11 September 2009

MAHLIGAI DI PARLIMEN PEKAN :RAKYAT DIDAHULUKAN...


Gambar ini bukan diambil dari parlimen atau Dun yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Gambar ini adalah rumah seorang rakyat dalam parlimen yang wakilnya adalah Perdana Menteri 1Malaysia di Parlimen Pekan.

Apa yang lebih menyedihkan Mohamad Hassan, 62 yang tinggal di Kampung Peramu pinggir sungai Pahang hanya mampu berbuka puasa dengan air masak sahaja kerana tidak ada juadah untuk dijamah. Juadah berbuka dengan nasi berlauk ayam atau daging mungkin satu hidangan impian kepada dia kerana jika dapat makan nasi sekali pun, ia tidak lebih sekadar berlauk ikan yang ditangkap sendiri atau pemberian orang ramai.

Keperitan dan kemalaratan hidup itu telah dilalui lebih 20 tahun lalu tetapi kesempitan dan kemiskinannya tidak pernah menjadi penghalang untuk meninggalkan ibadah puasa.

3 comments:

Anonymous said...

Ya Allah kasihanye.... semuga PM turun membantu...

Anonymous said...

Apa nak susah bulan puasa ni, gi berbuka di surau dan masjid.

dulu Umno said...

Apalah Anonymous 2.23 pm bulan puasa boleh le gi masjid bulan tak puasa? Minum air kolah masjid?