05 November 2008

SETELAH TERUK DIKRITIK ALI RUSTAM TERPAKSA MINTA SHAH RUKH KHAN BUAT PENJELASAN - MALAYSIAKINI


Masih lagi tak habis cerita tentang Shah Rukh Khan (SRK).Dalam satu kenyataan dikeluarkan melalui agen pelakon popular itu, Shah Rukh Khan sendiri menyedari tentang isu tersebut yang hangat diperkatakan di negara ini, baru-baru ini. Namun, buat masa ini, dia enggan untuk memberikan sebarang komen.

Kritikan rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan gelaran Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan akan cuba dijelaskan sendiri oleh bintang Bollywood itu apabila dia berkunjung ke Melaka bagi acara penganugerahan itu pada 29 November ini.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai ini tidak menolak untuk memberikan pandangannya sendiri berhubung gelaran yang dianugerahkan kepadanya itu kelak.

Pelakon berusia 43 tahun itu dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Jadi yang ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober lalu.

Apa pasal pulak SRK yang kena buat penjelasan?Siapa dia yang hendak beri penjelasan dan mempertahankan gelaran yang diberi? Adakah SRK yang melobi untuk dapat gelaran Datuk tersebut sehingga terpaksa buat penjelasan untuk menjernihkan keadaan?Seolah-olah SRK yang tergila-gila untuk dapat gelaran ini.

Apa penjelasan yang akan dibuat oleh SRK nanti? Mungkin SRK akan memberitahu bahawa dia telah banyak menabur jasa dan mengharumkan nama Melaka seantero dunia. Meningkatkan jumlah pelancong berlipat kali ganda ke Melaka. Jasanya lebih besar berbanding semua seniman yang ada di Malaysia. Sumbangannya lebih besar daripada semua tokoh yang ada di Melaka. Lakonannya telah memberikan sumbangan dalam meningkatkan sahsiah khususnya golongan muda-mudi di negeri Melaka.

Inilah jadinya kalau pemimpin yang ada tidak boleh ditegur dan menerima pandangan dan nasihat orang lain. Walaupun perkara yang dilakukan tidak masuk akal atau tidak boleh diterima. Dalam hal ini, saya memuji sikap dan tindakan Menteri Besar Perak, Ir Datuk Nizar Jamaludin yang begitu merendah diri mengambil sikap memohon maaf kepada pihak istana atas isu penukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak tidak lama dulu.Berapa ramai pemimpin BN yang mengambil pendekatan serupa, memohon maaf apabila melakukan kesilapan?

3 comments:

Anonymous said...

tak tahulah apa kena dengan kerajaan Melaka ni.punyalah ramai lagi seniman dan anak watan yang telah mempromosikan Melaka tetapi pelakon Bollywood juga yang dipilih untuk diberi gelaran.

Anonymous said...

Memang isu penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan masih hangat diperkatakan dan dipertikaikan. Suatu tindakan yang agak keterlaluan oleh kerajaan Melaka. Sekarang Ali Rustam nak panggil Shah Rukh Khan untuk menjelaskan isu ini sendiri. Perlukah Shah Rukh Khan dipanggil untuk membuat penjelasan? Ali Rustam tak cukup power ke nak menjelaskan isu ini sehingga terpaksa berbuat demikian...

Unknown said...

kenapa perlu Shah Rukh Khan pula yang memberi penjelasan?Ali Rustam tak bole beri justifikasi ke penganugerahan tersebut?.

pelik.pelik.

dari punya ramai rakyat Malaysia yang layak,mamat bollywood tu jugak yang dapat.