02 November 2009

DR ASRI DITAHAN POLIS MALAM TADI


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

3 comments:

Ayiem said...

Dr Asri telah mula ditekan,dan beliau telah mula merasai pahitnya perjuangan apabila tidak sehaluan dengan pihak kerajaan.....

Mudah-mudahan beliau akan tabah dan istiqamah....

Anonymous said...

Masalahnya bukan dia tidak sehaluan dengan pihak kerajaan, tapi dia membawa ajaran wahabi yang telah lari dari manhaj ahlisunnah waljamaah...bila dia dah tahu yg ajaran dia telah dapat di hidu oleh ulama-ulamak di Malaysia, dia telah lari pergi ke UK...dengan alasan membuat sabatikal(cuti sambil belajar)..wallhaualam...

Anonymous said...

Nampaknya kesan kelemahan kerajaan selangor yang dipimpin oleh parti pakatan rakyat yang belum berdaftar telah mula dirasai di persekitaran selangor, dimana di masjid2 ceramah politik dibenarkan, fahaman syiah berleluasa dan kebenaran yang dibawa oleh dr asri ditolak.Mungkin juga kerajaan selangor iaitu boss JAIS merasa marah kerana dr asri dijemput untuk berceramah oleh PM dlm majlis kelolaan UMNO di janda baik beberapa bulan lalu. Harap rakyat selangor mengambil iktibar..