30 November 2008

ZAID DAN ARIF OMAR AKAN BANTU PERKUATKAN PAKATAN RAKYAT

Semua pihak khususnya dalam Pakatan Rakyat sedang menunggu pengumuman rasmi yang bakal dibuat oleh dua tokoh 'heavyweight' Umno itu untuk mengumumkan secara rasmi kemasukan dalam Pakatan Rakyat.

Kemasukan mereka berdua bakal 'mengubat' sedikit kedukaan semua pihak dalam Pakatan Rakyat akibat penangguhan peralihan kuasa yang pada awalnya dijadualkan pada 16 September lalu.

Walau bagaimanapun kemasukan mereka berdua bakal memberi suntikan semangat kepada pakatan Rakyat khususnya dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu yang bakal diumumkan oleh SPR tidak lama lagi.

Saya yakin sebenarnya ramai lagi tokoh dalam Barisan Nasional khususnya dalam Umno yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyertai Pakatan Rakyat. Dijangka selepas pemilihan Umno mac depan akan ramai yang bakal mengikuti jejak yang akan dibuat oleh dua tokoh Umno ini.

Semua ini jelas menunjukkan bahawa tokoh utama dalam Umno sendiri sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno yang mereka dokong selama ini. Semua ini menjadi bukti bahawa Umno hanya menunggu masa sahaja untuk menanti ajalnya yang kian hampir.

3 comments:

Anonymous said...

jangan terlalu pasti.tak semestinya dengan tindakan Zaid dan kenyataan dari Arif adalah "amaran" untuk beralih angin.tidak semestinya.ada juga dari pihak PR yang pernah ke acara rasmi anjuran BN tapi tiada pula mereka masuk ke BN selepas itu.

Nazri (menteri di jabatan PM) pernah juga menghadiri seminar anjuran DAP pada 2004 tapi Nazri masih kekal bersama BN,bukan?

Anonymous said...

"Saya yakin sebenarnya ramai lagi tokoh dalam Barisan Nasional khususnya dalam Umno yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyertai Pakatan Rakyat. Dijangka selepas pemilihan Umno mac depan akan ramai yang bakal mengikuti jejak yang akan dibuat oleh dua tokoh Umno ini."

Ini hanya spekulasi dan ramalan. Bukan boleh kita percaya bulat-bulat. Ada baiknya kita ikuti perkembangan sendiri tanpa mendengar ramalan dari mulut orang yang belum tentu betul lagi...

Unknown said...

jangan nak menggelabah sangat.belum tentu lagi mereka berdua nak sertai PR.macam Zaid tu kalau betul dia nak sertai PR,dah lama dia buat macam tu tapi dia masih lagi bersama BN.