18 December 2008

BABI DISANGKUT ATAU BABI TERSANGKUT?

Tak habis lagi cerita babi sangkut di Melaka. Bulan lepas, rumah AJK Umno Bahagian Masjid Tanah mendapat 'menu' istimewa ini. Semalam, kain rentang PEWARIS di hadapan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak pula menjadi mangsa.Cuma kali ini, yang disangkut atau tersangkut ialah kepala babi hutan dan bukan kepala babi dari ladang peliharaan yang berhampiran seperti sebelum ini.

Kenapa mereka memilih babi? Babi cukup sensitif pada orang Melayu. Walaupun ada di kalangan mereka tidak sembahyang dan puasa atau pun beramal menurut ajaran dituntut Islam, pasti mereka akan loya dan nak termuntah bila masuk bab babi.

Saya yakin, perkara ini akan terus berlarutan selagi isu asal masalah ini tidak ditangani dengan baik dan berkesan. Saya tidak terkejut jika dalang dan masalah pokok yang berlarutan menyebabkan akan ada selepas ini kepala babi akan diletakkan di surau dan masjid atau di rumah pak imam dan bilal.

Perkara pokok yang perlu diselesaikan ialah masalah pencemaran bau busuk dan pencemaran air sungai yang hitam pekat dari ladang babi yang mencemari dan mengalir ke perkampungan tradisional melayu berhampiran. Di antaranya seperti di Kampung sungai Tuang, Pengkalan Balak dan Kuala Sungai Baru.

Itu isunya, bukan isu perkauman atau permusuhan kaum. Tetapi ada pihak cuba melaga-laga dan menangguk di air keroh seolah-olah wujud ketegangan kaum khususnya di kalangan orang cina dan Melayu. Bapa saudara dan ramai kaum kerabat saya tinggal di sana khususnya di Kampung Sungai Tuang. Tanyalah mereka, masyarakat Melayu dan cina di sana sekian lama hidup dalam suasana yang cukup harmonis dan bekerjasama serta bersatu padu.

Kepada kerajaan negeri diterajui oleh Ali Rustam, selesaikanlah isu yang sebenar dan jangan mengalihkan isu pokok yang telah lama berlarutan yang gagal ditangani dan diselesaikan oleh kerajaan negeri.

2 comments:

Unknown said...

Hairan juga macam mana masalah yang berkaitan kandang babi boleh merebak hingga menjadi isu perkauman? Padahal perkara asasnya ialah masalh sisa buangan yang disalurkan ke pantai berdekatan. Isu ini yang patut diselesaikan, mengapa perlu timbul isu perkauman? Diharap Ali Rustam dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum perkara yang lebih buruk berlaku... Masalah penduduk harus diselesaikan dahulu sebelum Shah Rukh Khan dan Eye on Malaysia Malacca version...

Unknown said...

nampak sangat ada yang cuba menangguk di air keruh dan cuba melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina di sana.kenapa perlu bertindak sedemikian?apa mesej yang nak disampaikan sebenarnya?masih samar-samar lagi.

diharapkan isu berkaitan khinzir ni dapat diselesaikan dengan segera dan secara aman.