Kegawatan politik dan ekonomi serta sosial ekoran kenaikan harga minyak semakin dirasai. Petunjuk ini berdasarkan perkembangan politik terkini Negara. Pelbagai pihak sama ada dari pihak pemerintah dan Pakatan Rakyat mulah melahirkan pelbagai luahan dan pandangan serta protes manifestasi tekanan hidup yang melanda. Khabar angin kuat melanda bahawa pada petang ini ada 'Tsunami ke 2' melanda politik Negara, sama – samalah kita nantikan kesahihan berita ini. Sila layari blog ini http://zul4kulim.blogspot.com/ untuk berita lanjut.
Dalam dunia pendidikan kegawatan yang berlaku turut dirasai. Pekeliling terbaru dari Kementerian telah menggariskan beberapa dasar yang sebelum ini menjadi amalan. Di antaranya semua kursus, mesyuarat, seminar dan apa juga aktiviti perlu dilaksanakan di premis milik kerajaan sahaja, tidak lagi dibenarkan dibuat di hotel, resort atau pusat peranginan. Banyak juga projek – projek mega kementerian Pelajaran yang ditangguhkan buat sementara waktu. Rujuk Berita Harian edisi cetak atau online hari ini:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080621004249/Article/index_html
Berita terbaru mungkin akan datang guru pelatih yang baru mendaftar di Institiut Perguruan ( IPG ) pada masa akan datang tidak lagi dibayar elaun seperti yang dinikmati sekarang sebaliknya digantikan dengan pinjaman perjanjian boleh ubah ( Hanya mereka yang memperolehi CGPA 2.75 ke atas sahaja yang tidak perlu menjelaskan pinjaman ) serta pelbagai lagi langkah serta dasar berjimat cermat yang akan diumumkan dari masa ke semasa.
Bagi saya, saya bersetuju dengan semua langkah ini sebagai rakyat yang turut sama merasai tempias kenaikan harga minyak dan inflasi Negara . Tetapi bagaimana dengan projek – projek yang lain seperti tajaan kepada pasukan Sauber Petronas dalam Formula One yang mencecah billion ringgit, penganjuran Formula 1 di Sepang Circuit saban tahun, pembelian jet peribadi, pembinaan istana dan rumah mewah ala artis Hollwood, penganjuran majlis- majlis secara membazir, pembinaan Masjid Kristal untuk tatapan @ pelancong yang bernilai ratusan juta ringgit, bayaran gaji CEO TNB yang ura – ura nak dinaikkan 100 % sila rujuk
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15226&Itemid=50
(Sedangkan pada masa yang sama bermula 1 Julai tariff letrik bagi mereka yang menggunakan melebihi RM 43 akan dinaikkan hampir 20 % ) serta banyak lagi. Saya sering berkata pada rakan – rakan yang 'naik minyak' ekoran kenaikan harga minyak ,saya dapat menerima kenaikan harga minyak di Malaysia walaupun mencecah berapa ringgit sekalipun kalau ia disebabkan isu global yang tak dapat dielakkan. Tetapi apa yang berlaku mereka yang duduk di atas menyuruh rakyat di bawah berjimat dan ubah gaya hidup, sebaliknya mereka yang duduk di atas perlu menjadi contoh bukan sekadar membuat 'pengorbanan kecil' tetapi ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung
1 comment:
harga minyak naik...
harga barang semua naik...
semua nak naik harga...
tapi satu je yg sedia turun..
tak naik-naik...
hahahhaha.....
tau x apa dia????????
HUJAN.....
hujan akan tetap turun tak naik-naik...
waAllahhualam...
Post a Comment