24 November 2008

FATWA YOGA :KEMBALI PADA ISLAM SEBENAR-Malaysiakini


Fatwa telah pun dikeluarkan, YOGA adalah haram kepada umat Islam. Berdasarkan amalan dalam senaman berkenaan yang mengandungi unsur mantera dan pemujaan yang dipengaruhi unsur hindunisme yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Walau bagaimanapun ibarat rumah dah siap tetapi pahat masih berbunyi. Apa yang ingin saya sentuh bukan berkaitan tentangan dari golongan anti Islam atau NGO bukan Islam tetapi masalah dari pelaksanaan fatwa ke seluruh negara yang untuk diwartakan.

Selangor masih lagi belu melaksanakan atas alasan belum mendapat restu atau perkenan dari sultan. Manakala sultan Perak mencadangkan supaya fatwa ini dirujuk kepada Majlis Raja-raja sebelu menerima pakai fatwa yang dikeluarkan.

Dalam hal ini jelas menunjukkan wujud ketidakselarasan dan sedikit kelemahan kepada hal ehwal yang berkaitan dengan masalah umat Islam di negara ini. Hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat adalah di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu. Oleh itu sejauh mana fatwa yang dikeluarkan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh melalui keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan?

Dalam hal ini sudah sampai masanya undang-undang berkaitan dengan Islam diselaraskan di negara ini supaya tidak wujud tafsiran yang berbeza di antara negeri. Sudah sampai masanya sistem perundangan Islam dilaksanakan di negara ini dengan berpandu kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang dituntut di dalam Al Quran dan hadis Nabi SAW.

Islam telah terbukti membawa keadilan dan kebaikan kepada semua.Inilah padahnya apabila sistem perundangan Islam di negara ini disempitkan pada skop yang terhad mengikut warisan penjajah. Implikasinya Islam berani dipersendakan oleh golongan bukan Islam dan mereka yang anti Islam di negara ini secara terbuka tanpa ada apa-apa tindakan.Justeru itu hanya Islam yang syumul sahaja yang mampu menyelamatkan ummah dan merungkai segala kekeliruan dan kepincangan. Islam mampu menyelesaikan semua masalah tanpa mengira kaum dan warna kulit sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi.

2 comments:

Anonymous said...

sekarang ini ada beberapa negeri yang ada masalah untuk mengimplementasikan fatwa yoga.

di Selangor,fatwa belum boleh lagi digunapakai kerana belum dirujuk kepada jawatankuasa Fatwa negeri Selangor.Perak pula harus mempersembahkan dulu fatwa secara rasmi kepada Sultan.

Mufti Perlis pula berpendapat amalan yoga tanpa unsur non-muslim perlu dibenarkan.

Anonymous said...

Saya rasa tiada masalah dengan pengharaman yoga. Ia perlu diikut dan tak perlu dipersoalkan. Sedangkan dalam Islam sendiri dah ada senaman sendiri iaitu solat lima waktu yang telah diiktiraf oleh beberapa pakar antarabangsa yang mengatakan solat adalah senaman terbaik bagi umat Islam.