27 November 2008

MELAKA MAJU 2010:MASIH ADA RAKYAT TAK DAPAT BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK-Malaysiakini


Melaka maju 2010, slogan kepimpinan kerajaan negeri Melaka di bawah YAB Datuk Seri Ali Rustam. Kira-kira 2 tahun lagi jika tidak ada aral melintang Melaka akan mencapai status negeri maju.

Namun, dalam keghairahan Ali Rustam membangunkan sektor pembangunan dan pelancongan di negeri Melaka dengan peruntukan kos bernilai bilion ringgit masih ada rakyat di negeri Melaka yang hidup menderita dan merempat.

Begitulah yang berlaku pada lapan keluarga India di Jalan Dalong 1, Kampung Ganun di Alor Gajah Melaka. Mereka tidak merasa nikmat dan erti pembangunan walaupun telah 51 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.

Apa yang lebih mendukacitakan, mereka umpama bola yang disepak ke sana ke mari apabila mengajukan permohonan kepada pihak kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB).

Menurut seorang penduduk di situ, Kalaiariche Nagaratnam(gambar), pelbagai alasan diberikan oleh pihak berkenaan setiap kali permohonan diajukan oleh ibunya sejak 30 tahun lalu.Keadaan ini banyak menimbulkan kesulitan kepada mereka dan penduduk kampung lain untuk mendapatkan bekalan air bersih dengan mengali perigi. Keadaan itu bertambah menyeksakan setiap kali musim kemarau apabila air perigi kering kontang.

Masalah penduduk yang tidak merasai kemudahan air dan elektrik bukan cerita baru malah seorang jiran saya yang merupakan penghulu di sebuah mukim di Jasin menceritakan banyak lagi penduduk di kawasan beliau yang tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak kampung berkenaan wujud lagi.

Inilah yang menimbulkan kemusykilan dan tanda tanya adakah pihak kerajaan negeri tahu akan masalah ini atau hanya tutup sebelah mata dengan apa yang berlaku?

Justeru itu kepada Ali Rustam, dalam kesibukan berkempen untuk jawatan Timbalan Presiden Umno jenguk-jenguklah penduduk di kawasan pedalaman di Melaka yang masih lagi daif dan ketinggalan di sudut pembangunan.

Peruntukan berbilion ringgit untuk sektor pelancongan di Melaka gunakanlah juga untuk rakyat sendiri. Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri memajukan sektor pelancongan di Melaka umpama kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

3 comments:

Anonymous said...

bukan setakat Melaka sahaja ada perkara sebegini,negeri-negeri lain juga ada masalah sebegini.setiap negeri ada masalah kemiskinan tegar.

adakah semua kerajaan negeri menutup sebelah mata tentang hal ini ataupun masalah birokrasi yang menyebabkan hal ini berlaku?

masih banyak lagi tempat yang tiada bekalan air dan elektrik walaupun sudah 51 tahun kita merdeka.

Hamirdin b Ithnin said...

kat mana eh kg Ganun ni. Saya minat nak tengok la.

angkasanuri said...

sorrylah prof. lambat respon, saya baru balik bercuti. Kg. Ganun tak jauh dari kolam air panas kg gadek alor gajah.