21 November 2008

ZAHID HAMIDI KENA CERMIN DIRI-MALAYSIAKINI

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam di Negara ini supaya tidak mempertikaikan fatwa yang berkaitan dengan Islam di negara ini. Saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Cuma dalam masa yang sama Zahid Hamidi juga perlu cermin diri sendiri sebelum bercakap sesuatu berkaitan Islam dan hukum di negara ini.

Beberapa hari lepas, beliau agak marah-marah bila Raja Petra Kamarudin(RPK) mempertikaikan prosedur tahanan ISA yang tidak dibenarkan sembahyang Jumaat. Zahid dipetik sebagai berkata, siapa RPK yang hendak mempersoalkan tentang sembahayang Jumaat. Beliau meminta RPK cermin diri sendiri sebelum bercakap tentang Islam.

Siapa Zahid Hamidi yang hendak mempertikaikan keislaman orang lain? Adakah beliau yang menjadi penentu amalan seseorang diterima atau pun tidak dan penentu dosa dan pahala ? Hukum adalah tetap hukum tidak boleh dipertikaikan! Jika tiga orang pengebom Bali yang menunggu hukuman mati sekalipun masih dibenarkan sembahyang Jumaat dan sembahyang raya serta boleh berjemaah dengan tahanan lain.Adakah RPK dan tahanan beragama Islam lain di Negara ini tidak boleh dibenarkan melakukan amalan yang dituntut oleh Islam seperti sembahyang Jumaat? Malah lanun yang merampas kapal Malaysia di Teluk Eden Somalia pun masih membenarkan anak kapal beragama Islam sembahyang berjemaah. Lanun pun ada budi bahasa dan budi bicara!

Saya nak mencadangkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamid Albar agar jangan hanya siasat dan ambil tindakan pada NGO yang menentang fatwa sahaja tetapi ambil juga tindakan yang sama pada Zahid Hamidi. Kenyataan beliau jelas menghina dan mempersendakan Islam. Kita tidak mahu keharmonian dan perpaduan rakyat di Negara ini terjejas dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.


 

5 comments:

Anonymous said...

the fellow has no principles.

1998 he was strong Anwar supporter.

But when Anwar was wacked and sent to jail, this pondan came with his tail between his buttocks and asked for mahathir's forgiveness.

Cium tangan Mahathir pulak tuh.

Zahid Hamidi you have no principles, so shut the FCUK up !

Anonymous said...

zaid hamidi!! awak jangan jadi macam pelampau agama lah...kalau awak benar benar seorang islam...jagan nak jadi hero di parlimen .cuba lihat tempat org undi awak kat bagan datoh macam pukimak tempat itu tak ade pembangunan langsung,,awak nak bodohkan sape sebenarnya? apa yang awak perjuangan kan? kenapa bagan datoh macam tu jugak? tak ade perkembengan langsung...butuh awaklah anak perjuangkan konon..anak tak layak mewakili org bagan datoh...pemilihan akan datang kamu akan tersungkur ,,,duduk balik kg jaga pokok kelapa awak tu

Anonymous said...

Zahid tidak boleh mempersoalkan urusan solat seseorang kerana solat adalah urusan hambaNYA dengan Allah.bukan hak untuk orang lain pertikaikan.solat atau tidak,sendiri tanggung.

harap lepas ni Zahid takkan keluarkan kenyataan "sebodoh" ini.jangan nak ikut amarah sahaja.

Anonymous said...

Memang betul. Zahid Hamidi tidak ada hak nak mempertikaikan keIslaman Raja Petra dalam isu tahanan ISA tak dibenar solat Jumaat. Keimanan Raja Petra adalah antara dirinya dan Allah, bukan kita yang nilai. Yang paling penting sekali, solat Jumaat diwajibkan umat Islam lelaki mengerjakannya. Tiada seorang pun yang terkecuali walaupun tahanan ISA. Ia dah jelas. Kenapa Zahid Hamidi seolah-olah nak mempersendakan ajaran Islam yang Allah SWT dah tentukan...

Anonymous said...

zahid hamidi bangang dan togong, nilah rupanya pemimpin umno, nama je islam tapi tak faham2 jugak tentang islam dan keimanan,kan sembahyang jumaat tu wajib bagi org2 islam,sekiranya kita meninggalkan solat jumaat berturut2 selama 3kali,maka akan TERTUTUPLAH pintu hati kita drp hidayah allah,takkan yg ini pun zahid bodoh ni tak faham atau buat2 tak faham atas sebab kepenting parti dan politik, jgnlah jadi munafik zahid woi! UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA PEMBOHONGG..PEROSAK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.