11 May 2009

UMNO BERKABUNG SEMPENA ULANGTAHUN KE 63


Hari ini merupakan ulang tahun Umno ke 63. Biasanya bila sebut pasal menyambut ulang tahun, setiap orang pasti gembira. Lebih-lebih lagi dapat pelbagai hadiah dan ucapan tahniah sambil potong kek. Majlis ulang tahun lebih bermakna jika ahli keluarga sahabat taulan jauh dan dekat turut datang meraikannya.

Tetapi ulang tahun ke 63 yang disambut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini yang turut dihadiri oleh Presiden dan Perdana Menteri 1 Malaysia disambut dalam noktah duka. Semua ini dapat diduga apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang ibarat halilintar yang menusuk jiwa terutama pemimpin-pemimpin Umno. Majlis sambutan Ulang Tahun ke 63 kali ini tidak ceria umpama majlis perkabungan dan umpama mengahadiri majlis kematian.

Itulah padahnya apabila setiap tindakan tidak berfikir panjang, dibuat secara tergesa-gesa, gopoh gapah serta menzalimi rakyat. Ingatlah doa orang yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah SWT. Di dunia lagi Allah SWT sudah tunjukkan...Di akhirat nanti azabnya tidak terperi...Insaflah wahai Umno...Rakyat menolak kepimpinan yang menipu dan menganiaya serta menindas rakyat...Insyallah kebenaran akan datang dan kebatilan akan lenyap binasa.

NIZAR DIPERKENAN MENGADAP RAJA MUDA PAGI ESOK


Raja Muda Perak DYMM Raja Nazrin Shah telah memperkenankan Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin mengadap jam 8.30 pagi esok. Nizar akan disertai beberapa orang Adun dari Pakatan Rakyat.

Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Shah ketika ini berada di Amerika Syarikat. Marilah kita semua rakyat Malaysia berdoa agar krisis politik di Perak dapat diselesaikan secara baik dengan perkenan daripada Raja Nazrin untuk membubarkan Dun Perak untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan yang terbaik.

BUKAN SAHAJA ZAMRY, NAJIB JUGA WAJAR UNDUR


Dato Seri Ir Nizar Jamaludin meminta agar Datuk Zamry Abdul Kadir agar mengosongkan jawatan dan pejabatnya secara terhormat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas hari ini.

Difahamkan Zamry dan 'barisan Exconya' bersedia mengosongkan dan meninggalkan pejabat masing-masing esok. Keputusan mahkamah hari ini bukan sahaja menjawab segala tuduhan liar dan tohmahan yang dikemukakan kepada Nizar dan Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini, bukan sahaja Zamry yang perlu mengundur diri tetapi Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri 1 Malaysia juga wajar meletak jawatan. Ini kerana umum berpendapat bahawa Najib merupakan teraju utama yang membawa kepada rampasan kuasa dan keadaan huru-hara di Perak sebelum ini.

Namun adalah sesuatu yang tak masuk akal dan mustahil Najib akan melepaskan jawatannya berdasarkan kes ini melainkan keputusan mahkamah hari ini akan mempercepatkan tali hayat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang akan berhadapan dengan suara rakyat yang menolak cara dan gaya beliau mentadbir negara ini dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

BANGUNAN SUK PERAK DI KEPUNG POLIS.

Apakah ada drama lain yang akan berlaku di Bangunan Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan DUN Perak? Maklumat yang diperolehi melaporkan bahawa FRU mula mengawal ketat bangunan berkenaan.

Saya berharap kehadiran polis adalah untuk mengawal keamanan dan menguatkuasakan undang-undang berdasarkan keputusan Mahkamah tinggi hari ini. Seluruh dunia akan menyaksikan satu lagi detik bersejarah dalam politik negara. Semoga polis tidak mengikut arahan dan melaksanakan sebarang taktik kotor Umno@BN seperti dalam sidang DUN Perak baru-baru ini.

MAHKAMAH TINGGI ARAH ZAMRY DAN EXCO KOSONGKAN JAWATAN

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahimim yang membuat keputusan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah turut mengarahkan agar Datuk Zamry Abdul Kadir dan 'barisan Exco' supaya mengosongkan pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan dengan kadar segera.

Kita tunggu adakah Zamry dan 'barisan Exconya' akan menuruti perintah Mahkamah Tinggi? Ini kerana sebelum ini mereka sering menuduh Pakatan Rakyat di Perak tidak mematuhi undang-undang dan mencabuli pelembagaan. Rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya serta seluruh penduduk dunia sedang memerhati dan mengikuti perkembangan yang terkini yang sedang berlaku di Perak. Semoga tidak ada lagi episod dan sejarah hitam yang akan dipalit oleh Umno@BN dalam demokrasi negara.

Saya juga berharap tidak ada adegan hakim diheret keluar seperti yang berlaku kepada Speaker Perak dalam sidang Dun 7 Mei yang lalu kerana tidak tunduk dan menyebelahi arahan Umno@BN.

MAHKAMAH PUTUSKAN NIZAR MB PERAK, ZAMRY MB HARAM!


Akhirnya segala perjuangan untuk mempertahankan hak sebagai Menteri Besar Perak terbukti hari ini apabila mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memutuskan bahawa Dato Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Sekaligus pelantikan Datuk Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini adalah tidak sah dan terbatal. Bermakna Zamry adalah Menteri Besar haram!

Bermakna segala keputusan dan arahan Zamry semasa menjadi 'Menteri besar' sebelum ini adalah terbatal dengan sendirinya. Zamry sebelum ini dengan muka tak malu telah menduduki pejabat Menteri besar, melalui SUK mengarahkan Nizar mengosongkan kediaman rasmi MB, melelong Toyota Camry, melantik barisan 'Exco",melaksanakan pelbagai upacara rasmi sebagai 'Menteri Besar' termasuk sidang Dun haram pada 7 Mei lalu dengan melantik speaker haram dan membenarkan pihak polis mencemari sidang Dun Perak.

Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang. Keputusan mahkamah ini merupakan satu kemenangan rakyat dan tamparan yang paling hebat kepada Dato Seri Najib yang mendalangi dan merestui rampasan kuasa di Perak. Semua jentera Pakatan Rakyat mesti bersiap sedia di setiap peringkat bagi menghadapi pilihanraya kecil di Dun Perak dalam tempoh terdekat.

APA PUN KEPUTUSAN MAHKAMAH HARI INI TIDAK AKAN MENYELESAIKAN KRISIS POLITIK DI PERAK

Pada jam 2.30 petang ini mahkamah tinggi dijangka akan membuat keputusan tentang permohonan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin untuk diistiharkan sebagai menteri besar Perak yang sah.

Adakah keputusan mahkamah hari ini akan menyelesaikan konflik di Perak? Jawapannya tidak! Apa juga keputusan sama ada memihak kepada Nizar atau Datuk Zamri Menteri Besar kudeta sekarang tidak mampu menyelesaikan masalah politik di Perak.

Masalah di Perak hanya boleh diselesaikan dengan mengembalikan pilihan dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada ingin diterajui oleh Umno@BN atau kepada Pakatan Rakyat. Justeru itu marilah kita berdoa agar DYMM Tuanku Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dun Perak.