Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan bimbang. Ternyata telahan saya berasas apabila satu persatu tembelang 'keikhlasan' kerajaan mendaftar pendatang tanpa izin terbongkar.
Sepantas membuat mee segera, pendatang tanpa izin di negara ini boleh mendapat status penduduk tetap sebelah pagi dan menjadi warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di sebelah petang!
Cuba bayangkan apa yang berlaku kepada negara ini jika penipuan dan konspirasi ini tidak terbongkar? Maruah dan keselamatan negara ini terancam dan berada di ambang bahaya. Hanya kerana takut hilang kuasa Umno/BN sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengadai dan memperjudikan nasib dan maruah negara. Adakah ini yang dimaksudkan oleh pemimpin atasan Umno tidak lama dulu bahawa akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya?
Hari ini pihak SPR cuba lepas tangan dengan menunding jari kepada kesilapan Jabatan Pendaftran Negara yang menjadi punca kekalutan yang berlaku. Patutlah Umno/BN cukup takut dengan BERSIH 2.0 kerana mereka kini sedang bergelumang dengan tangan-tangan terpalit najis untuk memporak perandakan negara ini.
Episod Projek IC untuk pendatang tanpa izin ini mengulang taktik kotor projek IC untuk pendatang tanpa izin di Sabah yang pernah mengemparkan negara satu ketika dahulu.
Saya sebagai rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan sama sekali pada kerajaan yang ada. Harapkan pagar pagar makan padi! Saya berharap DYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong yang menjadi benteng terakhir negara ini agar campur tangan supaya malapetaka seterusnya tidak berlaku kepada negara ini. Langkah awal sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi di negara ini

2 comments:
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha berkuasa. Diatas segala sifat Rahim MU dan kegagahan MU aku memohon agar negara kami dan rakyat yang tidak berdosa dilindungi dari fitnah dan kezaliman pemimpin2 kami yang zalim dan jahat ini dan mereka yag bersubahat menjayakan kejahatan ini. Sesungguhnya kami tidak berdaya melawan kezaliman dan kejahatan mereka yg disokong oleh penguasa yang zalim. Diatas keberkatan bulan yang mulia ini dan diatas ibadah puasa yang kami lakukan hanya kerana MU Ya Allah Kami memohon kepada MU Ya Allah supaya ditukarkan kerajaan ini dan pemimpin2 ini dgn mereka yang lebih baik yang akan membawa kepada keadilan dan kemakmuran agar dapat kami kyushuk dan tawadduk berinadat kepada Mu Ya Allah. Ya Allah Tuhan yg maha Menghukum, hukumilah pemimpin2 yg zalim ini dan mereka yang bersubahat melakukan pengkhianatan ini supaya menjadi pengajaran.
Hanya kepadaMu lah sebaik2 tempat kami berlindung... Amin Ya Rabbal Alamin
nak tambah rakyat, carilah rakyat yang berkualiti, jangan pakai sumbat je. ini yang merendahkan martabat rakyat. kalau yang ada unsuran kejawen semua dibawa masuk, bimbang amalan kejawen menjadi-jadi, amalan nasi tumpeng pun menjadi-jadi kerana ia dianggap sakral untuk pemujaan. entah-entah suatu ketika nanti tari penjet pun ada lagi. dulu kecoh barongan di johor. lepas dari arah selatan, dibawa dari mynmar dan bangla pula. majmuknya masyarakat kita bukan faktor apa, tetapi murah hatinya para pegawai JPN dan SPR untuk menyedapkan hati pemimpin atas UMNO.
Post a Comment