23 February 2009

DVD 'TERLAMPAU' CHUA SOI LEK 'TERPAKSA' DIULANG CETAK


Permintaan yang menggalakkan memaksa 'penerbit' DVD 'aksi terlampau' lakonan Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek terpaksa diulang cetak.

Jika sebelum ini, DVD berkenaan hanya meletup di pasaran selatan tanah air tetapi kini mula mendapat sambutan di Lembah Kelang. Amat jarang filem tempatan seperti lakonan Chua Soi Lek dapat bertahan dalam tempoh yang lama dalam arena perfilemen negara lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi sekarang.

Chua Soe Lek sendiri turut meramalkan filem lakonannya akan lebih mendapat sambutan selepas Mac nanti. Apa yang menyebabkan beliau meramalkan begitu, itu kena tanya pada Chua Soi Lek kerana dia lebih arif tentang pasaran filem tempatan.

Namun begitu, polis mula menjalankan sisatan kepada pelakon utama ini kerana sambutan yang begitu luar biasa. Apa-apa pun tahniah pada Chua Soi Lek, tahniah pada MCA dan tahniah kepada BN kerana masih 'menyimpan' pelakon yang menjadi sebutan ramai ini. Harap-harap Chua Soi Lek dapat diberikan kembali pos lamanya oleh Perdana Menteri sebagai menteri kesihatan supaya dapat menerbitkan filem-filem yang lebih bermutu.

2 comments:

timangbanjar said...

Saya teringin sangat nak tengok filem lakunan Dr Chua. Saya memang minat kat dia, boleh saudara bagi tau cara untuk mendapatkannya, saya nak simpan untuk koleksi peribadi saya. saya mengharap sangat.

angkasanuri said...

saudara Timangbanjar...Tak payah tengoklah...buang karen je...Tapi kalau nak dapatkan di JB memang mudah...saya pernah menyamar nak dapatkannya...tapi hingga hari ini saya tak pernah sentuh dan tengok pun...Baik tengok DVD suara dari kubur ada faedah juga...