28 December 2008

DARAH DAN AIR MATA TERUS MENGALIR DI PALESTIN DI AMBANG HIRAH


Sekali lagi nyawa dan darah umat Islam Palestin menjadi santapan dan hidangan rejim zalim zionis Yahudi laknatullah pada saat-saat umat Islam akan menyambut dan memperingati peristiwa hijrah Nabi SAW.

Hampir 200 menjadi korban semalam dalam konflik di Palestin. Angka korban dijangka meningkat kerana ramai yang menjadi mangsa dan serangan yang berterusan sehingga hari ini.

Tetapi berapa ramai yang peduli dan simpati? Barangkali masing-masing sibuk dengan menghabiskan cuti bersama keluarga pada hujung minggu.Mana nilai dan sensitiviti kita pada saudara seagama?

Sabda Nabi SAW:

Tidak Beriman seorang kamu hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Wahai saudara dan sahabatku, ayuh bangunlah buatlah yang termampu untuk saudara kita. renungilah kata-kata As Syahid Syed Ahmad Yassin...seorang ulama buta yang tua tidak berdaya yang hanya mampu bergerak dengan kerusi roda di bumi Palestin...Apakah anda semua terlalu bakhil dan tidak berdaya sekurang-kurangnya untuk mendoakan kesejahteraan dan kemenangan kami di sini.....

1 comment:

Unknown said...

salam.

setiap kali ada serangan terhadap Palestin,maka setiap kali itu jugaklah seluruh dunia mengecam tindakan rejim Zionis.tapi kecaman hanya tinggal kata-kata apabila tiada tindakan pun yang diambil terhadap Israel.US macam biasa menyokong tindakan sekutunya itu.

negara-negara Arab sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa seolah-olah dunia arab telah diikat kaki dan tangan mereka.