20 January 2009

ISU SERBAN BUKTI KEPINCANGAN PERUNDANGAN NEGARA



Seorang pelajar pondok, Ahmad Nasir Darus memilih memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Ahmad Nasir memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Kes ini menyebabkan saya tertanya-tanya salah ke pakai serban masa bawa motor? Masa kat universiti dulu saya biasa pakai serban bila jalan-jalan sekitar bandar Geogetown dan keliling Pulau Pinang dengan menunggang motorsikal. Malah saya masih ingat lagi dalam Muktamar Pas di Masjid Rusila Terangganu pada tahun 1995 saya memakai serban sepanjang perjalanan masa bonceng motorsikal Yamaha RXS dari Marang Terangganu sampai ke Pulau Pinang! Saya dan rakan melintasi beberapa sekatan jalan raya, tapi polis tak tahan pun!

Adakah sebabnya polis tersebut menganggap saya lebai ketika itu? Mungkinkah juga polis tu penyokong Pas? Mungkinkah juga polis tersebut keturunan pak lebai?

Kes ini membuktikan bahawa sistem perundangan negara kita yang berdasarkan Pelembagaan Lord Reid mempunyai kepincangan yang nyata.

Saya yakin isu ini akan menjadi polemik dan perdebatan. Isu ini bakal menimbulkan pertikaian jika tidak diperhalusi dengan baik lebih-lebih lagi bagi mereka yang emosional.

Apa yang berlaku adalah berpunca tidak ada satu peruntukan yang jelas dalam sistem perundangan negara berkaitan dengan Akta keselamatan jalan raya yang tidak satu penjelasan dan peruntukan bagi mereka yang memakai lebai/serban apabila menunggang motorsikal.

Siapa lebai dan siapa tidak lebai? Mampukah sebenarnya mahkamah menjelaskannya?

Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya bagaimana hakim boleh membuat keputusan orang ini lebai atau tidak? Adakah alasan penghakiman majistret boleh diketahui umum dalam kes ini?Adakah selepas ini bagi mereka yang memakai serban terpaksa tanggalkan serban bila menunggang motorsikal? Bagaimana pula dengan kaum lelaki berbangsa singh yang memakai turban? Perkara ini mesti dijelaskan kepada umum supaya tidak timbul kekeliruan dan pertikaian yang lebih besar pada masa akan datang.

Apa yang pasti jika mahkamah yang lebih tinggi mengekalkan hukuman denda atau penjara dalam peringkat rayuan nanti, ini merupakan satu hari malang bagi umat Islam yang prihatin.Kes pertama seumpama ini pasti akan dijadikan rujukan pada kes-kes yang ada persamaan pada masa akan datang.

Menyedari kepincangan yang berlaku ini, sewajarnya umat Islam terutamanya, kembali kepada sistem perundangan Islam yang sebenar yang tidak terhad hanya hudud sahaja tetapi ada qisas,diat dan takzir.Apa yang pasti sistem perundangan Islam yang terbaik dan lebih adil dan saksama kepada sesama manusia.

6 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

Saya tetap sokong yang pakai serban. Macam macam penghinaan telah dihempapkan kepada orang yang pakai serban. tetapi ingat penghinaan itu akan terbalik dan kembali semula menghempap si penghina!!

Anonymous said...

aku rasa mesti ada sebab kenapa orang tu ditahan sebab aku sendiri pernah tengok orang pakai serban tak ditahan!.jadi takkan lah senang-senang Polis tu nak tahan.

Anonymous said...

err saya tertanya-tanya juga kalau dlm Islam hukum memakai serban itu khilaf macamana pula dengan kaum sikh? adakah hukum memakai serban begi mereka juga ada khilaf?

Apalah salahnya memakai topi keledar sekejap kemudian bila tiba di destinasi boleh melilit serban kembali.

Nak mengambil wuduk pun kena menanggalkan serban inikan pula hendak 'menyabung nyawa' di jalan raya

Anonymous said...

Sebenarnya memakai serban adalah sunnah rasulullah yang makin lama ditinggalkan, setahu ana rasulullah x penah memakai kopiah shj di kepala tanpa ada kain di kepala atau bahu @ 'serban' le tu.. Dan utk membetulkan komen anonymous di atas ni, bagi yang berwudhuk dan seterusnya memakai serban, rukhsah nya bila wudhuk terbatal, beliau x perlu membuka serban lg- cukup sekadar menyapu air di bah depan dahi dan di bawa ke atas dan dilurut hingga ke belakang.. itulah yang dilakukan rasulullah.
Pasal helmet, ana berpegang :selagi kita ikhlas dlm melakukan sunnah, Allah takkan mendatangkan mudarat ketika itu. Yakinlah, dalam sunnah ada keberkatan Wallahuallam.

mazlanyasin said...

Inilah akibat tidak meletakkan Islam di hadapan.Apa juga yang berkaitan dengan Islam dikesampingkan dalam pemerintahan BN.
"Bapa borik anak rintek"
Macam mana kepala Pak Lah Badawi ,Imam Islam Hadari begitulah anak buahnya.
Malaysia yang telah merdeka leiih 50 th. ketingalan dalam banyak perkara.
termasuklah undang-undang.
Oleh itu Rakyat perlu buat perubahan.
Lupakan UMNO & BN .gantikan dengan
PAS & PR

Anonymous said...

Salam...
Bagi saya saya kes ini subjektif. Walau apapun pandangan masyarakat terhadap kes ini, sunnah tetap sunnah dan undang-undang tetap undang-undang. Rasanya tak salah kalau remaja yang disaman itu buka sekejap serbannya dan memakai topi keledar semasa menunggang. Selepas sampai destinasi, pakai serban semula. Masa buka serban dan pakai topi keledar tu, kita niatlah untuk menjaga keselamatan semasa menunggang dan bukan untuk tidak pertahankan sunnah... Kita harus ingat bahawa Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Mengasihani. Bukan menjadi kesalahan jika membuka serban sekejap...