29 October 2008

JAMBATAN NAK ROBOH UNTUK RAKYAT, JAMBATAN CANGGIH UNTUK PELANCONG


Dalam posting semalam saya ada menyiarkan bahawa kerajaan Negeri Melaka bakal merobohkan jambatan-jambatan yang merentangi sungai Melaka bagi membolehkan bot pelancong yang lebih besar melalui di bawah jambatan baru itu nanti. Projek yang dijangka menelan kos puluhan juta ringgit sebahagian daripada pakej projek pengindahan sungai Melaka bagi menarik lebih banyak pelancong ke Melaka.

Dalam keghairahan menyediakan infrastruktur jambatan baru untuk pelancong, rakyat di negeri sendiri berdepan risiko setiap hari menggunakan jambatan usang di kampung Sungai Limau Masjid Tanah Melaka dalam menjalani kehidupan harian. Ibarat kata pepatah Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Seingat saya kos 7 jambatan itu ialah 300 juta.

atau erti kata lain, 0.3 bilion.


nanti saya cari sumber yg mengatakan kos dia 300 juta.

tapi kalua tak salah, sumber dari blog umno sendiri

armouris said...

biasa la tu peruntukan parlimen dan DUN masuk poket...

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com