31 January 2009

JOM SERTAI PAS: PAS KETINGGALAN


Program Jom Sertai Pas sedang rancak berlangsung di seluruh negara. Satu kempen yang saya anggap sangat tepat dalam keadaan orang ramai khususnya golongan muda semakin menunjukkan minat dan lebih positif kepada perjuangan Pas. Sebelum ini Pas dilabel untuk golongan lebai dan orang kampung. Tetapi hari ini dari pencuci lantai sehingga jurutera nuklear semua ada di dalam Pas.

Walaupun penguasaan ICT dan perang siber di negara ini jelas didominasi oleh Pakatan Rakyat termasuk Pas. Perkara ini turut diakui oleh bloggers Umno bahawa blog yang pro Pakatan Rakyat begitu meluas dan melebar berbanding blog yang pro BN dan Umno. Setiap hari dan setiap minggu muncul blog-blog baru pro PR yang mendapat sambutan hebat berbanding blog pro BN dan Umno.

Tetapi dalam memanafaatkan dunia ICT ini untuk menarik dan mendaftar ahli baru menyertai Pas, Pas kena mengakui bahawa mereka ketinggalan berbanding dengan Umno. Umno semalam melancarkan sistem pendaftaran online untuk ahli baru yang dirasmikan oleh Pak Lah.Hari pertama dilancarkan semalam 809 telah menjadi ahli Umno. Dalam masa yang sama Pas masih lagi menggunakan sistem pendaftaran secara manual yang agak ketinggalan dalam dunia yang serba canggih sekarang.

Pas perlu melihat perkara ini dari aspek positif sebagai satu cabaran untuk mengekalkan momentum dan sokongan rakyat kepada Pas . Tidak salah rasanya bagi saya Pas mengambil pendekatan serupa atau yang lebih baik lagi walaupun mungkin ada suara-suara yang akan mendakwa bahawa Pas meniru idea Umno.

MIMPI NGERI!!!!

Dalam seminggu dua ni ramai yang mengalami mimpi ngeri. Bukan disebabkan kerana mimpi hantu atau terbawa-bawa dengan perasaan takut kerana banyak menonton cerita hantu yang sekarang ni mula jadi trend di stesen-stesen TV.

Apa tidaknya setiap hari ada je berita Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)membuat tangkapan dan siasatan tentang kes rasuah. Rasuah yang melibatkan sebuah parti politik di negara ini. PAS,PKR dan DAP? Semua dah tahu parti mana yang sedang bergelumang dengan rasuah sekarang ni terutama menjelang pemilihan tak lama lagi.

Lebih menggerunkan mereka bila mendengar berita ada yang didera dan diaibkan dalam sesi siasatan. SPRM ni pun satu kalau ye pun nak banteras rasuah bertindaklah mengikut lunas undang-undang dan batas kemanusiaan. Tak pasal-pasal ada pihak cuba menonjolkan isu penderaan SPRM untuk mengalihkan isu pokok iaitu membanteras rasuah. Namun saya yakin ini tidak akan menghalang SPRM untuk meneruskan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat.

Isu rasuah sudah sebati dengan parti berkenaan. Lihatlah sekeliling kita, buka mata dan fikir-fikirkanlah. Bagaimana baru sepenggal jadi YB dah bertaraf jutawan. Malah ada yang hanya menjadi JKKK tetapi pendapatannya mengalahkan Menteri Besar Pakatan Rakyat. Atas meja dan bawah meja semua sapu. Pantang ada peluang, projek buat longkang tepi balairaya pun semua kebas. Malah projek buat surau pun ambil komisyen beribu-ribu. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri bukan dengar-dengar cerita orang.Terpulanglah nak percaya atau tidak.

Hari ini mulalah hidup dalam ketakutan, bayang-bayang sendiri dikatakan hantu. Apabila van putih berhenti depan rumah mula fikir bukan-bukan, lutut mula mengeletar ketakutan. Semua ini sebab salah sendiri kerana berpolitik bukan untuk rakyat dan masyarakat. Tetapi untuk kepentingan sendiri mengumpul kekayaan dan mendapat nama dan kuasa serta membina pengaruh.

Kepada semua ingatlah, rezeki itu datangnya dari Allah. Keberkatan hidup adalah sangat penting. Orang tua-tua selalu pesan biar dapat sikit tetapi halal dan ada keberkatan. Daripada dapat banyak tetapi tak berkat,hidup tak aman, rumah tangga porak peranda dan hidup tak sunyi dari musibah.Tetapi ramai yang tak fikir itu semua...apabila kereta rosak, ditimpa penyakit, anak sakit atau ditimpa kemalangan, rumah dimasuki pencuri semua itu bagi mereka yang berfikir dan mengingati Allah menyedari bahawa itu adalah peringatan dari Allah SWT. Apa yang kita dakwa hak kita bukan hak mutlak kita....Allah nak tarik sekejap sangat...

30 January 2009

IMPIAN PALSU MENJADI JUTAWAN MLM

OK kita lupa sekejap cerita bab politik. Kita sembang-sembang sekejap bab ekonomi.

Saya yakin hampir 100% yang membaca artikel ini pernah telibat dengan syarikat Multi Level Marketing (MLM).Boleh jadi anda pernah menjadi ahli, pengedar, pengguna atau pun jadi ahli sebab nak jaga hati kawan atau saudara mara yang begitu bersemangat mempromosi produk dan kehebatan skim MLM yang ditawarkan.

Saya pernah terlibat sebagai semua di atas kira-kira 10 tahun dulu. Saya tak nak menyentuh dari sudut hukum dalam Islam aktiviti MLM kerana ia pernah dibahaskan. Anda boleh dapat maklumat tentang hukum menyertai MLM dalam link di bawah :

http://www.zaharuddin.net/content/view/472/89/

http://www.zaharuddin.net/content/view/462/89/

http://www.zaharuddin.net/content/view/303/89/

http://www.zaharuddin.net/content/view/524/63/

Seperti biasa iklan MLM akan dihiasai dengan mereka yang berjaya dengan mendapat pendapatan hingga lima enam angka sebulan. Terpampang dengan kereta besar menjadi jutawan segera dalam tempoh dalam masa beberapa bulan sahaja.

Maka mereka yang baru nak berjinak dengan MLM akan 'meleleh air liur' melihat mereka yang berjaya dalam MLM. Justeru itu mereka akan menanam azam untuk turut sama berjaya seperti mereka yang telah menempah kegemilangan dalam MLM. Kalau mereka boleh kenapa aku tak boleh kaya? Kata-kata itu sering dijadikan azimat untuk mengejar kejayaan yang diimpikan untuk menjadi jutawan segera kalau tak pun jadi separuh jutawan pun ok lah!

Tetapi akhirnya ramai yang tersungkur separuh jalan. Harapkan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Penat lelah dan pengorbanan tidak mendapat hasil setimpal yang diharapkan...

Ramai yang meratapi dan termenung kenapa gagal dalam MLM yang disertai.

Saya ada jawapannya yang saya yakin ramai yang tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku dalam MLM. Cuba anda perhatikan siapakah dia mereka yang berjaya dalam MLM yang bergelar jutawan? Mereka sebenarnya adalah orang yang sama, cuma dalam syarikat MLM yang berbeza!

Apabila merasakan syarikat MLM yang disertai makin merosot, pemimpin-pemimpin yang sama akan menubuhkan atau menyertai syarikat lain secara beramai-ramai. Mereka akan membawa rangkaian dan downline mereka sekali. Maka dalam syarikat MLM yang baru mereka buat sistem rangkaian yang telah pun bertapak sekian lama. Itulah yang berlaku dalam banyak MLM yang saya perhatikan seperti Diamond, HPA,CNI, Sureco, DCL dan banyak lagi pada hari ini....

Apa yang berlaku adalah satu komplot terancang mereka yang tamak yang hanya mementingkan keuntungan dan kekayaan...Mereka akan menubuhkan syarikat MLM baru dan mereka juga yang akan meranapkan syarikat tersebut dengan menubuhkan syarikat baru...

Apa yang pasti menjadi mangsa adalah mereka yang baru berjinak dan menyimpan impian untuk menjadi jutawan MLM..Impian palsu yang tidak menjadi kenyataan...Cita-cita yang tidak kesampaian....Nasihat saya berhati-hatilah bila menyertai MLM...

29 January 2009

TARIK TALI ISU LETAK JAWATAN BUKTI UMNO TERUK BERGOLAK



Isu perletakan jawatan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak semakin memeningkan. Kejap kata letak jawatan tiba-tiba tak semena-mena orang empunya diri menafikannya. Tetapi tak sungguh tak melata…Tak kan akhbar utama sanggup letak berita muka depan kalau maklumat tu tak sahih. Kalau betul hanya sekadar khabar angin akhbar terus letak muka depan memang layak pun akhbar tu hanya layak dijadikan alas tempat duduk masa ceramah atau alas untuk jemur ikan masin!


Jika betul tidak letak jawatan apa perlu Majlis Tertinggi Umno bincangkan itu sebagai salah satu agenda malam ini? Dalam satu kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pengganti Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.


Bagaimanapun Najib berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno yang akan diadakan malam ini.


"Belum ada apa-apa keputusan lagi...beliau hanya gambarkan hasratnya (letak jawatan)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Jika Tajol Rosli benar-benar tidak meletak jawatan atau menarik balik niat untuk letak jawatan, siapa yang sebenarnya yang beria-ia mahukan beliau meletakkan jawatan? Adakah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas perak yang minta beliau letak jawatan atau MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin yang desak beliau letak jawatan? Mungkinkah juga Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham yang paksa Tajol Rosli yang letak jawatan?


Semua ini menjadi persoalan bahawa Umno Perak kini sedang menghadapi pergolakan yang parah. Dalam keadaan begini saya yakin akan ada berita lagi Adun Umno menyertai pakatan Rakyat.

ADAKAH NAJIB AKAN LETAK JAWATAN JUGA?


Tindakan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak adalah tepat. Ini membuktikan sikap dan rasa bertanggungjawab kerana merasakan gagal dalam melaksanakan tanggungjawab beliau.

langkah ini dipercayai berkait rapat dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagi saya beliau sepatutnya meletak jawatan itu lebih awal lagi apabila Umno dimalukan dalam pilihanraya umum lalu apabila Perak berjaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat.Walau bagaimanapun tindakan beliau menunjukkan sikap bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan rakyat dan meredakan sedikit pergolakan yang sedang melanda Umno Perak.

Kita menunggu adakah ada lagi pemimpin Umno akan mengambil sikap yang serupa dilakukan oleh Tajol Rosli? Bagaimana dengan Khir Toyo? Sebelum ini acah nak letak jawatan tetapi tak lama lepas itu ubah pendirian dengan alasan sokongan daripada 'akar umbi' atau 'ubi kayu' yang mahukan beliau kekal dengan jawatannya sekarang.

Begitu juga dengan Najib, tak rasa apa-apa ke apabila BN khususnya Umno dimalukan di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu serta pergolakan yang berlaku dalam Umno sekarang?

Adakah Najib akan meletak jawatan jika ada wakil rakyat di peringkat parlimen yang mewakili BN dan Umno menyertai Pakatan Rakyat?

Jika Pak Lah yang meletak jawatan saya rasa tak membawa apa-apa makna kerana Pak Lah memang akan meletak jawatan dengan 'rela hati' pada Mac nanti sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

Dalam hal ini, Najiblah yang sepatutnya menanggungnya dengan memikul segala tanggungjawab kerana beliau yang kelihatan begitu berkuasa pada ketika ini walaupun belum secara rasmi ditabal sebagai presiden umno dan perdana menteri.

Tetapi kepada semua saya rasa eloklah lupakan andaian atau mimpi Najib akan letak jawatan secara sukarela. Lihatlah betapa 'selamba' je Najib berhadapan dengan kontroversi yang berlaku atas dirinya. Tidak ada sebab Najib akan letak jawatan kecuali beliau sudah tidak ada pilihan lain apabila semakin ramai orang berbondong-bondong meninggalkan BN dan Umno!

28 January 2009

PECATLAH RAMAI LAGI SUPAYA ORANG SEMAKIN BENCI DENGAN UMNO!


Imam Ramlag Porigi yang didakwa menjadi saksi sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan mangsa yang mendakwa diliwat begitu sadis akhirnya dipecat.


Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke JAKIM September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu. Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.


Tindakan memecat Ramlag walaupun dilakukan oleh Jakim tapi umum mengetahui ia didalangi oleh pemimpin Umno. Saya buat tuduhan liar? Orang yang beranggapan begitu ibarat sudah gaharu bertanya pula...Dah tahu buat-buat tanya pula...


Saya yakin Ramlag akan mendapat pembelaan dari Pakatan Rakyat. Tindakan memecat Ramlag sebenarnya akan menambah kebencian kepada Umno yang kini sedang menghitung hari-hari akhirnya. Tindakan memecat ini sebenarnya akan memberi kelebihan dan kemenangan moral pada Pakatan Rakyat khususnya Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa tuduhan liwat ke 2 adalah konspirasi yang tidak terancang dan caca marba.


SUMPAH vs IKRAR POLITIK

Bila sebut bab ikrar ni, teringat masa sekolah dulu setiap kali perhimpunan hari Isnin ada majlis baca ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas. Masing-masing begitu bersemangat melafazkan ikrar. Ikrar dalam erti kata lain kita berjanji untuk taat dan patuh kepada apa yang diucapkan.

Tetapi selang beberapa minit lepas baca ikrar, pelajar di dataran perhimpunan mula buat onar. Ada yang usik kawan dan mula buat bising. Itu baru lepas baca ikrar. Walaupun guru bertugas atau guru disiplin terjerit-jerit di depan perhimpunan ada yang buat dek aje...Lepas perhimpunan dan sepanjang sesi persekolahan macam-macam lagi peraturan sekolah yang dilanggar. Pada hal baru je berikrar pada sebelah pagi.

Bagi saya sama lah seperti ikrar yang dilafazkan oleh Adun Umno Perak dalam pertemuan dengan Najib semalam. Hanya sebagai formaliti yang tidak menjamin apa-apa.Sekadar mengikut arahan yang dikeluarkan.

Jika 'Sumpah Keramat' pun dipermainkan, inikan pula sekadar baca ikrar! Begitu juga sebelum ini mudah-mudah je orang bersumpah mengalahkan sifat sesumpah!

Terbukti ikrar dilafazkan semalam tidak membawa apa-apa makna.Hari ini wujud angin yang semakin bertiup kencang bahawa ada lagi Adun Umno dari Perak yang akan menyertai Pakatan Rakyat kerana perasaan tidak puas hati dengan pergolakan yang sedang berlaku dalam umno sekarang.

Terkini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi"."Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak."Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada satu kenyataan hari ini.Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Kita tunggu apakah selepas ini ada lagi majlis ikrar atau upacara bersumpah. Rasanya mungkin ada tapi sekadar nak menyedapkan hati sahaja. Tapi dalam hati cukup berdebar-debar bila menyaksikan perkembangan yang berlaku. Adakah ini semua petanda-petanda awal bahawa Najib tidak sempat menjadi perdana menteri?

27 January 2009

PEWARIS NASIHATKAN SAMY VELLU JANGAN KASI ORANG INDIA DEMONTRASI?!?

Macam biasa je dengar nama Pewaris ni. Kat Mana ye? Emmm...Baru ingat.... Pewaris (Majlis Pemuafakatan Ummah) yang melakukan beberapa siri demontrasi di antaranya suruh kekalkan kuasa Melayu, pertahankan DEB dan minta kerajaan kekalkan ISA. Terkini Pewaris dilihat begitu bersemangat dalam berdemontrasi dalam isu babi di Melaka.

Ada jugalah dengar nama Pewaris dalam isu Palestin, itu saya sokong 100%.

Tetapi kenapa menarik sangat dengan Pewaris?Malah ada kawan-kawan komen apa pasal macam marah kat Pewaris? Tak marah tapi kadang-kadang agak loya dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pewaris.

Hari ini Pewaris dalam satu kenyataan meminta agar Presiden MIC, Datuk Samy Vellu nasihat kat orang India supaya jangan demontrasi dan jangan mainkan isu perkauman dalam kematian dan pengekebumian A.Kugan esok.

Timbalan Pengerusi II Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, ini perlu bagi membuktikan bahawa Samy Vellu serta dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah dan Datuk K. Devamany, merupakan pemimpin yang peka dengan sensitiviti perkauman di negara ini.

“Mereka perlu membuat pengisytiharan itu kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai atau berarak sehingga menimbulkan huru-hara pada majlis pengebumian mendiang esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Pewaris nak nasihatkan orang lain tak berdemontrasi dan jangan mainkan isu perkauman??? Soalan saya siapa yang bermain dengan api perkauman? Siapa yang berdemontrasi dalam isu babi yang sengaja mengapi-apikan orang Melayu agar seperti membenci dan memusuhi orang Cina?Saya tak kata demontrasi tak boleh, tapi dalam bab isu perkauman dan nasihatkan orang lain Pewaris kena tengok diri sendiri dulu.

PAS MELAKA OK,CUMA TAK MENANG JE LAGI

Saya tertarik dengan tulisan rakan-rakan tentang Pas Melaka. Menurut mereka Pas Melaka perlu melakukan perubahan kalau hendak mencapai kejayaan.

Bagi saya Pas Melaka tidak jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain yang telah berjaya menghantar wakil ke DUN dan Dewan Rakyat. Tidak adanya wakil di sidang Dun dan Dewan Rakyat menyebabkan Melaka kini mendapat jolokan sebagai kubu umno yang paling kuat dalam dunia yang sebelum ini disandang oleh Johor dan Negeri Sembilan. Sehingga ada lawak dari kawan-kawan, kalau Umno letak tunggul kayu bertanding di Melaka pun boleh menang!

Sebenarnya dalam beberapa aspek, Pas Melaka agak mendahului negeri-negeri lain.Program tarbiyyah juga agak mantap. Misalnya usrah Pas kawasan di tempat saya berjalan dengan baik sekali mengikut jadual. Setiap hujung minggu apabila saya hadir bersama keluarga ke kuliah dhuha mingguan yang diadakan oleh Ustaz Zulkifli , Ketua Dewan Ulama Pas Melaka di Baitul Qura kehadiran ahli dan penyokong Pas begitu menggalakkan terutama golongan muda dan profesional.Begitu juga dengan aktiviti pemuda yang banyak melibatkan program kemasyarakatan dan menjadi pelopor dalam isu kemasyarakatan dan isu semasa. Misalnya isu babi di Paya Mengkuang dan isu Palestin. Malah dalam beberapa aspek lebih baik berbanding dengan negeri-negeri lain. Misalnya aktiviti pengedaran risalah dan misi dakwah pada malam ambang kemerdekaan. Begitu juga dengan aktiviti riadah untuk golongan muda seperti kejohanan bowling yang diadakan baru-baru ini.

Persoalannya kenapa Pas Melaka tak menang atau payah nak menang dalam pilihanraya? Apa yang saya perhatikan Pas Melaka memiliki gabungan yang mantap adunan di antara golongan profesional dan orang lama atau veteran dalam Pas. Cuma apa yang saya perhatikan gerak kerja Pas Melaka masih lagi kurang berfokus. Strategi taktikal dan ilmu pilihanraya masih lagi jauh ketinggalan. Misalnya penculaan dan latihan kepada petugas pilihanraya sudah ketinggalan zaman. Pas Melaka masih terumbang-ambing dalam gerak kerja pilihanraya yang sistematik.

Di samping itu apa yang saya perhatikan kepimpinan Pas Melaka segelintir daripada mereka masih berada dalam zon selesa dan masih mengekalkan gaya kepimpinan 1980-1990-an yang tidak sesuai dengan senario masyarakat sekarang. Untuk membuat perubahan besar Pas Melaka perlu berani membuat perubahan. Perubahan sikap, perubahan organisasi, perubahan strategi dan perubahan dari segi cara dan gaya berfikir. Wallaualam.


 

26 January 2009

ALI RUSTAM DAH KERING MODAL


Dalam sibuk-sibuk berita orang Umno masuk ke Pakatan Rakyat , Ali Rustam menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menonjolkan pengaruh dan popularitinya.

Ali Rustam masih menggunakan pendekatan 'tradisional' untuk menonjolkan imej menjelang pemilihan jawatan timbalan presiden umno yang ditandinginya.

Masih ingat 'zaman dulu-dulu' media pro Umno akan menyiarkan berita hampir setiap hari berita pemimpin dan ahli Pas masuk Umno terutama menjelang pilihanraya sama ada umum atau kecil. Beratus-ratus kadang kala beribu-ribu angka yang dikemukakan. Tetapi strategi itu tidak digunakan lagi sekarang. Malah satu yang 'ajaib' dalam sibuk-sibuk orang semakin menolak Umno ada orang yang masih sudi dan teringin masuk Umno.

Hari ini Utusan Online melaporkan ketua dan 40 ahli cawangan Pas Kampung Musai di Melaka telah menyertai Umno dan borang permohonan keahlian telah diserahkan pada Ali Rustam.

Ali Rustam mungkin boleh temberang orang yang tinggal di luar Melaka, tetapi tidak orang Melaka seperti saya. Malah Kampung Musai adalah 'port' saya minum setiap pagi kalau tak out station. Mana ada cawangan Pas kat Kampung Musai???? Kalau ada cawangan dan ahli Pas kat situ, itu adalah ahli hantu! Saya cabar Ali Rustam atau mana-mana pihak untuk mengesahkan di Pejabat Agong Pas di Jalan Raja Laut wujud atau tidak cawangan Pas Kampung Musai.

Kepada Ali Rustam saya nasihatkan gunakanlah taktik lain untuk pancing undi dan bina pengaruh. Buat malu kat orang Melaka je...

GILIRAN ARIF SHAH OMAR PULA SERTAI PKR?


Dato Seri Najib, TPM menafikan akan berlaku lagi wakil rakyat BN yang akan melompat ke PKR atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Kemasukan Datuk Nashrudin Hashim Adun Bota ke PKR disifatkan oleh Najib sebagai sesuatu yang tidak diduga. Kalau tak diduga ringkas kata tak pernah terfikir langsung akan berlaku. Jika yang tak terduga dan terfikir sudah pun berlaku bagaimana pula sesuatu yang telah diduga?

Khabar dari Utara melaporkan bahawa Adun Bayan Baru, Datuk Arif Shah Omar sedang mempertimbangkan secara serius dengan tawaran yang dikemukan oleh PKR. Semalam dalam satu wawancara beliau menyatakan kekesalan yang amat sangat apabila dipencilkan oleh Umno Permatang Pauh walaupun telah 20 tahun berkhidmat di bahagian berkenaan.

Jika ini berlaku, BN bukan sekadar seperti sudah jatuh ditimpa tangga tetapi turut dihempap pasu bunga! Saya tetap optimis dan yakin banyak lagi berita yang tidak diduga akan diterima oleh Umno menjelang perhimpunan agung mereka Mac ini.

TAJOL ROSLI KENA BUKTIKAN PKR MERASUAH ADUN BOTA!

Dalam sidang akhbar malam tadi di kediaman Tan Sri Tajol Rosli Ghazali , beliau mendakwa bahawa adun Bota telah dirasuah oleh PKR. Saya kira tuduhan yang perlu beliau laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seberapa segera. Jika tiada laporan dan bukti dikemukakan, Tajol Rosli bermakna telah melemparkan fitnah dan membuat tuduhan jahat tanpa bukti. Beliau kena kemukan bukti bila dan berapa jumlah sogokan yang diterima oleh Adun Bota itu.

Jika tidak Tajol Rosli hanya pandai baling batu sembunyi tangan dan tidak layak menjadi ketua pembangkang di Perak. Ini akan menyebabkan imej BN khususnya Umno akan semakin buruk di mata masyarakat. Sebelum ini beliau begitu angkuh dan sombong bahawa kerajaan PR Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos tahun lepas. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Beliau terpaksa menelan kembali kata-kata yang pernah dilontarkan. Dijangkakan kemasukan Nasarudin ke dalam PKR akan merintis jalan penghijrahan lebih ramai adun dan ahli parlimen BN ke dalam PR.Jadi tidak hairanlah kenapa Najib cukup bimbang dengan perkembangan terkini yang berlaku.

25 January 2009

OBAMA AKAN TERUS MEMUSUHI UMAT ISLAM?

Osama Bin Laden dilabel musuh nombor satu Amerika oleh presiden Amerika ketika itu Geogre W.Bush selepas tragedi rempuhan pesawat yang meranapkan World Trade Centre. Serangan ke atas Afganistan dilancarkan untuk memusnahkan kekuatan dan rangkaian Al Qaeda yang didakwa menjadikan negara itu sebagai pengkalan.

Sehingga hari ini bayang-bayang Osama pun masih belum ditemui menyebabkan Amerika dan sekutunya sentiasa hidup dalam ketakutan.

Barack Obama yang baru menjadi presiden Amerika dilihat tidak akan membawa apa-apa perubahan drastik berkaitan isu Osama. Malah sebelum mengangkat sumpah sebagai presiden mengistiharkan Osama kekal sebagai musuh utama Amerika.

Ini semua membayangkan gerakan ketenteraan yang dilabel sebagai memburu pengganas akan terus menjadi dasar Obama.

Tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Obama untuk memulihkan imej Amerika di peringkat antarabangsa. Penutupan kem Guatanamao Bay sebelum penghujung tahun ini seperti yang diumumkan tidak lebih daripada tindakan populis untuk meraih publisiti dan sokongan.

Malah sikap Obama tidak banyak bezanya dengan presiden Amerika sebelum ini terutama dalam isu Palestin. Adakah Obama mengecam tindakan regim zionis yang telah membunuh lebih 1300 rakyat Palestin? Obama berterusan menyatakan sokongan padunya bahawa Amerika akan terus membantu dan menjadi sekutu rapat Israel.

Gesaan Obama kepada Raja Abdullah, pemerintah Arab Saudi agar membantu menyekat penyeludupan senjata ke Palestin merupakan satu tindakan yang berat sebelah. Rakyat Palestin hanya ingin mempertahankan diri dan hak kedaulatan mereka! Kenapa Israel tidak dikecam dan diminta untuk melakukan perkara yang sama? Adakah Obama berani meminta Ehud Olmert presiden pengganas Israel untuk melucutkan senjata nuklear yang dipercayai memiliki simpanan nuklear di antara yang terbesar di dunia.

Kepada semua Negara yang majoriti umat Islam diminta bersatu dan mengenepikan segala perbezaan ideologi politik dalam isu Palestin. Hanya umat Islam yang mampu menyelamatkan nasib saudara seagama. Tindakan bergantung harap kepada Amerika dan PBB membuktikan sikap umat Islam yang terus rela dipermainkan oleh mereka yang memusuhi Islam.

KEMENANGAN RAKYAT SEMAKIN HAMPIR..



Pilihanraya umum ke 12, pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terangganu memberi isyarat jelas bahawa momentum kuasa rakyat bakal mengubah lanskap politik negara daripada kerajaan BN kepada PR.

Terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato' Nasarudin Hashim mengisyhtiharkan keluar Umno sekaligus menyertai KeADILan hari ini. Sekaligus memberi pukulan maut kepada Umno yang masih tercari-cari punca dan alasan mengapa mereka ditolak oleh majoriti pengundi di Kuala Terangganu.

Penyertaan Nashrudin ke dalam PKR dijangka akan mewujudkan kembali spekulasi bahawa ramai lagi wakil rakyat daripada BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Dato Seri Anwar telah berulangkali menyatakan kemungkinan ini, malah Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang juga sebelum ini ada mengesahkan bahawa sudah ada wakil rakyat dari BN yang menyertai PR secara senyap-senyap.

Mungkinkah akan berlaku lagi acara melompat secara beramai-ramai sebelum pemilihan Umno atau paling lewat selepas pemilihan Umno Mac ini? Ramai pihak dalam BN menganggap cita-cita PR tak ubah seperti cerita angan-angan Mat Jenin. Tetapi perkembangan yang berlaku mukhtahir ini cukup membimbangkan mereka ia menjadi kenyataan.

Bagi saya penyertaan Adun Bota dari Perak ke PKR hari ini baru satu permulaan daripada perubahan yang lebih besar yang bakal mengubah sejarah dan senario politik negara.

24 January 2009

SIAPA LAGI BERANI LAWAN SAMY VELLU?



Jika ada anugerah pemimpin politik yang dianggap mempunyai 'daulat', Samy Vellu layak menggondolnya. Siapa pun tak boleh kacau dan lawan presiden MIC ini. Siapa-siapa yang berani buka mulut nak cabar Samy Vellu seperti mencari penyakit.

Itulah kehebatan Samy Vellu, walaupun sebelum ini kata tak kisah biarpun 100 orang nak bertanding jawatan presiden MIC. Tapi ternyata MIC cakap tak serupa bikin!Bikin tidak serupa cakap!

Terbaru bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthuppalaniappan yang mengumumkan hasrat untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu dalam pemilihan Presiden Mac ini telah dipecat berkuat kuasa serta-merta.

Bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan itu dipecat atas beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa telah memudaratkan parti itu.

Muthuppalaniappan mengesahkan yang beliau telah menerima surat pemecatan itu daripada Jawatankuasa Disiplin MIC hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tan Sri G. Vadiveloo juga mengesahkan pihaknya telah mengeluarkan surat bertarikh 21 Januari lalu berhubung pemecatan kepada Muthuppalaniappan.

Bagus juga Samy Vellu bersikap macam tu, biar lebih ramai orang India menyertai Pakatan Rakyat. Samy Vellu seperti tidak pernah belajar gelombang 'Makhal Sakhti' yang melanda MIC dalam pilihanraya umum lalu. Apa-apapun tahniah dan syabas kepada Samy Vellu yang berani mempertahankan kedudukannya tidak seperti ada sebuah parti di dunia ini, presidennya baru kena gempak sikit dengan timbalannya terpaksa mengalah!

NAJIB AKAN JADI PM KE 6,TETAPI...

Jika tidak adal aral melintang selepas Perhimpunan Agung Umno Mac ini Dato Seri Najib akan menjadi PM Malaysia ke 6. Hanya sesuatu yang luar biasa sahaja yang mampu menghalang Najib untuk mengisi jawatan nombor satu negara.

Kes Altantuya yang sebelum ini diramalkan bakal memaksa Najib melupakan jawatan presiden Umno dan PM juga tidak menampakkan sebarang tanda-tanda bahawa Najib akan dikaitkan dengan tragedi pembunuhan itu. Namun, perbicaraan ini masih terlalu awal.

Walaupun Pak Lah dilihat agak kurang senang dengan prestasi Najib akhir-akhir ini, itu tidak bermakna pula Pak Lah akan menangguhkan pelan peralihan kuasa yang telah 'dipersetujui' bersama. Jika Pak Lah mengubah proses peralihan kuasa, Pak Lah seperti sengaja mengundang penyakit.

Pandangan saya agak kontra dengan andaian dan pandangan Dato Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agong Pas yang meramalkan Pak Lah akan menangguhkan buat seketika pelan peralihan kuasa atas perkembangan muktahir yang berlaku. Dipercayai berkait rapan dengan masalah ekonomi global, sisasatan kes rasuah dan paling penting prestasi Najib semasa mengetuai jentera BN di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu.

Walau bagaimanapun Najib bagi saya bakal menjadi PM yang paling singkat dalam sejarah! Rakyat jelas menunjukkan sikap menolak BN dalam erti kata lain menolak kepimpinan Najib. Walaupun Najib agak 'kebal' dengan pelbagai dakwaan dan skandal yang dikemukakan ini tidak bermakna Najib akan berhadapan laluan yang selesa di kerusi nombor satu negara.

Paling lewat saya meramalkan BN hanya mampu bertahan selewatnya-lewatnya sehingga pilihanraya umum ke 13. Ini bakal berlaku jika BN dan UMNO terus dengan lagak dan gaya sekarang yang menafikan kuasa dan pengaruh rakyat yang semakin muak dengan BN. tetapi pemimpin Umno seperti tidak mengakui hakikat ini dan seperti masih selesa dengan kedudukan sekarang.

Namun saya menjangkakan apabila Najib menjadi PM, PR akan berhadapan dengan ranjau apabila dasar pemerintahan yang lebih menekan dan menghimpit PR akan dilaksanakan oleh Najib. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukan apabila semua yang dilakukan oleh BN dan UMNO untuk menambat hati rakyat dan memulihkan keyakinan masyarakat serba serbi tidak menjadi.

Dalam hal ini PR perlu bersedia dengan segala macam persiapan dan penerangan kepada semua ahli dan penyokong tentang kemungkinan yang bakal berlaku. Apa-apapun sama-sama kita tunggu sama ada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya.

23 January 2009

IMEJ POLIS TERUS MERUDUM!



(Gambar keluarga mangsa A.Kugan)

Semalam Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bertegas menafikan sebarang unsur jenayah dan kekerasan dalam kes kematian seorang tahanan polis, A Kugan. Kematian itu menurut beliau sebagai kematian mengejut atau mati secara tiba-tiba ketika siasatan polis.

Beliau mengemukakan hasil bedah siasat menunjukkan bahawa tahanan tersebut mati keranan mengidapi paru-paru berair! Eh tadi kata mati mengejut masa siasatan sedang dijalankan?

Hari ini segala syak wasangka keluarga mangsa dan orang ramai bahawa ada unsur jenayah dalam kematian A.Kugan berasas apabila Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasfikasikan kematian itu sebagai kes bunuh, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah.

Beliau (Abdul Gani) telah mengarahkan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan sekiranya proses siasatan berjalan lancar, kemungkinan besar orang yang terlibat akan didakwa di mahkamah minggu depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pihak polis seperti tidak mengambil ikhtibar dari imej institusi ini yang teruk tercemar sebelum ini. Pihak polis sepatutnya berusaha untuk memulihkan maruah dan kembali berusaha untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat. Apa yang berlaku amat dikesali kerana rakyat menjadi pembayar cukai untuk polis menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan tetapi kini polis telah bertindak melebihi batas tugas dan tidak keterlaluan polis yang terlibat telah mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan.

22 January 2009

KHIR TOYO PERLU CERMIN DIRI DULU!


Hari ini Khir Toyo mendakwa mempunyai bukti yang mendakwa kes rasuah isu beli lembu korban oleh MB Selangor. Aduan dah dibuat kepada SPRM dan jika ada bukti kukuh dakwalah di mahkamah. Tak kira siapa sama ada dari BN atau PR.

Saya yakin hanya orang yang bersalah sahaja yang akan kecut perut bila dakwaan rasuah dikemukakan. Jika tak bersalah MB Selangor tak perlu gentar dan layan pun apa-apa dakwaan yang dibuat lebih-lebih lagi kalau dakwaan dibuat oleh pihak yang bergelumang dengan dakwaan rasuah!

Macam bagus je dengar bunyinya apabila Khir Toyo meminta MB Selangor mengosongkan jawatan sehingga siasatan dan dakwaan berkaitan rasuah selesai. Nak tanya sikit, Khir Toyo buat perkara yang sama ke masa dakwaan dan laporan rasuah yang berlambak-lambak dikemukakan kepadanya semasa jadi MB Selangor dulu? Kes isterinya dengan duit Balkis pun masih tak selesai-selesai lagi.

Dalam ilmu psikologi adalah biasa ada orang yang nak menutup kesalahan sendiri dengan menuduh orang lain yang bersalah ( Self mechanism) Teknik nak melepaskan diri! Mereka ini ibarat kuman seberang lautan dapat dilihat gajah depan mata tak nampak. Silap hari bulan, orang tu kena pijak dek gajah!

KHALID IBRAHIM GUNA DUIT HARAM UNTUK BUAT MAJLIS KORBAN?


Sebelihan korban yang diadakan setiap kali tiba Hari Raya Aidil Adha adalah satu simbol pengorbanan dan pengabdian kepada Allah SWT. Melambangkan ketaqwaan kepada Allah SWT bagi mereka yang berkemampuan.

Apabila majlis qurban adalah ibadah kepada Allah SWT maka segala-gala bentuk ibadah itu bukan sahaja perlu bersih dari segi zahir tetapi perlu suci dari segala-galanya yang boleh menghalang ibadah itu daripada diterima oleh Allah SWT.

Apabila laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) bahawa Khalid menggunakan duit haram untuk 48 ekor lembu korban bernilai RM 110,400 di Parlimen Bandar Tun Razak baru-baru ini saya tertanya-tanya kesahihan dakwaan yang dibuat.

Kita sama-sama tunggu laporan dan siasatan yang akan dibuat oleh SPRM. Prosedur biasa setiap laporan akan disiasat, jika cukup bukti bawa ke mahkamah dan dedahkan hasil siasatan kepada umum.

Siapa pun yang benar-benar melakukan kesalahan dan jenayah perlu dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan tanpa mengira sama ada pimpinan tertinggi kerajaan ataupun Pakatan Rakyat.

Apa yang dibimbangi, apabila melibatkan pembangkang begitu cepat siasatan dibuat tetapi apabila melibatkan jerung yang lebih besar di pihak yang satu lagi, pihak yang sepatutnya melaksana dan menguatkuasakan undang-undang hanya menutup sebelah mata sahaja dan memekakkan telinga sahaja.

21 January 2009

LAGI RAMAI ORANG MACAM ZAHID LAGI BAGUSSSS...


Datuk Ahmad Zahid Hamidi sehari dua ini bolehlah dinobatkan sebagai ayam sabung Umno.Pemimpin Umno lain masih bermuram durja ekoran kekalahan di Kuala Terangganu, masing-masing cuba merenung dan mencari sebab punca kekalahan yang dianggap sesuatu di luar jangkaan.

Secara umum analisis uyang dibuat di sebelah Umno ialah faktor calon tidak popular dan buat pertama kali ramai pihak dalam umno sendiri mengakui strategi umno sudak ketinggalan zaman. Apa strategi umno yang sudah ketingglan zaman? Di antaranya politik ugut serta dendam dan isu lapuk tentang pembangunan.

Tapi nampaknya, Zahid Hamidi telah melawan arus!masih menganggap dengan politik ugut dan dendam masih relevan dengan Umno.

Zahid Hamidi mengarahkan semua agensi dan jabatan yang berkaitan di bawah kerajaan pusat supaya tidak hadir sebarang mesyuarat dengan kerajaan Perak. Zahid juga telah mengeluarkan arahan bahawa beliau tidak mengiktiraf borang yang ditandatangni atau disahkan oleh JKKK yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Tak tahulah apa pasal Zahid tak semena-mena nak marah sangat ke kerajaan negeri Perak. Adakah ini juga satu strategi untuk menampilkan diri menjelang pemilihan Umno Mac depan? Calon naib presiden le katakan.

Sama-samalah kita mengharapkan agar Umno akan melantik lebih ramai lagi menteri atau pemimpin yang berfikiran kolot macam zahid supaya kebencian orang ramai semakin bertambah kepada Umno. Biar orang ramai semakin meluat dengan Umno untuk mempercepatkan lagi saat Umno menuju ke penghujung hayat....Secara tak langsung akan memudahkan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerajaan yang dikuasai sekarang dan merintis jalan untuk mara mengusai kerajaan pusat. Tahniah dan syabas kepada Zahid!

ISU RASUAH:ALI RUSTAM TERASA KE?


Tidak semena-mena tanpa hujan ribut, Ali Rustam meminta semua pihak tidak cepat membuat tuduhan apabila seorang agen kempen Umno dari Melaka disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan bakal didakwa ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Masyarakat pula jangan terlalalu cepat membuat andaian sebelum kesalahannya terbukti benar" satu kenyataan beliau yang dipetik dalam satu sidang akhbar semalam.

Bagi saya, sebagai seorang calon yang bakal bertanding jawatan nombor dua, yang dikaitkan dengan 'tangan-tangan ghaib'yang membantu melepasi kuota timbalan presiden Umno oleh Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya tidak lama dulu, Ali Rustam sepatutnya tidak perlu mengulas atau dalam erti kata lain seperti menafikan dakwaan berlaku rasuah yang melibatkan beliau. Berdiam diri adalah lebih afdal baginya.

20 January 2009

MACAM-MACAM...

MUSA HASSAN HINA SUNNAH NABI???


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis menyaman seorang pelajar pondok yang memakai serban kerana tidak mahu perkara itu menjadi trend di kalangan pelajar terutama pelajar sekolah agama.

Kepada Musa Hassan saya nasihatkan elok bertaubat dengan ucapan yang dibuat, memakai serban adalah sunnah bukan trend atau fesyen yang disengaja diada-adakan. Kita tak nak pakai serban tak ada masalah, buat dapat pahala tak buat tak mengapa. Tetapi kalau memperlekehkan sunnah nabi....dengan menganggap satu trend adalah sama seperti menghina agama Islam.

Para mufti tolong nasihatkan sedikit ketua polis negara ini, jangan cakap ikut sedap mulut dan logik akal sahaja! Nak saman pun samanlah, tetapi ucapan yang seperti mengina sunnah Nabi SAW sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima.

TIADA MAAF BAGIMU!!!!!


Israel akhirnya terpaksa mengundurkan tenteranya dari Genting Gaza. satu kemenangan moral untuk pejuang Islam Palestin. Kelmarin, perdana menteri regim pengganas zionis Ehud Olmert dengan nada selamba memohon maaf atas tindakan ketenteraan tentera yahudi itu kepada penduduk Islam Palestin.

Maaf? Tiada maaf bagimu! Senang-senang je nak mohon maaf. Inilah manusia yang lebih teruk dan keji daripada haiwan. Haiwan pun ada perasaan belas kasihan dan simpati. Tetapi inilah bangsa yahudi yang dilaknat oleh Allah seperti dalam Al Quran.

Setelah ribuan nyawa terkorban, banyak kediaman musnah dan ramai yang kehilangan ahli keluarga dan harta benda tindakan memohon maaf adalah sekali lagi bukti penghinaan kepada umat Islam. Tindakan yang biadab dan kurang ajar.

Saya menyeru dan mengesa terutama diri saya, ahli keluarga dan sahabat handai serta sesiapa sahaja yang bersimpati dengan nasib umat Islam palestin agar terus menggerakan usaha bantuan dan sumbangan kepada penduduk di Gaza.

Tindakan boikot perlu dilaksanakan berterusan tanpa noktah sebagai pengajaran kepada bangsa yang tidak bertamadun ini. Walaupun selepas ini bakal menyusul perjanjian damai dan sebagainya, bangsa yahudi adalah bangsa yang tidak boleh diberi muka sama sekali seperti yang dinyatakan dalam Al Quran (contoh Al Baqarah: 120 )mereka akan terus memusuhi dan memerangi kita apabila umat Islam leka.

Tindakan boikot perlu bermula dari rumah kita sendiri, sebelum kita menggerakkan rakan-rakan kita yang lain. Apa perlu kita menggunakan barangan Amerika seperti colgate, maggi,Nestle, Gardenia, Danone kalau di pasaran hari ini cukup banyak alternatif dan produk daripada umat Islam. Jika kita masih menggunakan produk ini, sebenarnya ia menggambarkan diri kita yang hanya pandai cakap banyak dan suruh orang lain buat kebaikan tetapi kita sendiri tak nak lakukan. Samalah kita seperti orang yang cakap tak serupa bikin.

Mereka yang suka cakap tak serupa bikin diberi peringatan dan amaran oleh Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu mengatakan tapi kamu tidak kerjakan maka amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mengatakan tetapi tidak dilaksanakan ( As -Soff : 2 )

ISU SERBAN BUKTI KEPINCANGAN PERUNDANGAN NEGARA



Seorang pelajar pondok, Ahmad Nasir Darus memilih memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Ahmad Nasir memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Kes ini menyebabkan saya tertanya-tanya salah ke pakai serban masa bawa motor? Masa kat universiti dulu saya biasa pakai serban bila jalan-jalan sekitar bandar Geogetown dan keliling Pulau Pinang dengan menunggang motorsikal. Malah saya masih ingat lagi dalam Muktamar Pas di Masjid Rusila Terangganu pada tahun 1995 saya memakai serban sepanjang perjalanan masa bonceng motorsikal Yamaha RXS dari Marang Terangganu sampai ke Pulau Pinang! Saya dan rakan melintasi beberapa sekatan jalan raya, tapi polis tak tahan pun!

Adakah sebabnya polis tersebut menganggap saya lebai ketika itu? Mungkinkah juga polis tu penyokong Pas? Mungkinkah juga polis tersebut keturunan pak lebai?

Kes ini membuktikan bahawa sistem perundangan negara kita yang berdasarkan Pelembagaan Lord Reid mempunyai kepincangan yang nyata.

Saya yakin isu ini akan menjadi polemik dan perdebatan. Isu ini bakal menimbulkan pertikaian jika tidak diperhalusi dengan baik lebih-lebih lagi bagi mereka yang emosional.

Apa yang berlaku adalah berpunca tidak ada satu peruntukan yang jelas dalam sistem perundangan negara berkaitan dengan Akta keselamatan jalan raya yang tidak satu penjelasan dan peruntukan bagi mereka yang memakai lebai/serban apabila menunggang motorsikal.

Siapa lebai dan siapa tidak lebai? Mampukah sebenarnya mahkamah menjelaskannya?

Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya bagaimana hakim boleh membuat keputusan orang ini lebai atau tidak? Adakah alasan penghakiman majistret boleh diketahui umum dalam kes ini?Adakah selepas ini bagi mereka yang memakai serban terpaksa tanggalkan serban bila menunggang motorsikal? Bagaimana pula dengan kaum lelaki berbangsa singh yang memakai turban? Perkara ini mesti dijelaskan kepada umum supaya tidak timbul kekeliruan dan pertikaian yang lebih besar pada masa akan datang.

Apa yang pasti jika mahkamah yang lebih tinggi mengekalkan hukuman denda atau penjara dalam peringkat rayuan nanti, ini merupakan satu hari malang bagi umat Islam yang prihatin.Kes pertama seumpama ini pasti akan dijadikan rujukan pada kes-kes yang ada persamaan pada masa akan datang.

Menyedari kepincangan yang berlaku ini, sewajarnya umat Islam terutamanya, kembali kepada sistem perundangan Islam yang sebenar yang tidak terhad hanya hudud sahaja tetapi ada qisas,diat dan takzir.Apa yang pasti sistem perundangan Islam yang terbaik dan lebih adil dan saksama kepada sesama manusia.

19 January 2009

MANUSIA YANG BUAT NI SAMA TERUK DENGAN YAHUDI!


Media hari ini melaporkan seorang lagi bayi ditemui dibuang dalam tong sampah.Bayi malang itu ditemui masih hidup di dalam tong sampah oleh seorang pengawal keselamatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Jalil Hassan berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, pengawal keselamatan berkenaan dikatakan ternampak satu pasangan sedang bergaduh di dalam sebuah kereta di kawasan itu, sebelum pasangan lelaki terlibat membuang objek yang diambil dari but kereta ke dalam tong sampah.

SIAPA ADA KAMBING HITAM?


Perhatian kepada mana-mana pemilik dan penternak kambing hitam, masa nilah peluang yang sangat dinanti-nantikan. Selepas pilihanraya Kuala Terangganu ramai pihak sedang mencari kambing hitam untuk upacara tertentu. Tarikh tutup tawaran ialah sebelum Perhimpunan Agung Umno Mac ini.

ISRAEL MULA MENGAKU KALAH:TERUSKAN DOA DAN TERUSKAN BOIKOT

Israel akhirnya terpaksa melakukan gencatan sementara waktu di bumi Gaza Palestin. Mereka pastinya tak mahu mengaku kalah tetapi hakikatnya itulah yang berlaku.

Kesungguhan dan ketabahan pejuang Hamas Palestin mempertahankan tanah air mereka mula menggerunkan pengganas Yahudi yang sombong dan angkuh. Mereka fikir dengan teknologi senjata mereka yang canggih mereka dapat menewaskan kekentalan dan semangat jihad pejuang Palestin walaupun dengan serba serbi kekurangan dan dikepung dari segenap penjuru.

Ternyata doa, sokongan dan bantuan daripada umat Islam seluruh dunia telah menguatkan keazaman pejuang Palestin.

Semoga kita semua terus dan tidak henti berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di Palestin agar yahudi rejim zionis akan mendapat pembalasan yang setimpal dari Allah SWT.

Dalam masa yang sama Boikot barangan Amerika perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan. Pengganas yahudi perlu diajar dan dilenyapkan agar tidak sewenag-wenangnyan memperlekehkan umat Islam di seluruh dunia

18 January 2009

MENGAKU JUA MEREKA AKHIRNYA...

Keputusan di KT kita semua dah tahu, banyak analisis yang telah dibuat oleh rakan bloggers.

Cuma saya cukup tertarik bila baca akhbar Berita Minggu hari ini (tak beli pun pinjam orang punye).

Akhirnya mereka yang selama ini mengampu dalam Umno mengaku bahawa isu perjuangan BN dan Umno iaitu isu pembangunan sudah tidak relevan lagi terutama kepada pengundi muda.

Isu BN isu lapuk yang hanya layak dijadikan manuskrip di arkib negara. Dulu kini dan selamanya asyik-asyik isu pembangunan yang dicanangkan. Kalau tak sokong BN/Umno tak ada pembangunan, negeri jadi tak maju dan mundur. Bila sokong pembangkang rakyat hidup miskin, rumah tak ada api air dan guna jamban pusing. Itulah isu yang dibawa oleh Umno sebelum daripada zaman sebelum merdeka lagi sehingga hari ini.

Hari ini dalam keadaan kebanyakan rumah sudah ada astro,internet broadband, dalam rumah ada TV LCD dan depan rumah kereta dua tiga, BN dan Umno masih lagi bawa isu pembangunan!

Seperkara yang menarik akhirnya mereka mengaku bahawa calon BN kurang karisma dan tidak mempunyai hubungan baik dengan pengundi khususnya masyarakat setempat. Ini juga pernah dicatatkan dalam blog ini yang saya nyatakan secara sinis 'Calon BN Tidak Ada Paras Rupa'.Bagaimana kita hendak memimpin kalau perwatakan kita tidak disenangi? Bukan sahaja dalam soal pilih pemimpin nak jadi imam sembahyang pun kena ikut kehendak dan majoriti makmum.

Jadi apabila isu pembangunan sudah tidak relevan apa lagi isu perjuangan BN dan Umno selepas ini? Membela melayu? Memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman? Sama-sama kita tunggu. Saya dapat merasakan keputusan dalam PRU ke 12, Permatang Pauh dan Kuala Terangganu akan mengubah lanskap politik negara pada masa akan datang.

MENANG LAGI!!!!

Walaupun berhadapan dengan asakan bertubi-tubi daripada pihak lawan ini tidak menghalang untuk mencapai kemenangan.

Apa yang lebih manis lagi kemenangan ini dicapai di kubu pihak lawan.

Semua ini hasil daripada sikap usaha keras serta tidak putus asa mengasak pihak lawan yang begitu terdesak untuk mencapai kemenangan untuk memulihkan reputasinya di kalangan penyokong yang semakin menjauhkan diri.

Kemenangan ini dicapai hasil daripada keputusan lewat malam tadi.

Walaupun kemenangan ini sangat bermakna dengan memberi nafas baru untuk lebih keyakinan, kemenangan ini tidak seharusnya mengalpakan semua pihak. Ini kerana pihak lawan setiasa mencari peluang dan menyusun strategi untuk menewaskan Machester United.

Jaringan minit terakhir penyerang kelahiran Bulgaria, Dimitiar Berbatov telah membantu Machester United menewaskan pasukan bermasalah Bolton sekaligus merampas tahta liga buat pertama kali dalam musim ini daripada Liverpool. Jaringan itu hasil dari serangan balas yang dilakukan daripada gerakan cantik penyerang Carlos Tevev yang berjaya disempurnakan oleh Berbatov pada minit ke 89 permainan.


Kemenangan ini pasti memberi tekanan kepada Liverpool yang terpaksa bertandang ke Everton dalam satu lagi perlawanan lain. Manakala Chelsea semakin ketinggalan dalam persaingan apabila hanya mampu seri dengan Stoke City melalui jaringan penyelamat juga minit-minit terakhir daripada Frank Lampard. Walau bagaimanapun dengan keputusan ini Chelsea boleh mengucapkan hai hai bye bye kepada persaingan liga Bolasepak Barclays. Sekian dimaklumkan,

17 January 2009

PAS MENANG !!!!

Allahamdulillah Pas Menang! Hanya pengumuman rasmi sahaja yang ditunggu-tunggu. Secara tidak rasmi Pas memenangi dan mendahului jumlah kesemua undi dalam kerusi Dun di Parlimen K.Terangganu. Menurut sumber dalaman Pas setakat ini mendahului dengan lebih majoriti 2000 undi.Ribuan penyokong Pas sekarang ini sedang berkumpul di depan Stadium Negeri tempat penjumlahan undi sedang berlangsung menunggu pengumuman rasmi dari SPR. ALLAHU AKHBAR !

PAS TEWAS TERUK UNDI "POS" MASIH MENDAHULUI UNDI SEBENAR

Walaupun Pas tewas teruk dalam pengiraan undi pos dengan cuma mendapat 86 undi berbanding calon BN dengan 1039 undi dan calon bebas 1, Pas masih mendahului daripada sejumlah 40 ribu undi yang telah selesai dikira daripada jumlah pengundi sebenar. Sehingga saat ini Pas mendahului dengan lebih majoriti 1000 undi tetapi agak merosot sedikit di Dun Ladang yang sebelum ini dimenangi dengan hanya 61 undi.

Dijangkakan keputusan rasmi akan diumumkan sebelum jam 10.30 malam ini. Maklumat diterima TPM, Dato' Seri Najib telah awal-awal lagi berangkat pulang mungkin disebabkan sesuatu urusan yang tak dapat dielakkan..he..he..

DI AMBANG KEMENANGAN!

Insyallah jika segala-galanya berjalan lancar dan tidak ada aral melintang Hj. Abdul Wahid Endut bakal diistiharkan menang di P036 Parlimen Kuala Terangganu.

Sehingga berita ini ditulis, maklumat diterima telah lebih 70% keluar mengundi. Suasana yang berlaku sekarang cukup memberi petanda positif kepada PAS.

Ini berdasarkan maklumat daripada petugas di pondok panas dan juga agen tempat mengundi (PACA) dari PAS sehingga jam 3 petang tadi.

Walau bagaimanapun kita berharap tidak ada sesuatu keputusan luar jangkaan berlaku dan apa yang lebih diharapkan pilihanraya ini benar-benar berlangsung dalam suasana adil dan saksama.

Apapun keputusannya nanti, sebagai mereka yang dididik dan ditarbiyyah di dalam PAS kita perlu menerima sebagai ketentuan Allah SWT. Kemenangan bermakna amanah yang sangat berat wajib dilaksanakan. Jika keputusan sebaliknya kita perlu berfikir dan bermuhasabah setiap apa yang berlaku. Apa yang pasti Allah SWT Maha Adil kepada Hamba-Nya.

KALAH MENANG DI KUALA TERANGGANU PAS TETAP DAH MENANG!


Apa pun keputusan pilihanraya kecil malam ini di Kuala Terangganu, Pas tetap dah menang! Rasanya ramai tak setuju, tapi saya ada hujah saya yang tersendiri:

1. Pas menang kerana Pas telah berkempen dengan cara bersih tanpa menggunakan taktik kotor dan pengaruh politik wang untuk merasuah pengundi.

2. Pas menang dalam bantahan Pas terhadap Pegawai Pengurus Pilihanraya di KT yang berlaku tidak adil dengan berkempen untuk BN dan mengugut pengundi memaksa pegawai berkenaan menarik diri.

3. Pas menang kerana telah berjaya menampilkan tokoh yang tidak kontroversi yang mempunyai rekod baik sepanjang menjadi wakil rakyat.

4. Pas menang kerana Pilihanraya KT telah mengukuhkan perpaduan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP, sekaligus menutup tohmahan perpecahan yang berlaku dalam PR.

5. Pas menang kerana walaupun PR menguasai 5 negeri tidak ada satu pun agensi dan kemudahan milik kerajaan negeri digunakan untuk kempen pilihanraya KT.

6.Pas menang dalam undian secara on line dalam semua web dan blog yang menjalankan sistem undian secara maya seperti MStar Online, Berita Harian on line, KL Pos dan lain-lain.

7. PAS MENANG DENGAN MAJORITI.....Sama-sama kita tunggu malam nanti.

Tetapi jauh disudut hati, saya bimbang dengan sikap yang terlalu yakin untuk menang yang akan menyebabkan pihak lawan mengambil peluang di saat-saat akhir.

Bagi saya cakap-cakap politik sama ada dalam alam maya dan media serta cakap-cakap orang ramai yang mengatakan Pas menang tidak boleh pakai sangat. Bagi saya penculaan yang benar-benar telus menjadi petunjuk utama aliran pengundi di KT.

Bagi saya, isu yang dibangkitkan dalam pilihanraya ini sepanjang tempoh kempen sama ada dari Pas dan BN tidak banyak mempengaruhi keputusan pengundi. Sebenarnya pengundi telah ada keputusan untuk mengundi siapa sebelum proses penamaan calon lagi.

Bagi saya perubahan keputusan dalam pilihanraya kali ini bergantung kepada strategi taktikal yang digunakan oleh PAS dan BN di KT.

16 January 2009

"JAHANAM YAHUDI","JAHANAM ISRAEL" "JAHANAM" AMERIKA BERGEMA DI MASJID AL ADZHIM

Masjid Al Adzhim, masjid negeri Melaka bergema dengan slogan anti yahudi dan Amerika. Ribuan umat Islam(tak dapat nak agak berapa tapi yang pastinya beribu) hadir menyatakan bantahan dan sokongan dalam demontrasi tersebut.

Demontrasi anjuran Dewan Pemuda Pas Melaka(DPPM) dipimpin oleh Ustaz Kamarudin Sidek iaitu ketua pemuda DPPM. Himpunan itu juga turut dihadiri oleh wakil Angkatan Muda Keadilan dan NGO.

Slogan jahanam yahudi, hancur Amerika dilaungkan dengan diselang seli dengan laungan takbir. Demontrasi ini merupakan antara demontrasi terbesar anjuran DPPP Melaka.

Dalam demontrasi itu juga kutipan derma kilat dilancarkan bagi disumbangkan kepada kerajaan Hamas Palestin.

Demontrasi ini berlangsung dalam suasana aman dan terkawal tanpa sebarang insiden buruk yang selalu digembar-gemburkan. Pasukan keselamatan juga dilihat memberi kerjasama dan mengawal demontrasi yang diadakan dengan baik.

Semoga sokongan dan bantuan kepada Umat Islam di Gaza Palestin akan berterusan dari kita semua umat Islam yang prihatin dengan nasib saudara seagama. Semoga Israel Yahudi laknatullah dan sekutu utamanya Amerika akan dibinasakan oleh Allah SWT.

Logo yahudi dan patung yahudi yang dibakar


Ustaz Kamarudin sedang menyampaikan ucapan mengecam Yahudi dan sekutunya


Ribuan umat Islam yang hadir menyatakan sokongan

Saudara Sofi / Blogger Mutaligat Ketua Penerangan Pas begitu bersemangat berpidato

ust Kamarudin memimpin bacaan doa sebelum bersurai

KEPALA BABI DITEMUI DI DALAM SURAU AKADEMI ISLAM UM


Ingatkan isu babi hanya melibatkan isu orang kampung seperti berlaku dalam dua kejadian di Masjid Tanah dan terbaru di Pokok Mangga Melaka je rupa-rupanya kat universiti pun ada juga golongan yang tak cerdik.

Hari ini UM, IPTA terulung negara gempar dengan kepala babi yang diletakkan di dalam surau Akademi Pengajian Islam UM. Satu perbuatan yang saya anggap lebih teruk daripada Yahudi laknatullah. Sesiapa pun yang terlibat pasti akan menerima azab yang dashyat di akhirat nanti jika tidak bertaubat kepada Allah SWT.

Mereka yang kurang ajar dan biadab ini sengaja hendak mencetuskan kemarahan umat Islam. Motifnya tidak diketahui tetapi ia pasti berkait rapat dengan pilihanraya kampus yang sedang berlangsung sekarang.

Apa yang dikesalkan budaya samseng dan kurang ajar bukan sahaja berlaku seperti dalam pilihanraya KT sahaja tetapi turut melanda golongan intelek yang masih tidak cerdik.

Golongan ini bukan sahaja akan melingkupkan negara pada masa akan datang tetapi bakal menjadi penjenayah profesional(BAHLUL)!

Apa-apapun saya mengharapkan semua pihak bertenang dan tidak terikut-ikut provokasi yang cuba dicetuskan. Ingatlah mereka yang menghina agama Allah dan mencemari kesucian rumah ibadah tidak akan terlepas dari menerima pembalasan sama ada di dunia dan di akhirat nanti.

BILA POLIS TERLALU RAMAI DI KT, APA JADI DI MELAKA?



Dalam perjalanan menghantar isteri pagi ni, lampu isyarat di persimpangan masjid Al Adzhim rosak. Kereta bersimpang siur dan masing-masing tak boleh bergerak. Semua nak cepat pergi kerja dan hantar anak sekolah.

Saya mencari-cari mana perginya polis trafik yang bertugas. Tak ada! Baru saya teringat polis dari Melaka ramai dah dihantar bertugas ke KT sebelum penamaan calon lagi. Di antaranya jiran dan seorang sepupu saya dari cawangan trafik IPK Melaka dan Melaka Tengah.

Sampai kat persimpangan menghala ke Lorong Durian Daun pun sama, biasa ada polis trafik bertugas hari ini tak ada!

Patutlah kawan saya kata kat KT polis ada setiap simpang dan lampu isyarat, menjaga lalu lintas dan keselamatan kat sana!

15 January 2009

LORI BAWA SKRIN PUN BN TAKUT!


SKRIN GERGASI YANG DITAKUTI OLEH BN

Macam-macam berlaku pada hujung-hujung kempen pilihanraya di Kuala Terangganu. Tindakan BN menunjukkan mereka makin bimbang berdepan dengan kekalahan di KT. Bagi Pas kalah dan menang adalah perkara biasa dan adat bertanding tapi sebelum itu lawan tetap lawan!

Keadaan ini disebabkan apabila melihat sokongan hebat pengundi terutama pengundi cina kepada kempen Pakatan Rakyat di KT.

Jika sebelum ini markas DAP di kampung cina diarah tutup dengan campur tangan BN kini lori yang bawa skrin gergasi yang disumbangkan sementara oleh DAP kepada Pas turut menjadi mangsa.

Polis meminta parti yang bertanding menghentikan perbuatan memasang skrin besar di belakang kenderaan terutama lori ketika berkempen kerana ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas.

Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata tayangan yang dilakukan melalui skrin itu menyalahi peraturan berkempen.

Tak habis-habis BN terpaksa menggunakan polis di KT.Kepada semua parti yang bertanding berkempen dan bertandinglah sebagai anak jantan! Tak cukupkah lagi BN memperalatankan TV1, TV2,TV3,NTV 7 dan TV 9 untuk menyebarkan propaganda mereka? Tak menyalahi peraturan ke tu? Macam mana pula parti yang menggunakan agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk berkempen? Tak menyalahi peraturan juga ke itu ?

VENEZUEALA LEBIH PRIHATIN NASIB UMAT ISLAM DI PALESTIN

Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel semalam sebagai memprotes keganasan tentera Zionis di Genting Gaza.

Kerajaan Presiden Hugo Chavez mengambil keputusan tersebut seminggu selepas ia mengusir Duta Israel di sini, Shlomo Cohen serta tujuh kakitangan kedutaan bagi membantah tindakan rejim Yahudi itu di Gaza.

“Venezuela mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan penindasan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan Kementerian Luar semalam.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Venezuela sepatutnya membuka mata semua negara umat Islam termasuk Malaysia. Walaupun Islam adalah agama minoriti yang terlalu kecil bilangan penganutnya di negara itu, Venezuela lebih berani dan simpati dengan nasib umat Islam Palestin.

Sebaliknya, Malaysia yang pernah mendakwa sebagai negara Islam yang mengamalkan konsep Islam Hadhari yang pernah mengetuai OIC masih lagi teragak-agak mengambil tindakan yang lebih tegas.

Walaupun negara ini tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel Malaysia boleh bertindak dengan sekurang-kurangnya memanggil duta Amerika yang menjadi sekutu kuat Israel ke Wisma Putra untuk menyatakan bantahan Malaysia secara rasmi.

Perlu diingat Amerika bukan sahaja membantu israel dari segi ekonomi tetapi juga menyedia peruntukan bernilai puluhan juta bilion US setahun untuk membantu Israel melengkapkan senjatanya yang sekarang ini digunakan untuk membunuh umat Islam Palestin.

Saya yakin Malaysia tidak mampu melakukannya lebih-lebih lagi untuk mengusir duta Amerika di negara ini. Sebabnya negara ini telah sekian lama terlalu bergantung kepada Amerika, sekutu rapat yahudi Israel terutamanya dari segi ekonomi.

KEJAMNYA BANGSA YAHUDI!



Tak tahu apa lagi perkataan yang paling sesuai nak digunakan pada golongan zionis Yahudi ini. Sehingga hari ini lebih 900 nyawa umat Islam telah menjadi mangsa korban.

Kezaliman dan kebiadapan mereka semakin melampau, bukan sahaja kanak-kanak, wanita dan golongan tak berdaya yang masih hidup menjadi mangsa kini jasad mereka yang telah mati pun turut dijadikan sasaran.

Terbaru, golongan pengganas zionis ini mengebom satu kawasan perkuburan umat Islam di Sheikh Radzwan, Bandar Gaza menyebabkan jenazah yang dikuburkan disitu sekian lama berterbangan dibom oleh pesawat Israel.

Menurut seorang saksi kejadian berkata, kawasan itu kini berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.

"Daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung dan kami meletakkan ia ke dalam beg plastik," kata seorang penduduk, Ahmad Abu Jarbou.

Ahmad memberitahu bahawa seorang jirannya menemui tangan seorang wanita yang telah mati bertahun-tahun dahulu di kediamannya.

"Jiran saya juga terpijak cebisan daging manusia ketika dia keluar untuk melihat apa yang berlaku," jelasnya.

Saudara-saudaraku masihkah kita tergamak untuk kita hanya membisu dan mendiamkan diri?

Ayuh nyatakan sokongan dan keperhatinan kita, membantah kekejaman yahudi selepas Solat Jumaat esok di perkarangan Masjid Al Adzhim Melaka.

Jika tidak kesempatan dan keberanian, buatlah mana yang mampu. Apa yang pasti membela nasib saudara seagama adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita bersama.

14 January 2009

KELANTAN SUMBANG RM 1 JUTA NEGERI-NEGERI LAIN MACAM MANA?

Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan sumbangan minimum RM 1 juta untuk membela nasib umat Islam di Gaza Palestin.Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato Husam Musa.Selain itu pada 23 Januari ini satu perhimpunan perdana akan diadakan oleh kerajaan negeri untuk menyatakan sokongan dan simpati kepada nasib umat Islam di sana.

Kerajaan-kerajaan negeri yang lain macam mana? Semalam kerajaan Melaka buat perhimpunan anti Zionis di MITC Ayer Keroh yang diketuai oleh Dato Seri Ali Rustam dan dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang. Dalam himpunan tu, menurut rakan-rakan yang hadir dan berita Sinar Harian Ali Rustam mengecam Israel dan kemudiaanya membakar bendera Israel. Tak ada pulak dinyatakan apa-apa sumbangan kepada umat Islam Palestin. Belum lagi kot?

Begitu juga dengan kerajaan negeri yang lain sama ada dari PR dan BN. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan jumlah sumbangan tetapi umum mengetahui sumber kewangan kerajaan Kelantan tidaklah semewah negeri-negeri lain.

Sumbangan ini sudah pasti sedikit sebanyak dapat membantu rakyat palestin memulakan kehidupan lebih baik selepas keadaan kembali reda.

ISU BELI CAMRY: KHIR TOYO CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengumumkan membeli 15 Toyota Camry untuk Exco dan pegawai kanannya ramai pihak yang melenting dah menuduh kerajaan PR tidak patriotik dan membazir.

Jika kita merujuk kepada satu sumber berita je, itulah kesimpulan yang kita akan buat. Tetapi bila diambil kira kos jangka panjang dan faktor-faktor lain keputusan kerajaan PR adalah wajar. Cuma masa je kurang sesuai.

Sebabnya seperti sengaja mengundang isu dan tohmahan lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi dan suasana pilihanraya di Kuala Terangganu.Ternyata isu itu telah menjadi zikir BN dalam pilihanraya di KT.

Tetapi apabila PR membangkitkan isu pembelian Mercedez oleh kerajaan Terangganu di bawah Ahmad Said untuk kegunaan rasmi Exco dan pegawai kanannya, isu bermewah-mewah dan tidak patriotik terkena atas batang hidung pemimpin Umno semula.

Tetapi itu kira ok lagi, tapi rupa-rupanya Khir Toyo lagi hebat. Kalau PR di Perak dan Selangor membelanjakan kira-kira 2 juta untuk 15 buah camry untuk kegunaan rasmi Khir Toyo pula belanja hampir 1 juta untuk hanya sebuah kereta mercedez S350 L !

Apa yang lebih mengejutkan pembelian itu menggunakan wang kumpulan Darul Ehsan semasa Khir Toyo jadi MB Selangor. Kereta itu pula adalah untuk kegunaan peribadi. Perkara itu didedahkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad Setiausaha Politik MB Selangor.

Saya cadangkan Khir Toyo bersihkan namanya dengan menyaman Nik Nazmi jika dakwaan tersebut adalah fitah. Jika tidak jangan mimpilah nak ambil semula Selangor dari PR. Khir Toyo juga perlu membersihkan namanya lebih-lebih lagi menjelang pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno yang turut ditandinginya. Jika tidak saya syorkan lebih baik Khir Toyo menarik diri kerana akan 'perabih borehh' je...Mukhriz dan Khairy pasti senyum lebar dengan berita ini...

BN SEMAKIN TERDESAK DI KUALA TERANGGANU

Petunjuk minggu akhir kempen pilihanraya kecil di Kuala Terangganu menunjukkan Pas memiliki peluang cerah untuk merampas semula kerusi parlimen ini.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre mendapati menjelang pengundian Sabtu ini, arah aliran sokongan pengundi Melayu di Kuala Terengganu masih belum jelas manakala pola undian pemilih-pemilih Cina pula dijangka beralih kepada pembangkang.

Tinjauan pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan kira-kira 11 peratus pengundi masih belum membuat keputusan mengenai calon dan parti yang mereka bakal menyokong.

"Kajian menunjukkan sukar untuk menentukan keinginan memberi undi di kalangan pemilih ketika tinjauan pendapat umum ini dikendalikan.

"Berdasarkan pemerhatian terhadap data dikumpulkan, kajian ini percaya pengundian di kalangan Melayu dijangka berbelah bahagi dengan jurang yang kecil, dengan kemungkinan lapan peratus belum membuat keputusan lagi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Sebelum ini ramai pihak sama ada dari PAS dan BN meramalkan undi kaum cina yang berjumlah kira-kira 10% menjadi penentu kepada kemenangan kepada mana-mana parti yang bertanding.

Dalam keadaan sekarang apabila aliran undi kaum cina memihak kepada Pakatan Rakyat, agak-agak BN akan senag duduk? Pasti BN sekarang dalam kepanasan untuk mengekalkan kerusi parlimen Kuala Terangganu.

Jadi tidak peliklah isu perkauman mula ditiup dengan pengedaran risalah berbau perkauman melampau. Ini didedahkan oleh Pesuruhjaya Pas Terangganu yang juga Timbalan pengarah jentera Pilihanraya Pas.

"Dalam media, pemimpin Umno dan BN bercakap soal perpaduan tetapi apabila datang kepada kaum masing-masing, mereka menyebarkan api perkauman," kata beliau sambil menunjukkan satu risalah yang disebarkan kepada penduduk Melayu di Kuala Terengganu.

Antara kandungan risalah itu adalah "Hanya kerana nak terus berkuasa, Tan Sri Khalid sanggup jadi barua DAP", "Haram jadah punya Khalid Ibrahim, sanggup jual bangsa sendiri" dan sebagainya.

Sudahlah kandungannya penuh dengan hasutan, fakta yang disiarkan dalam risalah bertajuk "Buletin anak Jawa Selangor" itu penuh dengan penyelewengan dan tipu muslihat, kata Mustafa.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, kenapa sampai perlu buat begini?" kata Mustafa dalam sidang media di Markas Besar PAS itu.

Bagi saya tindakan jijik dan tidak bermaruah ini baru peringkat permulaan, saya yakin pada hari-hari terakhir kempen dan hari pengundian nanti mereka yang gila kuasa dan takut hilang kuasa sanggup buat apa sahaja tanpa mengira dosa dan pahala.

13 January 2009

PAK LAH KECEWA LAGI DENGAN MUHYIDDIN

Rasanya tidak keterlaluan jika saya mengucapkan syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana menghentikan semua rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika sebagai tanda kekesalan tindakan Amerika yang membisu dan merestui tindakan menzalimi rakyat Palestin di Gaza.

Tindakan ini selaras dengan gesaan daripada ramai umat Islam yang mendesak agar menghentikan semua bentuk urusan dan memboikot produk Yahudi dan sekutu rapatnya,Amerika.

Tetapi tindakan Muhyiddin ini dilihat kurang disenangi oleh Pak Lah kerana Muhyiddin seperti tunjuk pandai dan bertindak sendirian tanpa merujuk kepada Pak Lah dan diputuskan dalam mesyuarat kabinet dalam tindakan yang diambil.

Perdana Menteri berkata Muhyiddin perlu memaklumkan berhubung tindakan itu serta implikasinya kepada Kabinet secara rasmi.

“"Tan Sri Muhyiddin mesti maklum kepada Kabinet dan apakah implikasi dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua Pak Lah meluahkan rasa terkilan dan kurang senang kepada Muhyiddin. Sebelum ini Pak Lah dilihat begitu kecewa dengan Muhyiddin yang secara terbuka mendesak Pak Lah mempercepatkan pelan peralihan kuasa.

Apakah luahan rasa kecewa Pak Lah kali kedua kepada Muhyiddin yang sebelum ini dilihat sebagai sekutu rapatnya dalam Umno akan membuka ruang kepada dua lagi calon timbalan presiden untuk mengajar Muhyiddin?

Penganalisis politik sebelum ini berpendapat sokongan kem Pak Lah kepada Ali Rustam dan Md. Taib telah membantu kedua-dua calon berkenaan dapat melepasi kuota pencalonan dengan begitu bergaya pada saat-saat akhir.

Adakah ini juga memberi isyarat bahawa akan berlaku kejutan dalam pemilihan Umno Mac depan? Sama-sama kita tunggu.

KENAPA NAJIB BIMBANG PAS MENANG DI KUALA TERANGGANU?

Dalam satu majlis ceramah malam tadi Najib mengingatkan pengundi agar memilih calon BN untuk menutup segala peluang Pas untuk memerintah Malaysia.

Tanpa disedari akhirnya Najib mengakui Pas memiliki potensi dalam arena politik dalam negara ini. Tidak mustahil Pas mampu memerintah Malaysia secara bersendirian atau melalui pemuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

Apa Pasal Najib risau sangat kalau BN tewas di Kuala Terangganu? Mungkin ramai yang telah terlupa, perbicaraan kes Altantuya akan bersambung Isnin depan. Peringkat pembelaan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak.

Kedua-dua tertuduh dijangka akan bermati-matian mempertahankan diri dari hukuman mati dengan mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya. Apa motif dan arahan daripada siapa? Sehingga hari ini tidak ada sebarang motif pembunuhan dibacakan kepada tertuduh oleh pendakwaraya dalam perbicaraan lepas. Sama ada dendam, cemburu atau rompakan? Kalau tidak ada motif tuduhan kena dipinda kepada membunuh secara tidak sengaja atau membunuh tanpa niat yang hukumannya tidak lebih dari 10 tahun penjara.

Tetapi hairan pulak, kalau tak ada motif apa perlu diletupkan sampai berkecai-kecai? Apa perlu guna bom C4? Apa pasal polis tindakan khas unit komondo elit polis tak pasal-pasal bunuh dan letup orang tanpa sebab? Apa perlu P Balasumbramaniam penyiasat persendirian menghilangkan diri? Apa punca sehingga rekod imigresen Altantuya di negara ini yang dikawal oleh sistem keselamatan elektonik yang canggih dan sofistikated boleh ghaib begitu sahaja?

Sehingga hari ini, Najib belum lagi secara rasmi jadi presiden Umno dan juga perdana menteri. Hanya baru atas kertas! Macam -macam boleh berlaku.

Dalam erti kata lain walaupun poster gambar Najib jauh lebih banyak berkali ganda berbanding dengan poster Pak Lah di Kuala Terangganu, Pak Lah masih tetap lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia dan juga presiden Umno.

Jadi apa sebenarnya yang cukup dibimbangi Najib dalam pilihanraya ini? Hilang kerusi parlimen kepada Pas atau hilang pengaruh dan kuasa? Senario yang berlaku hari ini dalam pilihanraya di Kuala Terangganu dengan Najib dan kuncu-kuncunya berkampung siang malam memungkinkan kita ada jawapannya.

12 January 2009

REKOD DUNIA TERCIPTA DI KUALA TERANGGANU?

Menurut berita dari Harakah Daily, kini telah ada 12 ribu polis yang bertugas di Kuala Terangganu. Mungkin jumlah polis di Kuala Terangganu telah memecah rekod dunia bilangan polis paling ramai yang mengawal keselamatan dalam mana-mana bahagian pilihanraya di dunia.

Jika ikut nisbah maka 1:6, bermaksud seorang polis mengawal 6 orang pengundi di Kuala Terangganu. Sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam yang sedang mempertahankan bumi Gaza dari serangan tentera Israel laknutullah hanya baru sekitar 10 ribu orang je!

Apa motif polis dihantar sebegitu ramai di Kuala Terangganu? MenuruT rakan-rakan di sana keadaan kempen pilihanraya di Kuala Terangganu tidak sehangat seperti di Permatang Pauh.

Adakah ini untuk memastikan mereka dari 'kubur' dapat mengundi dengan aman sentosa tanpa halangan pada hari pengundiaan nanti?

Dalam keadaan negara berdepan dengan kadar jenayah yang semakin meningkat dan membimbangkan tenaga anggota keselamatan terpaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dengan berkampung di Kuala Terangganu adalah sesuatu yang amat dikesali. Tetapi saya yakin masih ramai lagi polis yang rasional dan bersedia menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab dan saksama.

CALON BN TAK ADA PARAS RUPA?


SENYUMAN SIAPA PALING MENAWAN????

Naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata pada pengundi di Kuala Terangganu agar tidak memilih paras rupa sebaliknya pilihlah pemimpin berdasarkan prestasi dan kebolehan.

Kenyataan ini merujuk apabila wujud cakap-cakap calon BN Wan Ahmad Farid jarang tersenyum.

Lucu juga bila saya memetik kata-kata Muhyiddin ni kerana macam dah kering modal dalam kempen pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. Secara tak langsung Muhyiddin mengakui bahawa Wan Ahmad Farid seorang yang serius dan tidak mesra. Betul tak ?

Kepada pengundi di Kuala Terangganu anda fikir apa lagi? Calon pilihanraya kecil ni ibarat macam pengantin, kalau masa bersanding pun tak reti nak senyum agak-agak macam mana nanti ye?

Kita tidak boleh menilai seseorang itu 100% berdasarkan luarannya. Tetapi dari segi psikologinya perwatakan dalaman seseorang terserlah dari penampilan luarannya. Ini termasuklah cara bercakap, berjalan, cara makan, cara duduk, warna pakaian yang diplih dan cara senyum? Semuanya menggambarkan diri seseorang itu.

Seseorang boleh menipu atau dengan menyembunyikan diri atau identiti atau sifat dalaman diri. Tetapi sampai bila? lambat laun lakonan seseorang akan terserlah.

Dalam tempoh yang ada ini masih belum terlewat kalau Umno dan BN buat kursus bagaimana cara senyum yang betul kepada Wan Farid!

11 January 2009

KERAJAAN HIPOKRIT DALAM ISU PALESTIN!


Ketika seluruh dunia sama ada negara umat Islam dan bukan Islam mengadakan protes besar-besar mengecam tindakan kejam yahudi laknatullah, Malaysia seperti bersikap hipokrit dan talam dua muka dalam isu ini.

Malam tadi seramai 21 orang ditahan polis dalam program nyalaan lilin di Dataran Merdeka. Mereka yang terlibat menyifatkan ia sebagai satu tindakan provokasi polis yang terlebih dahulu telah mengepung kawasan berkenaan sehingga tidak memberi peluang mereka yang berhimpun secara aman untuk bersurai.

Apa salahnya mereka menyatakan bantahan dan sokongan kepada mereka yang tertindas dalam perang seperti di Palestin dan Sri Langka? Adakah mereka membuat kacau dan huru hara serta mengganggu lalu lintas?Adakah kerajaan tidak peka dan simpati kepada penderitaan khususnya rakyat Palestin yang sehingga hari ini telah lebih 800 nyawa terkorban termasuk golongan kanank-kanak, wanita dan orang-orang tua yang tidak berdosa?

Tindakan polis menahan mereka malam tadi ternyata tindakan keterlaluan dan telah menguris hati dan perasaan umat Islam di negara ini yang bersimpati dan tidak jemu-jemu mendoakan nasib umat Islam terutama di Palestin yang sedang cuba dilenyap dan dimusnahkan di bumi Gaza Palestin. Begitu juga tindakan sama yang dilakukan kepada penduduk di Sri Langka sekarang.

Isu kezaliman dan penindasan adalah isu kemanusiaan dan sejagat melepasi batasan kaum dan agama. Semua agama di dunia ini menolak peperangan dan tindakan tidak bertamadun membunuh sesuka hati.

Apa yang Polis ingin jelaskan dengan tindakan keterlaluan menahan mereka yang terlibat dalam bantahan anti perang malam tadi? Adakah kerajaan lebih hendak menjaga hati pelancong yang berkunjung di dataran Merdeka? Adakah menjaga hati pelancong lebih utama daripada membela nasib umat Islam di Palestin dan penduduk yang tertindas di Sri langka?

Tindakan polis ini sebenarnya menggambarkan sikap sebenar kerajaan dalam Isu Palestin yang lebih bersikap hipokrit dan talam dua muka.

Antara yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ialah Charles Santiago, Dr Nasir, Norlaila, Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani;Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S Arutchelvan;Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad; Aktivis PSM, Nashita dan anaknya Ammar.