05 July 2011

MUNGKIN LEPAS NI POLIS AKAN JUMPA BOM C4, PELANCAR ROKET UNTUK DIKAITKAN DENGAN BERSIH!

Mesej berita ini jelas, BERSIH adalah kumpulan pengganas, BERSIH adalah komunis, BERSIH nak menderhaka kepada DYMM Agong dan 1001 lagi tuduhan boleh dilakukan terhadap BERSIH.

Mudah je, semua ini mungkin dengan tujuan nak menghalalkan apa juga tindakan yang bakal diambil. Jika sebelum ini beratus-beratus orang telah digertak dan ditangkap mungkin tidak lama lagi tiba giliran pimpinan atasan BERSIH dan Pakatan Rakyat untuk ditangkap atau dikenakan tindakan yang lebih keras.

Mengapa pihak Bersih yang ditunding jari apabila ada rampasan seperti ini? Sesiapa sahaja boleh melakukan provokasi malah tidak mustahil jika dilakukan oleh pihak yang tidak senang serta cuba menggagalkan cita-cita BERSIH.Malah banyak stok baju BERSIH sekarang berada dalam simpanan pihak polis. Mengapa hanya barang rampasan sahaja yang ditemui dan tidak ada tangkapan yang dibuat? Penemuan barang rampasan di belakang pasaraya SOGO itu ibarat seorang pencuri yang selesai melakukan rompakan kemudian meninggalkan barang rompakannya beserta dengan IC dan alamat supaya senang ditangkap polis!

Saya yakin, berdasarkan perkembangan semasa di pihak pimpinan atasan Umno/BN dan yang sewaktu dengannya sebenarnya amat berharap BERSIH meneruskan demontrasi yang dirancang pada 9 Julai ini. Mereka berharap tidak ada 'kejutan' pembatatalan Himpunan Bersih yang akan diumumkan selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari esok. Mereka amat berharap BERSIH meneruskan apa dirancang supaya tuduhan baru seperti militan, pengganas dan penderhaka kepada DYMM Agong akan menjadi siulan terbaru mereka.

Walau apa sekali pun keputusan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat esok, saya harap semua ahli dan penyokong menggambil tindakan berhati-hati kerana di pihak Umno/BN sedang merancang OPERASI SAPU BERSIH!

4 comments:

Anonymous said...

bkn itu je!AK47,kreta kebal,bazooka,rocket launcher,bom tngn dan bnyk lg.psal apa yg dia org jmpa tu mna ckup bro!itu utk tk smpai 50 org sdg kn yg nk hadir rmai.phak pdrm kna cari lg tu,msh ada lg.jet,heli dn kpal slam pun ada tu!

Anonymous said...

Bukan tu je... jet tanpa enjin dan pelampung dari Perancis pun akan muncul dikatakan kepunyaan Bersih.

Anonymous said...

wa rasa lepas puak2 dajal ni jumpa barang yg dikatakan utk Bersih, last day sure depa akan jumpa pejuang2 Libya,Mesir,Syria,Hamas hatta pejuang Mujahideen kat tepi2 bangunan stadium atau pasaraya Sogo..depa akan claim pejuang2 ni dihantar oleh BERSIH...orang bodoh jer percaya parang tu diletak oleh mereka yg dtg nak berhimpun secara aman... kes adik aminurrashid ada parang, berapa byk kes mati yg polis jumpa parang? nak serupa jer bentuk dia...ingat ni citer Bollywood ker???

otaklunyai said...

macam2 bakal ada... habih semua stock lama dlm stor tu bawak keluar.. kondom pon ada... kapal selam, enjin jet pon ada... sume bole meletup...