08 May 2009
NAJIB BUAT-BUAT TERKEJUT KEKECOHAN SIDANG DUN DI PERAK
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekecohan yang berlaku di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam sebagai sesuatu yang amat memalukan seperti ibarat baling batu sembunyi tangan atau seperti gaharu cendana pula sudah tahu buat-buat tanya pula...
Siapakah perancang utama di sebalik semua kekalutan di Perak? Siapa perancang utama di sebalik agenda merampas kerajaan pilihan rakyat? Semua ini angkara sikap gopoh, rakus dan tamak untuk berkuasa. Umno@BN tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditolak oleh majoriti rakyat dalam Pilihanraya umum lalu serta pilihanraya kecil pasca pilihanraya.
Umno@BN dalam keadaan gundah gelana dan gelap gelita ditokok lagi percakaran yang berlaku dalam Umno sesama sendiri. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan untuk 'memulihkan' semangat Umno yang semakin luntur apabila majoriti rakyat semakin menjauhkan diri dari mereka.
Maka isu rasuah melibatkan dua bekas adun PKR serta kekecewaan bekas speaker dari DAP yang merasa dipencilkan diperalatkan Umno@BN untuk bertindak di luar batas demokrasi di Perak. Maka berlaku pelbagai adegan seperti 'culik, sorok dan ugut' untuk memastikan Umno mendapat apa yang diidam-idamkan.Kononnya untuk mengembalikan ketuanan Melayu tetapi merekalah pengkhianat bukan sahaja kepada Melayu tetapi kepada agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini.
Umno@BN yang mengkhianati demokrasi di negara ini. Melakukan apa sahaja tanpa mengira halal haram ibarat membujur lalu melintang patah habis semua diredah dan disapu. Najib tak usahlah berlindung atau menggunakan istilah 'demokrasi'kerana demokrasi telah semakin terhakis di bawa era 1Malaysia.
ISU DUN PERAK : AKHBAR PENGAMPU DAN PENIPU
Seperti dijangka akhbar-akhbar milik Umno@BN melabelkan Pakatan Rakyat sebagai punca kemelut yang berlaku di Perak. Mereka menuduh PR sebagai biadab, samseng dan menghina kemuliaan dewan....
Tak pelik kerana akhbar-akhbar ini daripada dulu kini dan selamanya bukan sahaja senget sebelah tetapi tak layak pun dijadikan sumber berita. Selagi mereka tidak menghormati dan berpegang kepada etika kewartawanan dan penulisan akhbar seperti Berita Harian, NST, Utusan,Kosmo, Harian Metrro, The Star dan lain-lain yang sewaktunya dengan hanya layak dijadikan alas tempat duduk atau alas tempat menjemur belacan dan ikan masin!
Mari kita lihat bukti pembohongan akhbar tersebut hari ini.
1. The Star Online edisi BM
Pemerhati politik berpendapat pihak pembangkang akan terus mempertikai kesahihan persidangan semalam dan walaupun mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, mereka tetap tidak akan menerimanya.
Bila pulak mahkamah buat keputusan Zamry MB Perak? Mahkamah Tinggi hanya akan buat keputusan Isnin depan.
2. Berita Harian : Tajuk utama
Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu.
Beginilah mesranya pihak polis mengiring Speaker V Sivakumar keluar dari dewan dengan cara mencekik dan mengheret...(Gambar dari http://hasbullah.pit.my/)
3. Utusan Melayu : Tajuk Muka depan
Jelas beliau, Ganesan yang tidak ada pilihan lain untuk mengawal keamanan telah mengarahkan polis membantu Bentara mengikut Perkara 90 Perintah-Perintah Tetap yang akhirnya menyaksikan Sivakumar 'diangkat' keluar Dewan.
''Speaker telah bersabar sejak 10.30 pagi, jadi beliau terpaksa mententeramkan keadaan dengan meminta bantuan dan sokongan polis.
Siapa Ganesan? Apa kaedah yang diguna pakai oleh Umno@BN melantik 'speaker baru' ? Mencekik? Mengeret? Mengangkat? Undang-undang Zoo Taiping ?
Tak payahlah saya siarkan 'berita-berita' yang meloyakan dari akhbar pengampu dan penipu yang lain. Saya yakin rakyat telah mendapat maklumat tepat siapa pengkhianat, siapa samseng dan siapa biadab dalam sidang Dun Perak semalam. Tunggulah kuasa rakyat yang akan jadi penentu di antara kebenaran dan kebatilan.