01 April 2009

KHIR TOYO KE DISNEYLAND TARIK PELABUR?


Tembelang mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo terus dibongkar oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Terbaru Khir Toyo didapati telah menggunakan dana milik PNSB milik penuh Kerajaan Selangor sebanyak RM 1.6 juta untuk membiayai lawatan bersama keluarganya untuk menarik 'pelabur' di Paris dan Disneyland di Orlando. Perkara ini diumumkan dalam keterangan yang diberikan oleh CEO PNSB kepada panel sisatan yang ditubuhkan,

Tahniah dan syabas kepada Khir Toyo kerana usahanya untuk menarik 'pelabur' berkenaan mula menampakkan hasil apabila rakyat Selangor menolak Umno@BN dalam pilihanraya umum lalu.

UMNO@BN SEMAKIN TERTEKAN DI BUKIT GANTANG

Umno@BN boleh dikatakan telah menggunakan pelbagai taktik untuk meraih undi dan sokongan di Bukit Gantang. Seperti biasa semua media seperti RTM dan Kumpulan TV3, NST, Utusan Melayu sudah menjadi lidah rasmi Umno@BN. Dari isu derhaka hinggalah isu longkang tersumbat semua telah cuba dipasak kepada pengundi di Bukit Gantang supaya memangkah Umno@BN. Itu belum campur pelbagai aset kerajaan yang 'dimilikUmnokan' untuk sekian lama.

Bab duit usahlah cerita. Duit yang ditabur terutama menjelang hari pengundian nanti rasanya lebih dari cukup untuk bina 'Hyper Market' di Bukit Gantang.

Tetapi itu semua serba tidak kena bagi Umno@BN di Bukit Gantang. Mereka mula mengakui bahawa jentera serta sokongan rakyat kepada calon Pas mendahuli calon Umno@BN. Khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek. Bukan itu sahaja gerak kerja dan strategi kempen Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari Umno@BN.

Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN."Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan kepada semua jentera Pakatan Rakyat agar tidak leka dan termakan dengan kata-kata daripada pihak Umno@BN. Ini mungkin salah satu strategi kempen gerak saraf agar jentera pakatan rakyat merasa selesa dan terlalu yakin sehingga mengabaikan gerak kerja yang lebih taktikal dan agresif terutama menjelang hari pembuangan undi. Dalam masa yang sama tidak lupa hubungan dengan Allah SWT agar kemenangan rakyat yang semakin hampir dapat diterjemahkan pada hari 7 April nanti.