17 December 2008

ISU RASUAH UMNO: Mari-mari Kita Lihat Siapa Yang Kenaaaaa...


Tiga calon Timbalan Presiden Umno iaitu Muhyiddin, Ali Rustam dan Muhamammad Md. Taib pasti pasti kepanasan dan gelisah sekarang dengan dakwaan Saifudin Nasution ahli Parlimen Machang yang juga Pengarah strategik PKR di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Saifudin beliau mempunyai bukti terdapat calon timbalan presiden umno yang menyogok perwakilan RM 500 setiap minggu, tambang kapal terbang dan penginapan hotel percuma!

Orang ramai pastinya tertanya-tanya dan tak sabar menunggu siapa yang beliau maksudkan. Jika dakwaan ini benar dan berasas maka ada tiga kemungkinan bakal berlaku tidak lama lagi.

1.Penduduk Melaka bakal mendapat ketua menteri baru dalam tempoh terdekat.

2.Rakyat Malaysia bakal mendapat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru

3.Pengerusi Felda dan Ketua Penerangan Umno baru bakal dilantik.

Apa-apa pun samalah kita tunggu apa skrip dan kesudahan dakwaan ini nanti. Ada kemungkinan walaupun mempunyai bukti kukuh dakwaan ini akan hanya 'dibakul sampahkan' atau dipandang sebelah mata seperti bertimbun-timbun dakwaan rasuah dan skandal kepada polis dan BPR yang melibatkan pemimpin Umno seperti banyak yang dilaporkan sebelum ini.

2 comments:

Unknown said...

ketiga-tiga ni tak boleh diharap sangat.elok rasanya jawatan naib presiden diberi pada orang lain selain dari mereka bertiga ni.

Unknown said...

Siapa yang perangai lahabau dok main rasuah tu bagi tindakan kaw2 sikit. Kalau tak diajar tak nak sedar tu. Samai bila nak hidup dikelilingi dengan kegiatan tak sihat tu.