04 December 2008
LEBIH 99% HOTEL DI MALAYSIA TAK ADA SIJIL HALAL
Umat Islam yang mengunjungi hotel-hotel di negara ini diminta berhati-hati memandangkan hanya terdapat 18 sahaja hotel daripada sejumlah 2360 hotel di seluruh Malayasia yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Siti Zailah Yusof dari Pas Rantau Panjang dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan kursus, mesyuarat dan seminar yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta sering dibuat di hotel. Soal makan minum berkaitan halal haram adalah penting bagi kesempurnaan akhlak dan aqidah Umat Islam.
Pengalaman saya yang sering mengikuti kursus di hotel yang dibuat secara pakej, para peserta tidak mempunyai banyak pilihan selain terpaksa bertawakal menjamah makanan yang disedia dan dihidangkan oleh pihak hotel.
Kerajaan melalui agensi yang berkaitan perlu tegas dengan memulaukan hotel yang masih tidak memiliki sijil halal dengan tidak melaksanakan sebarang pakej dengan hotel berkenaan. Hanya dengan cara itu sahaja akan menyebabkan pihak pengurusan hotel akan lebih peka dan bertanggungjawab dalam menyediakan hidangan yang 100% halal.
Pendedahan ini sudah pasti sesuatu yang menghairankan bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dengan kerajaan yang mendabik dada melaksanakan pendekatan Islam Hadari di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Perkara halal dan haram dalam pemakanan bukan boleh bawa main. Jika memakan makanan yang haram ia akan menjadi darah diging yang kekal dalam tubuh kita. Diharap penguatkuasaan yang ketat dpat dijalankan di premis-premis restoren hotel untuk memastikan makanan yang mereka masak 100% halal... Kita harus mengambil berat perkara seperti ini.
saya tak pernah terfikir pula tentang hal hotel dan logo halal.bila tengok berita semalam barulah saya tersedar.nampaknya kerajaan perlulah menghalusi hal ini.tak kisah hotel bertaraf 18 bintang sekalipun tetapi jika ia berada dalam Malaysia maka kena ikut peraturan Malaysia.no question asked.
Post a Comment