02 April 2009

BN MASIH TAK INSAF DENGAN PROJEK MEE SEGERA

Dalam ucapan di Persidangan Agong Umno DS Najib meminta agar Umno menghentikan 'projek mee segera' setiap kali pilihanraya berlangsung. Menurut beliau, taktik itu sudah lapuk dan ketinggalan zaman.

Walau bagaimanapun Umno hanya pandai bercakap je, tetapi pelaksanaan hampehh...Seolah-olah tak mengambil pengajaran 'tulah' yang menimpa calon BN di Bukit Selambau yang ditimpa kemalangan akibat projek jalan 'mee segera' yang dibuat oleh BN sendiri sempena pilihanraya.

Terkini Tan Sri Muhamammad Md Taib mengumumkan 'ole-ole' kepada 150 keluarga miskin tegar di Bukit Gantang. Kita akan bina 154 buah rumah dan kita akan beri secara percuma (kepada golongan miskin)," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau, juga ketua penerangan Umno, mengumumkan bantuan itu di program ramah mesra kementeriannya di Kampung Air Tin, DUN Changkat Jering pada hari kelima kehangatan kempen pilihanraya kecil parlimen tersebut pagi tadi.

Nak tolong orang miskin tolonglah, dialu-alukan tetapi kenapa hanya sibuk-sibuk dalam kawasan pilihanraya kecil di Bukit Gantang sahaja? Walhal masih ramai lagi golongan fakir dan miskin yang merempat memerlukan bantuan dan perhatian kerajaan.

Semua ini menjadi bukti bahawa umno@BN hipokrit dalam menolong dan membantu rakyat!

DYMM AGONG TIDAK PERKENAN NAJIB SEBAGAI PM?


Maklumat terkini yang diterima, DYMM Agong dikatakan meminta agar pelantikan Najib sebagai PM ke 6 ditangguhkan. Insyallah maklumat terkini akan menyusul selepas segala maklumat disahkan.

Sekiranya berita ini benar seperti maklumat yang diterima ini merupakan satu kemenangan rakyat dan satu tamparan yang paling hebat kepada DS Najib dan kepada umno@BN.

BUKTI SAHIH!!! POLIS TERLIBAT DALAM KEMPEN UMNO@BN


Selama ini pihak polis dalam mana-mana Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil sering menolak dakwaan bahawa mereka terlibat dalam menyebelahi Umno@BN dan bertindak berat sebelah kepada pakatan Rakyat.

Di antaranya dakwaan kelulusan permit yang berat sebelah, polis menghalang ceramah dan mengugut dengan pelbagai akta seperti Akta Polis dan Akta Hasutan kepada Pakatan Rakyat.

Terbaru dalam arahan pelik dari polis melarang isu Altantuya dan tindakan Sultan Perak dibangkitkan dalam PRU Bukit Gantang. Apa yang lebih pelik dan ajaib, larangan itu hanya berfokus di Bukit Gantang sahaja tetapi masih belum ada arahan bagi kawasan PRK di Bukit Selambau dan Batang Ai.

Hari ini Pakatan Rakyat menunjukkan bukti bahawa polis melalui FRU telah diperalatkan oleh Umno@BN untuk tampal poster Umno@BN !Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu sidang akhbar. Beliau secara menyindir memberitahu bahawa Pas juga berminat untuk membayar kepada polis jika turut berminat membantu mengawal petugas-petugas piliahnraya Pas dan Pakatan Rakyat yang terlibat dalam menampal poster.

Apakah ini bidang tugas baru Polis Diraja Malaysia? Elok rasanya nama itu ditukar kepada Polis UmnO@BN Malaysia. Adakah hanya orang Umno@BN yang menjadi pembayar cukai untuk membayar gaji polis berkenaan? Jelas wujud salah guna kuasa di sini. Adakah SPRM tidak berminat untuk menyiasat dan mengambil tindakan? Ohh..lupa, SPRM hanya berminat dengan kes-kes yang berkaitan lembu sahaja.!