13 November 2009

TOK GURU BATAL TUNAI HAJI: MEREKA YANG BERNIAT JAHAT TANGGUNGLAH...


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat menunaikan fardhu Haji ke Mekah bersama dengan anggota keluarganya pada tahun ini. Perkara itu diumumkan dalam kuliah Jumaat di Bangunan Pas Kelantan hari ini.

Kepada yang sengaja bersangka buruk dan berniat jahat dengan berita-berita yang disiarkan sehingga menyebabkan Tuan Guru membatalkan hasrat menunaikan fardhu haji tahun ini maka anda tanggunglah sendiri. Maksiat dan dosa di sekeliling buat tak nampak dan tak kisah tetapi apabila ada orang nak buat ibadah dan kebajikan dipandang serong.

langkah Tuan Guru saya kira tepat dan wajar untuk mengelakkan pihak musuh terus membawa cerita dan menabur fitnah setelah isu pemergian haji beliau pada tahun ini telah disensasikan. Ternyata kepentingan jemaah lebih didahulukan dalam isu yang berlaku.Saya yakin persiapan telah dilakukan oleh Tuan Guru untuk mengerjakan ibadah Haji. Saya mendoakan agar Tuan Guru dipanjangkan umur untuk menjadi tetamu Allah pada masa akan datang.

9 comments:

Anonymous said...

Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

10 November 2009 06:18

Jati Diri said...

i. Sebab nampak kemungkaran la kita orang tegur;

ii. Bila ada kemungkaran ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kepada Najib Tun Razak dan juga kepada Nik Aziz. Kedua-duanya tidak maksum;

iii. Penajaan yang dibuat oleh syarikat itu jelas rasuah. Apa penjelasan saudara tentang penajaan itu kalau bukan rasuah?;

iv. Kalau Nik Aziz yakin sangat yang ianya bukan rasuah, tak payah lah batal nak ke Mekah. Pergi sahaja la. Kalau tak salah takkan rasa takut.

v. Bila dah batal tentulah rasa takut.

vi. Janganlah terbalikkan keadaan itu dengan terus menuduh orang lain yang salah.

Unknown said...

mudah-mudahan panjang umur dan sihat walafiat gak

mn said...

Inilah yang dikatakan "Rakyat didahulukan...Haji boleh ditanggohkan"

Bila teguran diterima, maka kesalahan boleh diperbaiki.

Masalah besar yang melanda Parti Melayu Quraish(UMNO) ialah Pemimpin2 mereka tidak mahu menerima teguran rakyat

Sebal said...

Salam, gue memang setuju TGNA , Batalkan pergi Haji..sebab benda sunat aje utk TGNA..and suruh aje yang mau TGNA buat Badal HAJI..bagi ke org lain..gue pun mau juga..

Anonymous said...

sori ya tuan puan semua. anda tak tahu langsung siapa yang taja tu

org panggil dia din tebolah. dia ngan nik aziz dah macam keluarga, rapat sgt

dia dah berjaya dalam perniagaan masa nik aziz masih jadi pembangkang lagi, belum jd mb

salah ke anak taja bapak g haji.

yg penting skrg ni sape munafik dalam kerajaan negeri yang dengki sgt sam[ai cetus fitnah macam ni? dia jeles ke sbb tak ditaja sama, atau dia kemaruk sgt jd mb so bila tak dapat dia pun mula sabotaj nik aziz

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sampai hati kau orang buat TG Nik Aziz menangis .Apa salah kalau ada orang atau syarikat berniat/bernazar untuk TG Nik Aziz mengerjakan Haji .Manusia dah lupa perihal keberkatan untuk rezeki yang halal dalam perniagaan .Tak kan rezeki yang diperolehi oleh perseorangan atau syarikat tak boleh di sedekahkan . Tak kan rezeki (duit keutungan ) nak di sedekahkan kat Khir Toyo untuk pergi "LAWATAN" ke DISNEY LAND . Bodoh betul puak2 celaka ni. Mati tak nak buat susahkan orang yang nak buat amal kebaikkan.Kalau macam ni , saya turut bersalah kerana menaja kedua orang tua dan kedua mentua saya pergi menunaikan haji dengan mengunakan keuntungan wang syarikat . Harus kah saya perlu mohon maaf kepada kedau orang tua saya dan kedua mentua saya?????????????????.Mufti Perak tolong komen sikit tentang tajaan saya ini dari perepsi hukum Islam . Sah ke tidak pergi Haji mengunakan wang keuntungan syarikat. Untuk komentar si SEBAL n JATI , kau rasa lu orang ni memang jenis suka tengok n tuduh atau fitnah sesama ISLAM .LU orang ni memang jenis bagsat punya kaki.

Jati Diri said...

Haji Jamaludin,

i. Bahasa tuan tidak melambangkan orang yang telah bergelar haji. Bunyinya macam mat rempit bercakap sahaja bila guna perkataan bangsat itu;

ii. Kalau mufti Perak kata ianya rasuah bagaimana?

iii. Walaupun anak sendiri yang beri, ianya tetap dikaitkan dengan kontrak yang diberikan;

iv. Kontrak itu sendiri boleh dipertikaikan. Menantu yang report kepada ayah mertua, beri kontrak kepada "anak" ayah mertua. Ini KRONI ni. Nak menghabiskan harta negeri kepada anak beranak.

Cikgu Basri said...

dedahkan sapa yang menjadi dalang kepada isu penajaan TGNA ke mekah.Orang macam ni kalau dia dalam pas harap kelaur saja dan masuk parti UMNO saja