30 May 2011

UMNO TAWAR PAS JAWATAN MENTERI NIKAH KAHWIN?

Semakin hampir pilihanraya macam-macam perang saraf yang cuba dilakukan oleh Umno. Terbaru pendedahan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno berjumpa dengan beliau beberapa kali untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Nampak sangat Umno sudah cukup terdesak dan gila talak. Sebelum ini Umno cubaan menyunting DAP tidak dilayan. Bukan sekadar bertepuk sebelah tangan tetapi umpama pungguk rindukan bulan.

Sudah acap kali Umno cuba memujuk rayu agar Pas menerima tawaran pinangan mereka. Seolah-olah Umno lupa bahawa Pas telah dikhianati sejak 1978. Malah sehingga kini Umno tidak henti-henti menabur fitnah dan menyerang Pas.

Tawaran tiga jawatan menteri kepada Pas seperti yang didedahkan oleh YAB Tuan Guru seolah-olah ingin menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kononnya demi perpaduan Melayu.

Persoalanya apakah tiga jawatan menteri yang ingin ditawarkan kepada Pas? Adakah Umno akan ambil kuota dari MCA, MIC dan Gerakan? Adakah Umno berani menarik semula jawatan menteri ahli parlimen parti komponen Sabah dan Sarawak? Mungkinkah juga ada menteri Umno yang akan korbankan jawatan mereka? Siapa menteri yang sanggup berkorban itu? Jawapannya tak ada! Pilihan yang yang ada Umno wujudkan jawatan menteri baru yang tak perlu dan tak penting antara jawatan yang sesuai ialah Menteri Nikah Kahwin, Menteri audio video ( hitam putih ) dan Menteri Ukur Jalan!

3 comments:

Anonymous said...

Tawaran UMNO:
Menteri Agama - Hadi Awang
Menteri Alam Sekitar - Nasaruddin
Menteri Kebudayaan - Mustafa Ali

Kalau tak percaya para Perwakilan boleh tanya Nasaruddin dalam Muktamar akan datang.

Anonymous said...

ni la .....jawatan menteri yg pas dpt kalu joint umprono....syukur bijaksana tg nik aziz....harap hadi awang dgn cikgu pa dan wak asan selangor tu...hehe hacus pas....podho goblok wong telu kiii...

Anonymous said...

taktik umno untok menjatuhkan pas dengan cara terhormat seperti mana berlaku pada 1969 dulu,
apabila pas bersatu dgn umno maka penyokong pas akan berpecah sebahgian akan bersama dgn pas dan sbhg lagi akan tetap dgn pr dan penyokong pas akan berkurangan dari masa kemasa apabila ini berlaku umno akan tendang keluar pas dari umno ketika itu pas akan kembali seperti 1974 kalau perkara ini berlaku maka pas tidak akan dipercayai lagi oleh setiap orag islam negara ini.