Petua menangani rasa gemuruh dalam pengucapan awam ( Ceramah, pidato dll… )
- Menyelesaikan hal – hal diri sebelum memulakan ucapan ( ke tandas, makan minum dll )
- Datang lebih awal sebelum sesi bermula ( bersalam dan berkenalan dengan VIP, audien yang hadir )
- Lihatkan keyakinan anda ( penampilan diri ,gaya bercakap, cara berdiri,cara duduk dan cara berjalan dll…)
- Tekadkan melakukan yang terbaik ( walau bagaimanapun anda kena mengakui bahawa setiap orang tidak sempurna ).Kebiasaannya kita merasa gemuruh apabila meletakan harapan kerana ingin membuat penampilan / penyampaian yang terbaik ( Ini akan member tekanan kepada anda ) Kita tidak akan dapat berfikir dan berkomunikasi dengan baik kalau kita berada dalam tekanan.
- Elakkan member penghormatan yang terlalu tinggi pada auiden atau VIP yang hadir ( Ini menyebabkan anda merasa rendah diri )- beritahu pada diri anda bahawa majlis ini ialah majlis perkongsian ilmu dan pengalaman.
- Analisis dan dapatkan maklumat siapa audien anda (untuk disesuaikan dengan gaya ucapan )
- Bagi yang beragama Islam – sebelum ucapan ( berselawat pada Nabi SAW dan amalkan zikir-zikir ) lakukan di dalam hati tanpa menggerakkan bibir.
- Semasa memulakan ucapan – memberi salam, dan memanjatkan puji –pujian kepada Allah SWT, Nabi SAW…selitkan dengan petikan ayat Al Quran berkaitan ( jika relevan ) dengan isi ucapan.
- Mulakan dengan terimakasih – kepada pengacara majlis
- Gaya tersendiri
- Adakan hubungan dengan audiens (repo, bertanya khabar atau bertanya soalan yang berkaitan ) wujudkan komunikasi atau interaksi dua hala.Misalnya Tanya pada pandangan dan perkongsian pengalaman.
- Tunjukkan Senyuman, ceria
- Mulakan ucapan tanpa memandang nota ( nota hanya catatan ringkas- cadangan isi-isi utama, cerita atau unsur lucu yang anda ingin selitkan )
- Perkenalkan diri, kumpulan
- Nyatakan perasaan, harapan dan jangkaan terhadap pendengar
- Kurangkan Komunikasi sehala – ( cadangan – tayangan video klip, slide, lagu yang berkaitan )
- Di antara cadangan lain – banyakkan latihan asertif seperti bercakap di hadapan cermin atau meminta orang lain mendengar dan memberi pandangan tentang gaya ucapan kita )
- Penting !!!! Elakkan membuat persiapan saat akhir…
No comments:
Post a Comment