17 November 2008

PENGERUSI SPR DAPAT RASUAH 400 EKAR TANAH?-MALAYSIAKINI


Pendedahan yang dibuat oleh ahli parlimen kuantan jika terbukti kebenarannya adalah sesuatu yang mengejutkan dan amat malang kepada sistem demokrasi di Malaysia.

Mengimbas pilihan raya ke-12 lalu, pihaknya berjaya mengesan penipuan BN yang dibuat secara licik dipercayai atas bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan pengundi lama di dalam daftar pemilih yang membantu kemenangan BN di Pahang.

Fuziah mendakwa, ekoran kejayaan cemerlang Umno Pahang atas permainan SPR, maka sebagai menghargai jasa kerajaan Umno Pahang menganugerahkan tanah seluas 400 ekar kepada pengerusi SPR yang dibuat atas nama seorang proksi.

"Kita ada bukti bergambar kaitan pengerusi SPR dengan proksinya yang mendapat anugerah daripada kerajaan Umno Pahang," ujarnya.

Menurut Fuziah, pengerusi SPR itu juga turut mendapat tanah di Selangor atas jasanya memenangkan Umno-BN Selangor dalam pilihan raya umum sebelum itu.

Kita sama-sama tunggu adakah satu siatan akan dilakukan secara telus dan adil. Memandangkan tuduhan penyelewengan ini melibatkan pengerusi Suruhanjaya yang dilantik oleh DYMM agung maka wajar sebuah badan siasatan bebas atau Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kesahihan tuduhan yang dibuat.

Sekiranya tuduhan itu tidak berasas, Fauziah Salleh wajar didakwa di mahkamah kerana membuat tuduhan yang tidak benar. Saya mencabar Tan Sri Rashid membuat laporan polis atau menyaman Fauziah jika laporan tersebut palsu. Jika tidak, Pak Lah juga kena bertanggungjawab kerana melantik kaki songlap dan rasuah mengetuai sebuah badan suruhanjaya yang menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia.

YAB TUAN GURU NIK AZIZ MENYIFATKAN MEREKA YANG PERTIKAI FATWA MENENTANG ALLAH-MALAYSIAKINI

Tegas dan jelas amaran yang diberikan oleh YAB Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada NGO bukan Islam seperti Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

YAB Tuan Guru menyifatkan mereka yang terbabit terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

UMNO KENA BELAJAR ERTI DEMOKRASI DARI MIC-MALAYSIAKINI


Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan jawatan presiden parti Mac depan.

Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

"Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar penjenamaan semula MIC di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik kenyataan bekas Naib Presiden, MIC Datuk M. Muthupalaniappan yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu.

Dalam hal ini saya 'tabik spring' kepada Samy Vellu dan MIC yang mengamalkan sikap terbuka dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada Mac depan kepada siapa sahaja ahli dalam parti itu tanpa memerlukan kuota pencalonan tertentu.

Berbeza dengan Umno yang mengenakan pelbagai syarat seperti kuota pencalonan untuk jawatan tertinggi dalam parti itu sehingga menyebabkan Ku Li dan lain-lain lagi terkulat dan kempunan untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Umno gara-gara gagal mendapat pencalonan yang mencukupi. Padahnya apa yang berlaku hari ini gejala rasuah, fitnah, surat layang, berpuak-puak dan tuduh menuduh semakin subur dalam demokrasi ala Umno.

ISU BABI SANGKUT:ADA PIHAK SENGAJA TIMBULKAN KETEGANGAN KAUM-MALAYSIAKINI

Isu kepala babi yang digantung di pagar rumah AJK Umno Bahagian Masjid Tanah, Md. Rawi Mahmud memasuki episod baru. Semalam, 20 orang penduduk berarak dan membuat demontrasi di Balai Polis Kuala sungai Baru meminta agar satu siasatan segera dijalankan.


 

Pada saya isu ini merupakan satu provokasi yang sengaja dicetuskan untuk mewujudkan ketegangan kaum. Insiden ini kemungkinan besar dilakukan oleh pihak yang sama yang membuang bangkai babi di Pantai Peranginan Pengkalan Balak pada bulan lepas. Sila lihat posting saya sebelumnya.

http://angkasanuri.blogspot.com/2008/10/pantai-pengkalan-balak-dicemari-kepala.html

Semalam, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam menyifatkan tindakan pihak yang terlibat sebagai biadab dan kurang ajar.

Dalam hal ini semua pihak perlu berhati-hati dengan terperangkap dengan isu yang berlaku. Satu siasatan terperinci perlu dilakukan dengan menangkap dalang yang terlibat. Isu ini dipercayai berkaitan dengan langkah kerajaan negeri yang masih tertangguh untuk menutup ladang babi di Paya Mengkuang iaitu berhampiran dengan kedua-dua insiden berkenaan.

Isu ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri dapat menangani isu yang sekian lama telah tertangguh . Ini sekali lagi membuktikan kelemahan kerajaan negeri dari segi pemantauan dan penguatkuasaan sehingga jumlah ladang dan bilangan babi semakin tidak terkawal dan meningkat berlipat kali ganda.


 

JETI NELAYAN RM 3 JUTA:BELUM APA-APA DAH RUNTUH-MALAYSIAKINI


Jeti nelayan yang menelan kos RM 3 juta yang hanya baru 20% siap di Kuala Sungai Serkam Melaka runtuh.

Jeti sepanjang 200 meter itu runtuh dalam kejadian 'pasang keling' yang berlaku kelmarin.

Nelayan dan penduduk mendakwa jeti berkenaan tidak mengikut spesifikasi menyebabkan ia mudah runtuh dan boleh membahayakan nyawa orang ramai.

Dalam isu ini, satu siasatan perlu dilakukan untuk mengheret pihak yang terlibat sekiranya wujud unsur-unsur penyelewengan dan rasuah dalam projek ini. Bayangkan jika jeti berkenaan siap dan digunakan oleh nelayan di situ sudah pasti keselamatan nyawa terancam dan peralatan nelayan boleh musnah.

Inilah masalahnya jika projek yang dijalankan diberi kepada kontraktor yang tidak berkelayakan. Tetapi disebabkan mereka rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno projek berkenaan diluluskan juga. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah golongan bawahan dan menyebabkan wang rakyat hangus begitu sahaja.

BONGKAR!PELAJAR TIDAK DUDUKI UPSR DAPAT A DALAM BAHASA MELAYU-MALAYSIAKINI

Hishamuddin berbangga dengan peningkatan pelajar yang menduduki UPSR dari segi bilangan yang lulus dan dapat 5A meningkat.

Malam tadi saya dikejutkan dengan satu maklumat yang begitu mengejutkan dari sepupu saya yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Melaka tentang keputusan UPSR yang diumumkan di sekolah berkenaan.

Seorang pelajar di sekolah berkenaan hanya menduduki kertas pemahaman bagi subjek Bahasa Melayu dan tidak mengambil kertas penulisan ( subjek bahasa Melayu ada dua komponen iaitu penulisan dan pemahaman). Apa yang mengejutkan, walaupun hanya ambil satu kertas sahaja iaitu pemahaman, pelajar berkenaan dapat A! Semua guru di sekolah berkenaan turut terkejut dengan keputusan yang diperolehi pelajar berkenaan.

Ini merupakan satu bukti bahawa kementerian pelajaran telah memanipulasi keputusan dalam UPSR untuk membuktikan bahawa Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah berjaya. selain daripada kemungkinan graf lulus bagi subjek matematik dan sains diturunkan bagi memberi laluan lebih ramai pelajar lulus dan dapat keputusan yang lebih memuaskan bagi kedua-dua subjek itu.

Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan tolong siasat kenapa perkara ini berlaku. Saya sedia dedahkan nama pelajar dan sekolah berkenaan jika satu sisatan telus dan pendedahan hasil siasatan kepada umum dilakukan.