26 November 2008

FORMULA MD. TAIB UNTUK HAPUS POLITIK WANG~Malaysiakini


Setelah sekian lama menyepi dari isu politik wang baru hari ini Tan Sri Muhammad Bin Md. Taib bersuara. Kemunculan beliau bukan bertujuan untuk menafikan tuduhan dan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau terlibat dengan politik tetapi untuk memberi formula bagaimana mengatasi masalah yang semakin membarah dalah Umno.

Formula beliau ialah memasuhkan sistem kuota dan pemilihan Umno kena kembali pada asal. Bagi beliau dengan satu atau dua pencalonan sudah memadai bagi calon ingin bertanding mana-mana jawatan dalam Umno.

Cadangan beliau seolah-olah macam mengesahkan bahawa sistem kuota yang dilaksanakan dalam Umno hari ini menjadi penyumbang kepada politik wang.Keadaan ini menyebabkan calon -calon tidak pilihan selain daripada 'terpaksa' tunduk untuk melakukan politik wang. Adakah Md. Taib juga terpaksa 'akur' dengan melakukan politik wang kerana sistem yang ada dalam Umno ini?. Sama ada Md. Taib terlibat atau tidak sama-samalah kita tunggu siasatan yang bakal dilakukan.

Orang ramai sudah pasti ingin tahu adakah pencalonan yang menggalakkan yang diterima oleh Md. Taib sebagai timbalan presiden umno adalah berpunca daripada politik wang. Kita masih menunggu siapakah kuasa ghaib yang dimaksudkan oleh Ruhanie Ahmad yang memberi undi kepada calon timbalan presiden yang bertanding.

3 comments:

Anonymous said...

macam tak sabar-sabar pulak aku nak tunggu hari pemilihan calon nanti.mungkin akan ada kejutan yang bakal kita saksikan pada hari itu nanti.

Anonymous said...

Tidak ada salahnya jika mana-mana pemimpin UMNO memberi pandangan atau cadangan atau cara untuk menghapuskan politik wang. Asalkan jangan hanya di mulut tapi pada hakikatnya mereka masih lagi terlibat dalam politik wang. Berubahlah. UMNO masih ada peluang untuk bangkit...

Anonymous said...

Rasanya formula ni bukan formula beliau. Dah ramai mencadangkan formula tersebut...