08 April 2009

UMNO@BN TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN DI DUA BUKIT


Laporan muka depan Utusan Malaysia BN 1, PAS, PKR 1. Jelas menunjukkan hakikat sebenar Umno@BN tidak dapat menerima hakikat kekalahan di dua bukit. Umno@BN melalui 'lidah rasminya' cuba menggambarkan bahawa kedudukan adalah seri! Lucunya dengan akhbar pengampu Umno@BN nombor satu ni.

Kekalahan di Batang Ai adalah sesuatu yang tidak mengejutkan Pakatan Rakyat melalui PKR kerana menyedari hakikat sikap masyarakat Sabah dan Sarawak yang masih ketinggalan dari sumber maklumat terkini dan arus pembangunan. Jadi mereka memang mudah digula-gulakan oleh Umno@BN dengan projek 'mee segera'.

Kemenangan di dua bukit cukup menggerunkan Umno@BN yang fikir bahawa perubahan kepimpinan dalam Umno@BN serta kembalinya Tun Dr. Mahathir akan mengembalikan sokongan kepada mereka. Mereka silap besar. Rakyat bukan sahaja menolak pemimpin dalam Umno@BN tetapi majoriti rakyat sebenarnya menolak Umno@BN secara keseluruhan. Umno@BN seperti tidak insaf dan mengakui hakikat ini bahawa mereka hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan dalam PRU ke 13 akan datang.

Umno@BN masih merasakan dengan kuasa dan duit mereka boleh membeli dan melakukan apa sahaja. Tunggulah PRU ke 13 ini. sudah terlewat untuk Umno@BN membuat perubahan. Rakyat sudah cukup muak dan meluat dengan gaya hipokrit dan menindas rakyat yang dilakukan oleh Umno@BN sepanjang 50 tahun berkuasa.

Umno@BN kini sudah cukup terdesak untuk meniti saat-saat parlimen dibubarkan. Saya jangkakan Umno@BN akan menggunakan pendekatan 'mesra' dan 'menindas' untuk memastikan mereka kekal sebagai kerajaan.

2 comments:

mosabit said...

RENUNGAN UNTUK PENGANUT AMENO...
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya,...

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang...
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar...
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan....

jadi ameno jangan syok bernostalgia....itu semua hanya fartamorgana.......

safwan said...

Keputusan sebenar :

Pakatan Rakyat
2 menang, 1 kalah

Barisan Nasional
1 Menang, 15 kalah..