18 November 2008

SEJAK BILA UMNO PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU?-MALAYSIAKINI

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Umno yang selama ini mendakwa menjadi teras ketuanan Melayu perlu cermin-cerminkan diri mereka dahulu.

Umno menjaga ketuanan Melayu? Inilah buktinya:

1.Pemimpin Umno meminta agar ekuiti 30% bumiputera dalam DEB dikaji semula.
2.Jenayah dan masalah moral di kalangan Melayu melebihi 70% berbanding kaum lain
3.Mengutamakan bahasa Inggeris dalam PPSMI(Pembelajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris)
4.MRSM dan matrikulasi dibuka kepada bukan bumiputera.
5.Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar hampir kesemua IPTA awam.
6.Tanah milik melayu terutama di bandar-bandar semakin menyusut-seperti yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar-tanah Melayu diambil dan dijual kepada warga Singapura.Ini akan berlaku juga di wilayah/koridor ekonomi di tempat lain.
7.Parti yang banyak mengamalkan budaya rasuah dan politik wang( Maklumat dari Umno sendiri terdapat lebih 900 aduan politik wang dalam pemilihan baru-baru ini).
8.Biasiswa kepada pelajar Melayu di Universiti dimansuhkan.
9.Dasar meritokrasi menyebabkan pelajar melayu terus ketinggalan
10.Berpuluh ribu graduan Melayu terpaksa menganggur di seluruh negara.

Ketuanan Melayu hanyalah momokan dan retorik mainan Umno semata-mata. Dalam Islam tidak ada ketuanan Melayu sebaliknya Islam fokus kepada semua tanpa mengira warna kulit, bangsa dan rupa.

Ini jelas seperti apa yang dinyatakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri besar merangkap Mursyidul Am Pas semalam.

Tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa dalam Islam.

Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

5 comments:

Anonymous said...

saudara pengarang,
rasanya kamu juga serupa dgn orang UMNO.
Kata Islam itu universal, Islam itu tidak kira bangsa.
tetapi kenapa saudara membantal yg berikut? (dalam karangan saudara di atas)

1.Pemimpin Umno meminta agar ekuiti 30% bumiputera dalam DEB dikaji semula.

4.MRSM dan matrikulasi dibuka kepada bukan bumiputera.

8.Biasiswa kepada pelajar Melayu di Universiti dimansuhkan.

9.Dasar meritokrasi menyebabkan pelajar melayu terus ketinggalan

Bukan baru selesai cakap Islam tidak kira bangsa?

Sudahlah. Kalau racist itu mengakulah. Buat terang2 seperti UMNO. jangan sorok di belakang Islam tetapi bikin tak serupa cakap.

Tidak merasa bersalahkah dalam hati? masa melaung-laungkan nilai2 Islam yang universal tapi tidak menghayati apa yg dicakap?

Untuk renungan saudara.

Anonymous said...

Memang tidak dinafikan bahawa Islam itu universal. Ia untuk semua umat manusia tanpa mengira bangsa dan pangkat. Tapi artikel penulis juga mempertikaikan hak Melayu. Ada sedikit pelik. Walau bagaimanapun, di Malaysia, ada keunikan sedikit iaitu Melayu adalah penduduk majoriti. Melayu sepatutnya Islam tapi Islam bukan Melayu. Disinilah uniknya kerana sudah menjadi tradisi bahawa Melayu mesti Islam. Jadi, tiada salahnya jika ketuannan Melayu dipertahnkan disamping mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Malaysia...

Anonymous said...

saudara Samad,
kamu ini benar-benar keliru kah? atau sengaja buat tidak tahu?

Apa pekaitan dgn "ketuanan melayu" dgn Islam?
Kalau Islam seperti yg dikatakan Tok Guru tidak kira bangsa, apakah kena-mengena "ketuanan Melayu" dgn nilai univesal Islam?

kenapa majority harus dipertahankan?

mungkin ini adalah system pendidikan UMNO yg telah begitu mendalam sehingga saudara Samad sendiri tidak sedar bahwa kedua-duanya konsep (Ketuanan Melayu dan Islam) saling contradictory antara satu sama yg lain

Anonymous said...

Cheh sudah laaaaa
kalo pembangkang mentadbir negara pn tetap akan jadi cam UMNO gakkk
same2 kemaruk duittttt
kata sane kata sini, macam la korg tu bagus sangat....
Kalo bagus nape byak tanah di perak jatuh kat tangan orang cinaa
BODOHHHHH

Anonymous said...

pembaca boleh menilai perwatakan orang umno seperti ononymous(9.02 am ). tak pelik pemimpin dia pun macam tu. bapak borek anak berbintik2.kaki songlap duit macam md taib , kaki raba macam jamaludin jarjis, kaki betina macam rahim tamby chik, kaki samseng macam adnan yaakub, kaki pompuan monggolia macam Na...,