29 January 2009

TARIK TALI ISU LETAK JAWATAN BUKTI UMNO TERUK BERGOLAK



Isu perletakan jawatan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak semakin memeningkan. Kejap kata letak jawatan tiba-tiba tak semena-mena orang empunya diri menafikannya. Tetapi tak sungguh tak melata…Tak kan akhbar utama sanggup letak berita muka depan kalau maklumat tu tak sahih. Kalau betul hanya sekadar khabar angin akhbar terus letak muka depan memang layak pun akhbar tu hanya layak dijadikan alas tempat duduk masa ceramah atau alas untuk jemur ikan masin!


Jika betul tidak letak jawatan apa perlu Majlis Tertinggi Umno bincangkan itu sebagai salah satu agenda malam ini? Dalam satu kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pengganti Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.


Bagaimanapun Najib berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno yang akan diadakan malam ini.


"Belum ada apa-apa keputusan lagi...beliau hanya gambarkan hasratnya (letak jawatan)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Jika Tajol Rosli benar-benar tidak meletak jawatan atau menarik balik niat untuk letak jawatan, siapa yang sebenarnya yang beria-ia mahukan beliau meletakkan jawatan? Adakah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas perak yang minta beliau letak jawatan atau MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin yang desak beliau letak jawatan? Mungkinkah juga Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham yang paksa Tajol Rosli yang letak jawatan?


Semua ini menjadi persoalan bahawa Umno Perak kini sedang menghadapi pergolakan yang parah. Dalam keadaan begini saya yakin akan ada berita lagi Adun Umno menyertai pakatan Rakyat.

1 comment:

angkasanuri said...

Ada pihak yang mencabar dan mengertak dengan pelbagai ugutan. Saya nasihatkan jangan bersikap emosional kerana saya dah cukup lali dengan ugutan sepanjang hidup saya. Apa yang saya nak beritahu rezeki datangnya dari Allah. Apa yang kita buat akan dipersoalkan di akhirat kelak.