08 November 2008

ALI RUSTAM LAYAK BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN:MELAKA BAKAL DAPAT KETUA MENTERI BARU?-MALAYSIAKINI


Ali Rustam telah layak bertanding jawatan timbalan presiden apabila mendapat pencalonan ke 39 dari Umno Bahagian Ketereh.Ini bermakna beliau akan berentap dengan Muhyiddin Yassin yang telah awal-awal lagi layak bertanding jawatan nombor dua dalam Umno. Sehingga kini Ali Ali Rustam telah mendapat 38 pencalonan kurang satu dari kuota yang diperlukan. Seorang lagi calon, Md. Taib yang mendapat 33 pencalonan turut dijangka tidak menghadapi masalah untuk layak.

Kemaraan Ali Rustam telah dijangka sejak awal-awal lagi berdasarkan sokongan yang diterimanya akhir-akhir ini. Mungkinkah sekali lagi anak Melaka akan menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri selepas Allahyarham Tun Ghaffar Baba?

Sebelah kaki Ali Rustam sudah pun berada di Putrajaya hanya menunggu masa sahaja untuk mengesahkannya pada Mac nanti.Beliau dijangka akan memberi tentangan sengit kepada Muhyyidin dan Md. Taib dalam pertarungan bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin telah mula menerima balasan atas 'keceluparannya' mengkritik proses peralihan kuasa.Pak Lah secara terbuka meluahkan perasaan terkilan kepada Mahyuddin yang bersikap seperti kacang melupakan kulit.

Ali Rustam dilihat sebagai gandingan yang sesuai Najib untuk menerajui Umno dan negara berdasarkan sikap Ali Rustam yang lebih setia dan tidak melawan arus berbanding Muhyiddin yang dianggap vokal dan cuba membawa reformasi dalam Umno.

Isu kenegerian juga menyumbang kepada peluang dan potensi Ali Rustam untuk mengisi jawatan nombor dua dalam Umno. Sehingga hari ini, selain Muhyiddin, Hishamuddin, Khaled Nordin, Syed Hamid Albar semuanya dari negeri Johor mendominasi pencalonan jawatan timbalan dan naib presiden Umno dan perkara ini menimbulkan perasaan kurang senang perwakilan dari negeri lain.Ini memberikan kelebihan kepada Ali Rustam untuk mendapat sokongan semasa pemilihan Umno pada tahun hadapan.

Kemaraan Ali Rustam bermakna, Melaka bakal mendapat Ketua Menteri baru. Ini kerana secara tradisi jawatan timbalan presiden akan memegang jawatan timbalan perdana menteri. Justeru itu Ali Rustam perlu melepaskan kerusi dun Bukit Baru yang dimenangi dan juga jawatan ketua menteri yang disandang sekarang untuk bertanding di peringkat parlimen atau dilantik sebagai senator.

1 comment:

fikirsokmo said...

Ali Rustam Dato Shah Rukh Khan mana bole jadi PM.... menyusahkan je nanti...

lihat link berikut:
http://novandri.blogspot.com/2008/11/ali-rustam-mohd-taib-tidak-boleh-jadi.html

Jika kita merujuk Perkara 43, Perlembagaan, Perdana Menteri yang akan dilantik mestilah seorang ahli Dewan Rakyat.

DS Ali Rustam merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.

TS Mohd Taid ialah seorang senator.

Makanya, kedua-duanya tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri jika apa-apa terjadi kepada Perdana Menteri kelak.

Memang benar terdapat prosedur lain untuk melayakkan mereka menjadi ahli Dewan Rakyat tetapi ianya akan menyebabkan berlakunya pilihanraya kecil (yang tidak diperlukan dan membazir wang rakyat), seorang ahli Dewan Rakyat terpaksa di'korban'kan dan beliau itu tidak pasti lagi boleh menang atau tidak.


Perkara 43 : Jemaah Menteri.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
------------------------

CANTIK.. JELAS & NYATA.

SO... PARA G6 & G7 AMATI ARTIKEL INI SEBAGAI PANDUAN UNTUK MENGUNDI PADA MAC NANTI.

ITU PUN KALAU DUA CALON TIMBALAN PRESIDEN INI LEPAS LA.

BAGI BAHAGIAN YANG BELUM MESYUARAT AMBIL ARTIKEL NI SEBAGAI RUJUKAN, KERANA JIKA KITA MECALONKAN PEMIMPIN YANG BUKAN DIKALANGAN AHLI DEWAN RAKYAT, INI AKAN MENYUSAHKAN & MERUMITKAN KEADAAN. AT LIST KALAU DIA ORANG TAK CUKUP PENCALONAN.. SENANG KERJA SIKIT. KITA PERLU TUMPUKAN AGENDA & AMANAT YANG AKAR UMBI BERIKAN.

ANDAI KATA JIKA TAKDIRKAN 2 ORANG CALON TIM PRESIDEN YANG BUKAN DIKALANGAN AHLI DEWAN RAKYAT & SALAH SEORANG MEREKA LEPAS PENCALONAN & MENANG. KITA PERLU MENGADAKAN PILIHANRANYA KECIL..

SIAPAKAH DIKALANGAN AHLI PARLIMEN YANG SANGGUP MEGOSONGKAN KERUSI PARLIMENNYA DEMI UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA ALI @ MAT TAIB JIKA SALAH SEORANG DARI MEREKA MENANG.

INI BUKAN SAJA AKAN MENGHABISKAN DUIT RAKYAT UNTUK MENGADAKAN PILIHANRAYA KECIL TETAPI MALAH AKAN MEYUSAHKAN JENTERA-JENTERA PILIHANRAYA BN KHUSUSNYA UMNO.

AKAN TETAPI JIKA PILIHANRAYA KECIL TETAP DIADAKAN JUGA & DITAKDIRKAN KALAH PILIHANRAYA KECIL NI PULAK, BERAPA PUNYA MASALAH AKAN TIMBUL.

DAH BELANJA PILAHANRAYA KECIL BERJUTA2 RINGGIT, HILANG KERUSI PULAK. BERAPA BANYAK PUNYA SIAL LA.

ADALAH LEBIH BAIK, KITA PILIH YANG MANA MUDAH & TAK MENYUSAKAN SUDAH LA...

APA KURANGNYA MUHYIDDIN YASIN. DIA PUN SEORANG PEJUANG YANG BERANI LANTANG BERSUARA SERTA MEMPUNYAI VISI & MISI TERSENDIRI.

ALI & MAT TAIB BUKAN TAK BAGUS TETAPI JIKA SALAH SEORANG MEREKA MEMENANGI KERUSI TIMBALAN PRESIDEN, MEREKA AKAN MENYUSAHKAN KITA.

FIKIR-FIKIRKAN

HASRI

................................

http://novandri.blogspot.com/2008/10/beli-undi-untuk-cukup-kuota.html

Apakah benar terdapat satu gerakan sulit di dalam UMNO yang mahu 'membeli' sebanyak mungkin bahagian UMNO yang belum bermesyuarat?

Hanya tinggal 86 bahagian UMNO yang belum mengadakan mesyuarat.

Undi pula dibeli untuk memastikan sesetengah pemimpin UMNO berjaya melepasi kuota dan layak dicalonkan pada bulan Mac 2009 kelak.

Isu ini sedang hangat diperkatakan terutamanya apabila berlaku perkara-perkara yang 'pelik' di beberapa mesyuarat bahagian UMNO.

Dan kini wakil-wakil pula mempunyai persepsi yang salah iaitu mereka tidak kan berfikir panjang untuk menerima sebarang habuan daripada agen-agen pemimpin-pemimpin tersebut dengan alasan pemimpin yang seorang lagi telah cukup undinya.

Manakala terdapat desas-desus bahawa pemimpin itu juga akan cuba disekat daripada mengeluarkan kenyataan di dalam sebarang media. Dan pemfokusan media hanyalah kepada mempromosikan calon-calon yang belum cukup kuota itu.

Untuk diskusi bersama, adalah amat menyulitkan jentera kerajaan, UMNO dan BN jika salah satu daripada dua calon itu menang. Seorang merupakan ahli dewan negeri dan seorang lagi ialah senator.

Jika ditakdirkan Perdana Menteri baru sakit teruk atau meninggal, kedua-dua calon yang penulis katakan tadi akan bakal menghadapi kesulitan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri kerana status mereka hanya sebagai ADUNegeri dan senator.

Perdana Menteri perlu daripada kalangan ahli Parlimen (Member of Parliament) dan mereka itu bukan.

Makanya, hanya seorang sahaja daripada 3 calon yang benar-benar layak dari segi segalanya, ketokohannya, kebolehannya, kalibernya dan status beliau sebagai MP.