26 October 2008

SELAMAT DATANG DATUK SHAH RUKH KHAN


Hari Rabu ini ( 29 Oktober 2008), Shah Rukh Khan artis Bollywood yang banyak menabur jasa kepada bumi Melaka akan menerima Darjah Gemilang Seri Melaka ( DGSM ) yang membawa gelaran Datuk.

Rakyat Melaka wajib berbangga dengan kesudian tokoh berkenaan untuk menerima anugerah berkenaan walaupun pada awalnya dia sendiri terkejut dengan anugerah yang bakal diterima.

Memandangkan jasanya yang tidak terhingga kepada bumi Melaka ini berbanding tokoh-tokoh lain yang tak layak dapat anugerah Datuk, marilah kita beramai-ramai berkumpul dan berbaris sepanjang jalan menuju ke Istana Melaka sebagai menghargai sumbangan yang tidak terkira Datuk Shah Rukh Khan kepada negeri ini.

Andai kata,Datuk Shah Rukh Khan tidak membuat filemnya di Melaka maka sudah pasti terjejas teruk industri pelancongan di Melaka terutama dalam menarik kehadiran pelancong dari bumi kelahiran Datuk Shah Rukh Khan.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang , anda tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri Melaka sedang berusaha untuk mengadakan majlis gilang gemilang itu secara langsung di kaca TV anda. Tahniah pada Datuk Shah Rukh Khan dan Takziah pada orang Melaka !

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..kenpa kita nak berbangga dengan kehadiran Shah Rukh Khan??saya pelik tapi itulah hakikatnya sekarang..Artis disanjung tinggi berbanding para ulama.