BN semakin pening dan berserabut menjelang pengumuman calon BN PRK Hulu Selangor petang ini oleh TPM. Lebih-lebih lagi apabila mencari calon sesuai untuk menentang Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat yang telah terbukti ketokohan dan wibawanya.
MIC tetap berpatah arang berkerat rotan menolak calon selain G. Palanivel. Mesyuarat tergempar MIC malam tadi memutuskan mana-mana calon selain dari Palanivel akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dipecat dari parti.
Umno yang sebelum ini beria-ia mahu bertanding berlembut untuk memberi laluan sekali lagi kepada MIC bertanding tetapi bukan G. Palanivel sebaliknya memilih V Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC yang juga anak tempatan. Alasan Umno, Palanivel tidak popular, sudah berumur dan bukan anak tempatan.
BN tidak ada pilihan untuk mencari calon dari MIC yang boleh memuaskan dua-dua pihak. Ini kerana Palanivel dan Mugilan mempunyai kem dan penyokong mereka sendiri. Mana-mana calon di antara mereka yang terpilih akan menyebabkan sokongan pengundi India bakal berpecah dua dan akan menyebabkan boikot pengundi India atau undi protes yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu saya cadangkan BN ambil jalan tengah sebagai penyelesaian untuk meredakan ketegangan di antara dua pihak yang tak sehaluan dalam MIC. Umno mahukan Tan Sri Muhamamad Taib sebagai calon. MIC pula berkeras mahukan calon dari parti mereka. Tetapi MIC tak ada calon yang layak dan sesuai. Maka Md. Taib perlu mengorbankan semangat melayunya dengan menyertai MIC. Hanya dengan cara itu sahaja beliau boleh dipertimbangkan oleh MIC sebagai calon mereka.