08 May 2009
NAJIB BUAT-BUAT TERKEJUT KEKECOHAN SIDANG DUN DI PERAK
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekecohan yang berlaku di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam sebagai sesuatu yang amat memalukan seperti ibarat baling batu sembunyi tangan atau seperti gaharu cendana pula sudah tahu buat-buat tanya pula...
Siapakah perancang utama di sebalik semua kekalutan di Perak? Siapa perancang utama di sebalik agenda merampas kerajaan pilihan rakyat? Semua ini angkara sikap gopoh, rakus dan tamak untuk berkuasa. Umno@BN tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditolak oleh majoriti rakyat dalam Pilihanraya umum lalu serta pilihanraya kecil pasca pilihanraya.
Umno@BN dalam keadaan gundah gelana dan gelap gelita ditokok lagi percakaran yang berlaku dalam Umno sesama sendiri. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan untuk 'memulihkan' semangat Umno yang semakin luntur apabila majoriti rakyat semakin menjauhkan diri dari mereka.
Maka isu rasuah melibatkan dua bekas adun PKR serta kekecewaan bekas speaker dari DAP yang merasa dipencilkan diperalatkan Umno@BN untuk bertindak di luar batas demokrasi di Perak. Maka berlaku pelbagai adegan seperti 'culik, sorok dan ugut' untuk memastikan Umno mendapat apa yang diidam-idamkan.Kononnya untuk mengembalikan ketuanan Melayu tetapi merekalah pengkhianat bukan sahaja kepada Melayu tetapi kepada agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini.
Umno@BN yang mengkhianati demokrasi di negara ini. Melakukan apa sahaja tanpa mengira halal haram ibarat membujur lalu melintang patah habis semua diredah dan disapu. Najib tak usahlah berlindung atau menggunakan istilah 'demokrasi'kerana demokrasi telah semakin terhakis di bawa era 1Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment