15 November 2008

TINDAKAN TEGAS TETAPI BUKAN ISA-MALAYSIAKINI


Gerakan Belia 4B Malaysia menggesa polis mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau 'pengkid.'

Ahli Majlis Kerja Tertinggi gerakan itu, Hasan Abd. Rahman menegaskan, tindakan tegas seperti itu perlu diambil sebagai pengajaran kepada NGO terbabit supaya tidak sewenang-wenangnya mempertikaikan keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa agama Islam.

Katanya, ia juga memastikan agar tidak ada lagi mana-mana pihak atau NGO yang membuat tindakan yang sama pada masa depan.

''Hanya melalui tindakan ISA ini mampu memberi pengajaran kepada mereka agar pada masa depan, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan keputusan institusi agama Islam," tegas beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan penggunaan ISA terhadap golongan NGO berkenaan yang begitu biadab dan berani menyentuh urusan agama Islam. Walaupun tindakan NGO berkenaan keterlaluan dan melampaui batas, menggunakan ISA dalam apa juga keadaan sekalipun tidak boleh diterima. Ini akan menggambarkan imej yang lebih negatif kepada Islam yang menjamin keadilan dan melaksanakan undang-undang mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.Ia juga konsisten dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan ISA yang terbukti selama ini menzalimi dan tidak menghormati nilai kemanusiaan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Baru-baru ini NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid.'

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai 'pengkid.'

Tindakan tegas adalah perlu agar pada masa akan datang tidak ada lagi mana-mana pihak yang berani menyentuh dan mencampuri urusan agama Islam di negara ini. Mereka perlu menyedari bahawa umat Islam di negara ini tidak pernah mencampuri dan mempertikaikan amalan keagamaan dan kepercayaan agama lain secara terbuka. Justeru itu mereka perlu belajar dari Islam cara bagaimana menghormati dan menjaga sensitiviti agama lain supaya keamanan dan keharmonian dapat terus dipertahankan.

6 comments:

Anonymous said...

saudara,
saya setuju ISA tidak harus digunakan dalam mana2 keadaan kerana Malaysia ada undang2 yg sedia ada.

Bagaimanapun, saya mau bertanya, NGO tersebut telah melanggar undang-undang Malaysia yg mana?
Kalau dibawa ke mahkama, mereka akan dibicara untuk kesalahan apa?

kenapa orang muslim begitu takut disoal?
kalau Islam itu agama universal, maknanya untuk semua manusia.

Satu lagi pertanyaan, di zaman Nabi, apakah Nabi melarang orang menyoal tentang ajaran Baginda?
orang2 yg tidak setuju dgn Nabi, apakah mereka semua diambil tindakan tegas?

Kalau jawapannya tidak, kenapa manusia biasa dalam majlis fatwa tidak boleh disoal atau dicabar?

Aneh sangat.

Anonymous said...

"Mereka perlu menyedari bahawa umat Islam di negara ini tidak pernah mencampuri dan mempertikaikan amalan keagamaan dan kepercayaan agama lain secara terbuka...."

sila selidik sebelum bercakap dalam domain umum.

Masih ingat peristiwa "kitab injil" bahasa Kadazan.
bukankah itu bukti campur-tangan?
untuk infomasi semua, Perkataan "Allah" bermaksud "Tuhan" dalam bahasa Kadazan. Ia juga digunakan dalam Kitab Injil di Indonesia tanpa apa2 halangan. Orang Kristian di Arab juga menggunakannya beribuan tahun (malah sebelum kelahiran Nabi Mohamad)

Bagaimana pula dengan kes2 rampasan mayat?
Oang tua yg sudah lumpuh bertahun2, tidak berupaya bercakap dan harus disuap tiba2 menganut agama Islam secara suka rela?

Ibu dipaksa berpisah dgn anak yg masih disusui, dipaksa makan daging lembu. walaupun beliau sudah berkali2 kata beliau tidak pernah masuk Islam.

Mungkin saudara benar. Jabatan Islam di Malaysia tidak hanya campur tangan, mereka betindak terus ala mafia.

Anonymous said...

kenyataan anonymous di atas menunjukkan sikap biadab dan kurang ajar dalam mencampuri urusan agama Islam. Mereka dah semakin melampau. Kenapa kerajaan senyap? Islam terang-terang telah dihina!Tangkap mereka sekarang!Humban mereka ke penjara!Mereka tak layak jadi warga negara ini!Cari siapa dalang mereka.Untuk makluman sibiadab di atas orang Islam sanggup mati kerana mempertahankan agama.Terima kasih, tindakan biadab anda telah berjaya menyedar dan membangkitkan kembali kecintaan kepada Islam. Takbir!

Anonymous said...

Pembela Islam,
Tolong jelaskan komen di atas mana yg kamu rasa biadap?

Yg tersebut di atas semuanya berita yg telah disiarkan dalam surat khabar. kalau menyebut apa yg berlaku itu biadap?

Kenyataan di atas mana yg kamu rasa menghina Islam? Tolong jelaskan dgn fakta?

kenapa naik darah sampai mau mati?

Anonymous said...

kamu semua di atas asyik berperang dengan pendapat, dan saya beragama Kristian berasa bangga kerana tiada terdapat pun pertikaian hal-hal agama.Kalau pertikaian sentiasa berlaku dalam agama, bermakna agama itu belum cukup dihayati.

Anonymous said...

Bahaya sungguh sebenarnya isu agama jika ada orang bukan Islam mula mencampuri hal ehwal agama Islam. Adakah ini kerja 'orang-orang' yang ingin menjatuhkan Islam? Mereka sengaja nak menimbulkan kemarahan kita sebagai orang Islam. Bila kita mula marah, mereka mula akan mengatakan bahawa Islam sekian sekian... Siapa yang tak marah bila urusan agama sendiri dicampuri sedangkan sebelum tak pernah ada masalah?