30 January 2011

UMNO/BN DITOLAK PENGUNDI CINA DI DUN TENANG

Bila-bila masa daripada sekarang keputusan rasmi pilihanraya kecil DUN Tenang akan diumumkan. Umno/BN dijangka mengekalkan DUN Tenang yang secara tradisinya menjadi kubu kuat Umno.

Tetapi keputusan pilihanraya kecil DUN sebenarnya kekalahan kepada Umno/BN. Pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin awal-awal lagi meletakkan standard kemenangan KPI mesti lebih majoriti 5000 undi. Malangnya Umno/BN dijangka tidak mampu melepasi majoriti 4000 undi. Kemenangan ini tidak berbaloi berbanding lebih RM 30 juta 'projek rasmi' pembangunan di Tenang seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin sebelum ini.

Paling ketara Umno/BN tewas teruk di kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Ini jelas berdasarkan keputusan berikut mengikut peti undi.

Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

Sekaligus membuktikan bahawa Umno/BN ditolak oleh pengundi Cina dalam pilihanraya kecil ini. Secara tidak langsung membuktikan kepimpinan Chua Soi Lek ditolak di kubu kuatnya selama ini. Maka Chua Soi Lek perlu mencermin diri bahawa kepimpinannya tidak diterima oleh majoriti pengundi Cina.

Melalui keputusan pilihanraya kecil ini, peluang dan potensi Pakatan Rakyat sebenarnya cukup besar dan memberi isyarat yang cukup jelas bahawa kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bukan cakap kosong. Dalam situasi ini beranikah Dato seri Najib untuk membubarkan parlimen serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak sebelum bulan Julai ini?