02 December 2008

SIAPA YANG AKAN DENGAR RAYUAN PAK LAH?


Pak Lah sekali lagi dengan nada mendayu-dayu meminta agar peniaga menurunkan harga barang. Minyak dah turun jadi peniaga menurutnya kenalah turunkan harga barang terutama barang keperluan pengguna.

Pak lah berkata demikian semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri.Dalam masa yang sama Pak Lah merayu agar sistem perkhidmatan kakitangan awam dan pembayaran kepada kontraktor dipertingkatkan.

Siapa yang akan dengar dan ikut seruan Pak Lah? Dalam keadaan dirinya semakin dipencilkan dan hilang taring, menunggu hari-hari akhir sebagai perdana menteri kata-kata Pak Lah ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Semasa mengumumkan 'persetujuan' peralihan kuasa kepada Najib beliau berjanji akan menubuhkan beberapa suruhanjaya untuk meningkatkan perkhidmatan kerajaan di negara ini. Sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda-tanda ia akan menjadi kenyataan.

Tapi, itu tak pelik kalau janji akan tinggal janji. Kalau bercakap sebelum ini pun selalu bohong, mana lagi rakyat nak percaya. Masih ingat kata-kata Pak Lah apabila ditanya tentang tarikh pilihanraya umum ke 12 dan mengulas kes Anwar dalam 'projek Liwat 2"?Malah banyak dalam isu lain seperti tahanan Isa dan isu Hindraf.

Kata-kata Pak Lah akhir-akhir ini hanyalah sebagai formalliti, tak lebih dari itu. Orang dengar hanya sekadar nak ambil hati. Itulah padahnya kalau mandat dan kepercayaan rakyat sebelum ini dikhianati.

Asalnya nak bawa pendekatan Al Ghazali dan As Shafie...tapi hari ini hanya tinggal lidah dan gusi. Jenayah menjadi-jadi, harga barang semakin tinggi dan dalam Umno asyik bergaduh sesama sendiri. Tak tahulah, kitab mana dan bab mana karangan As Shafie dan Al Ghazali yang dikaji. Islam hadhari juga tidak menjadi.

Semua ini menjadi bukti, walaupun siapa yang menjadi pengganti Umno kini hanya menghitung hari-hari untuk menerima hukuman dan balasan seterusnya atas dosa dan kesalahan yang dilakukan kepada rakyat selama ini.

3 comments:

Anonymous said...

dalam bab ni,siapa-siapa pun yang bersuara para peniaga takkan layan.bukannya Pak Lah dah hilang taring tapi memang peniaga yang tak mahu dengar.peniaga akan ikut saranan kerajaan bila meraka dipaksa dengan cara buat pemeriksaan.dengan cara macam tu barulah harga akan turun.

Anonymous said...

Kalau Anwar Ibrahim yang bersuara, peniaga akan dengar ke? Sorry...Peniaga tak layan bukan pasal yang bersuara tu Pak Lah tapi dah memang peniaga macam tu. Saya yakin kalau Anwar yang bersuara, peniaga tetap tak akan dengar... Betul ke Pak Lah yang banyak berbohong? Bukanke Anwar yang kuat berbohong dan merapu tak habis-habis pasal kerajaan baru 16 September yang umpama janji tinggal janji... Sudahlah, hentikan pandangan berat sebelah saudara...

Anonymous said...

Tak kira siapa yang bercakap pun susah jugak. Yang penting peniaga tu kena sedar. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri, menyusahkan orang je.