08 April 2009

APA MAKNA DI SEBALIK GAMBAR INI?

Gambar ini dirakam hari ini sewaktu Dato Seri Najib menghadiri pelancaran buku 'Mencari Kebahagiaan' karya Datuk Hashim Abdul Wahab di Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui Tun Dr. Mahathir di Putrajaya. Makin 'kamcing' nampak, ada apa-apa ke?

TERIMA KASIH DR MAHATHIR BANTU KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT


Ucapan terima kasih dan penghargaan mencurah-curah diberikan kepada semua jentera Pakatan Rakyat baik dari PAS,PKR dan DAP dari semua peringkat kerana kerja kuat yang membantu kemenangan menawan dua bukit dalam PRK semalam.

Walau bagaimanapun kita wajar mengucapakan jutaan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir atas jasa dan sumbangan beliau sebagai PM sebelum ini yang banyak menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Pakatan Rakyat.

Di antara sumbangan besar Dr. Mahathir ialah :

1. Membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya selepas PRU tahun 1999 dengan memecahkan kawasan majoriti Melayu. Ini bertujuan untuk melaksanakan dasar pembangkang'sifar' atau menawan kembali kerusi yang dimenangi oleh Pas.

2. Melaksanakan dasar 'kuku besi' sepangang 20 tahun sebagai PM menyebabkan kemarahan rakyat semakin meluap-luap kepada Umno@BN.

3. Sepanjang pemerintahan beliau rasuah, nepotisme dan kronisme semakin menjadi-jadi sehingga mewujudkan pepecahan yang kronik dalam Umno.

3. Melaksanakan dasar 'langit terbuka' dalam dunia ICT menyebabkan rakyat lebih cepat mengetahui segala tindak tanduk dan pembohongan Umno@BN dengan web dan blog melalui kemudahan internet jalur lebar.

4. Kembali menyertai dan berkempen untuk Umno@BN sehingga majoriti rakyat tidak mempunyai pilihan selain daripada menolak Umno@BN.

Saya berharap Dr. Mahathir akan dipilih menjadi penasihat kepada kerajaan dan Umno@BN dan DS Najib serta lebih proaktif dalam kempen Umno agar mempercepatkan lagi hayat Umno@BN daripada sejarah politik negara.

KABINET 'BERSIH' NAJIB?

Datuk Jamaludin Jarjis kroni rapat DS Najib dijangka akan kembali semula dalam Kabinet
Adakah pelakon utama VCD Terlampau ini akan kembali dalam Kabinet 'Pembaharuan' Najib ?
Ketua Pemuda Umno yang didapati melakukan rasuah akan dinafikan jawatan Kabinet ?

UMNO@BN TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN DI DUA BUKIT


Laporan muka depan Utusan Malaysia BN 1, PAS, PKR 1. Jelas menunjukkan hakikat sebenar Umno@BN tidak dapat menerima hakikat kekalahan di dua bukit. Umno@BN melalui 'lidah rasminya' cuba menggambarkan bahawa kedudukan adalah seri! Lucunya dengan akhbar pengampu Umno@BN nombor satu ni.

Kekalahan di Batang Ai adalah sesuatu yang tidak mengejutkan Pakatan Rakyat melalui PKR kerana menyedari hakikat sikap masyarakat Sabah dan Sarawak yang masih ketinggalan dari sumber maklumat terkini dan arus pembangunan. Jadi mereka memang mudah digula-gulakan oleh Umno@BN dengan projek 'mee segera'.

Kemenangan di dua bukit cukup menggerunkan Umno@BN yang fikir bahawa perubahan kepimpinan dalam Umno@BN serta kembalinya Tun Dr. Mahathir akan mengembalikan sokongan kepada mereka. Mereka silap besar. Rakyat bukan sahaja menolak pemimpin dalam Umno@BN tetapi majoriti rakyat sebenarnya menolak Umno@BN secara keseluruhan. Umno@BN seperti tidak insaf dan mengakui hakikat ini bahawa mereka hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan dalam PRU ke 13 akan datang.

Umno@BN masih merasakan dengan kuasa dan duit mereka boleh membeli dan melakukan apa sahaja. Tunggulah PRU ke 13 ini. sudah terlewat untuk Umno@BN membuat perubahan. Rakyat sudah cukup muak dan meluat dengan gaya hipokrit dan menindas rakyat yang dilakukan oleh Umno@BN sepanjang 50 tahun berkuasa.

Umno@BN kini sudah cukup terdesak untuk meniti saat-saat parlimen dibubarkan. Saya jangkakan Umno@BN akan menggunakan pendekatan 'mesra' dan 'menindas' untuk memastikan mereka kekal sebagai kerajaan.