deve, S Mogana juga terlalu tertekan. Beliau tidak mahu bertemu dengan wartawan bagi menceritakan kesah keluarganya yang malang itu.Selain, Dina Deve, keluarga ini mempunyai dua anak lelaki iaitu berumur sembilan dan 17 tahun.

Bagi mereka, semua yang berlaku kerana jambatan yang dibina itu tidak dibuat dengan sempurna.

Jambatan gantung 'cap ayam' itu baru sahaja dibina kira-kira seminggu sebelum program yang menghimpunkan 300 kanak-kanak itu. Menurut laporan, ia disumbangkan secara 'percuma' oleh satu syarikat. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin berkata, kem bina semangat semacam ini akan diteruskan.

ADEGAN TUMBUK MEJA,BALING KERUSI BERLAKU DALAM MESYUARAT PAS MALAM TADI?

Mungkin itu agaknya yang diharapkan oleh puluhan wakil media terutama dari Umno@BN berlaku dalam Mesyuarat Khas AJK Pas Pusat malam tadi. Paling tidak pun wujud gesaan agar Presiden, Setiausaha Agong dan PJ Selangor digantung dari tugas...

Apa mereka ingat pimpinan Pas terlibat dengan skandal seks seperti yang melibatkan Chua Soi Lek? Adakah mereka fikir ada pimpinan Pas terlibat dengan jenayah, songlap duit rakyat atau parti atau terlibat meletupkan bom C4?

Seperti saya katakan sebelum ini Umno@BN atau mereka yang sewaktunya akan kempunan sekiranya mengharapkan berlaku perpecahan di dalam Pas. Pas adalah parti yang berjuang atas landasan dan akhlak Islam yang penuh ketertiban. Tidak wujud budaya ampu mengampu, cantas mencantas yang sebati dan menjadi budaya dalam Umno. Kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab. Sekiranya ada di kalangan ahli parti yang beria-ia nak jawatan sanggup lobi melobi serta memburuk-burukkan orang lain mereka ini tidak layak sama sekali menyertai jemaah Islam yang telah wujud lebih dari setengah abad.

Insyallah seminar yang dirancang pada 7 Disember ini di Dewan Dato' Fadzil Nor di Taman Melewar akan memantapkan kefahaman dan perjuangan Pas serta meningkatkan ilitizam perwakilan dan kepimpinan tentang perjuangan untuk mendaulatkan Islam dan mengembangkan usaha dakwah di bumi tercinta ini.