Dalam diam-diam Tan Sri Muhammad Taib sudah mula pasang strategi untuk rebut jawatan timbalan presiden Umno. Adakah kita semua perasan pakej ransangan ekonomi RM 7 bilion yang dibentangkan Najib yang penuh kontroversi tempohari banyak beri perhatian untuk golongan di luar bandar?
Siapa menteri yang jaga hal ehwal masyarakat di luar bandar? Orangnya lain dan tak bukan adalah Md. Taib. Adakah dana yang begitu besar yang diperuntukan untuk golongan luar bandar merupakan satu kebetulan? mungkinkah ia merupakan strategi serampang dua mata atau sambil menyelam minum air? Bertujuan memberi dana atau 'modal' kepada Md. Taib berhadapan dengan kempen tiga penjuru merebut jawatan nombor dua.
Mungkin ini memberi isyarat bahawa Najib lebih selesa menjadikan Md. Taib sebagai regu berbanding Muhyiddin dan Ali Rustam. Najib berselindung atas nama memulihkan ekonomi untuk 'memulihkan' dan mengangat imej Md. Taib pada pandangan umum. Melalui pakej kewangan yang besar sudah pasti banyak projek akan disediakan.
Jadi faham-fahamlah..Bila banyak projek, siapa yang akan dapat peluang? Sudah pasti kontraktor-kontraktor yang selama ini begitu rapat dengan pemimpin Umno. Kalau tidak beri pada kaum kerabat sendiri projek-projek yang bakal dijalankan setidak-tidaknya boleh ambil komisyen. Bila banyak komisyen maka banyaklah modal untuk berhadapan dengan pemilihan Umno. Apa yang pasti mereka yang setia dan rapat pada Md. Taib akan dapat segala projek yang bakal memberikan pulangan yang lumayan.
Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.
“Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450. Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Apa Khabar Orang Kampung’ di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.
Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.
Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman
8 years ago